Bunga terjaga daripada lena saat penggera daripada telefon pintarnya berdering. Pantas dimatikan penggera sebelum dia kembali ke dalam pelukan Razeen. Matanya berkelip-kelip sambil menatap dada bidang milik Razeen. Andai dia memejamkan mata kembali, memang subuh gajah la jawabnya.
Tiba-tiba bibir Bunga mengukir senyum. Memori manis antara dia dan Razeen kembali bermain di dalam fikiran bagai pita rakaman yang tiada hentinya. Bibir Razeen dia tatap sebelum mengusap wajah yang sudah panas membahang.
Tangan nakal Bunga naik mengusap bibir merah jambu milik Razeen. Entah produk apa yang suaminya gunakan sehingga bibirnya lembut dan licin sebegitu. Tersengih dia sendirian melihat perlakuan sendiri.
Beberapa minit kemudian baru Bunga duduk di atas katil. Wajahnya diusap lalu rambutnya diikat tocang.
"Abang, bangun solat subuh." Bunga menepuk-nepuk tangan Razeen.
"Hurm?"
"Subuh dah ni. Kita jemaah sekali," ajak Bunga sambil mengusap pipi Razeen. Menyempat lagi nak menggatal. Selalunya tak usap pun.
Razeen sudah bangun dari baringnya. Matanya dipisat sebelum meregangkan tubuh. Tangan kiri Bunga dia genggam lemah.
"Kita ambil wuduk sekali la,"ajak Razeen lalu tersenyum dengan matanya yang kuyu.
"Apa pula sekali. Kalau abang nak ambil wuduk dulu pergilah. Cepatlah," gesa Bunga. Lengan Razeen dia tampar-tampar.
"Semalam boleh aje mandi sekali. Tak akan ambil wuduk sekali tak boleh?" Razeen sedikit kecewa.
Pang!
Satu tamparan hangat melekap pada lengan sasa Razeen. Bunga mengetap bibirnya. Senyum cuba disorok. Yang semalam usah diingatkan nanti makin teringat-ingat.
"Jangan nak gatal sangat boleh tak? Abang pergi ambil wuduk dulu. Nanti kalau ambil sekali kalau tersentuh kena ambil lagi sekali. Ingat ni sukan ke? Lawan siapa paling banyak ambil wuduk?" Bunga menjeling suaminya.
"Gurau sikit pun tak boleh. Sayang ni keturunan singa ke garang sangat?" bidas Razeen sebelum mengatur langkah ke kamar mandi.
Usai solat Subuh, masing-masing kembali merebahkan tubuh di atas katil. Hari ini hari Sabtu. Bunga cuti jadi Razeen pun ikut sama bercuti. Bolehlah tidur sepanjang hari.
"Nak buat apa hari ni?" Razeen menoleh ke arah Bunga yang sedang berbaring di sisinya. Hesy, makin cantik pula Bunga ni!
"Tak tahulah, abang. Sayang ikut aje." Bunga membalas pandangan Razeen.
Kalau hari cuti selalunya mereka menonton televisyen di rumah ataupun keluar makan angin. Tapi macam tak seronok pula setiap minggu pusing Kuala Lumpur saja. Sekali-sekala mahu berjalan jauh juga tapi perlu tunggu Bunga bekerja lebih lama sedikit. Nanti dah ada masa yang sesuai boleh mohon cuti. Lagipun, mereka berdua tak pernah lagi pergi berbulan madu.
"Betul ni ikut je?"
Bunga mengangguk. Dia sedang ketandusan idea.
Sepantas kilat Razeen sudah merangkul pinggang Bunga. Tubuh isterinya ditarik merapati tubuh sasa. Kecut Bunga di dalam pelukannya. Bagai mahu gugur jantung apabila tingkah drastik itu berlaku terhadapnya.
"Kalau macam tu kita duduk rumah sajalah. Kita spend time together nak?" ajak Razeen sambil jari-jemarinya menari di atas lengan Bunga.
"Ha?" Bunga sedikit terkejut. Semalam tak cukup spend time together ke?
"Kita buat apa yang pengantin baru patut buat. Lagipun, abang tengok sayang cantik sangat pagi ni. Ada pakai apa-apa ke?" Tangan Razeen naik pula mengusap leher jenjang milik isterinya.
YOU ARE READING
Akhiri Derita Ini
RomanceBertemu tanpa sengaja untuk pertama kali telah berjaya membuatkan Bunga Sumayyah menanam rasa benci terhadap sikap Razeen Iman yang biadap. Dia sangka lelaki bandar itu hanya pulang untuk menghadiri kenduri tahlil datuknya ternyata disuruh menjaga n...