Razeen berjalan masuk ke dalam kamar selepas usai mandi di kamar tetamu. Langkahnya terhenti apabila melihat Bunga yang bertelekung di hujung kamar sambil manadah tangan.
"Dah boleh solat?" tanya Razeen kepada Bunga yang sedang menyangkut telekung pada rak.
"Dah, baru aje," jawab Bunga lalu melabuhkan duduk di meja solek. Pengering rambut dia hidupkan lalu haba panas itu dihala ke rambutnya yang lembap.
"Apa tercegat dekat situ? Sayang tahu sayang cantik tapi tak payah tenung macam nak terkeluar biji mata tu," tegur Bunga sambil menatap ke arah Razeen yang berdiri kaku di hadapan pintu. Tak bergerak macam patung.
Razeen tiba-tiba tersenyum. Senyumannya berjaya membuatkan bulu roma Bunga meremang. Senyuman Razeen bagai ada yang tersirat di sebaliknya.
"Apa senyum macam tu?" Bunga mencebirkan bibir.
Razeen membisu lagi. Kali ini hanya bebola matanya yang bergerak memandang Bunga dari atas hingga ke bawah berulang kali.
Hormon adrenalin mula membanjiri tubuh Bunga. Bunga mula faham akan riak wajah Razeen yang semakin lama saling tidak tumpah seperti kucing nampak ikan. Pura-pura tak tahu, Bunga.
"Ish, seramlah! Abang ni dah kenapa?" Bunga membaling sikat rambut ke arah Razeen. Makin seram rasanya apabila mendengar Razeen tertawa.
"Pandang isteri sendiri pun tak boleh ke?" Razeen berjalan mendekati Bunga.
"Bukan tak boleh tapi abang pandang macam nak makan sayang." Bunga mengikat tocang rambutnya yang sudah kering.
"Nak." Sepatah dengan senyum nakalnya yang sama seperti tadi. Tubuhnya ditongkat pada meja solek sambil mata menatap tepat ke arah Bunga yang seakan ditembak pistol ais. Beku gadis itu dibuatnya.
Bunga tertawa halus dengan sengihan yang cukup pelik. Matanya memandang Razeen yang masih tersenyum. Hesy, handsome pula dia dengan rambut basah macam tu! Kuatkan keimananmu Bunga Sumayyah.
"Apa abang ni gurau macam tu. Mana boleh manusia makan manusia." Wajahnya seakan meminta simpati.
"Siapa kata abang gurau?"
Tangan Bunga naik menggaru telinganya yang tidak gatal. Liur pahitnya diteguk. Bunga perlukan pintu Doraemon sekarang juga. Mahu dia lompat saja ke mana-mana asalkan Razeen tiada di situ.
"Abang cepatlah bersiap. Hari ni sayang kena pergi kerja awal sebab... sebab nak kena hantar report dekat Cik Hana." Bunga sudah siap dengan make-up simplenya. Kakinya pantas diatur ke arah wardrobe untuk mengambil tudung.
Baru saja memusingkan tubuh, Razeen sudah tegak di hadapan Bunga. Terjerit halus Bunga dibuatnya apabila lelaki itu mula mengunci tubuhnya yang sudah melekat pada wardrobe. Mati! Bunga umpama ikan yang sudah terlompat keluar dari akuarium dan kini menjadi buruan kucing gatal.
Dada Bunga berombak kencang. Tangannya keras pada sisi tubuh. Syukurlah baru ambil anak tudung. Kalau sudah ambil tudung, entah berkedut semula tudung tu.
"Cik Hana mesti dan tahu yang sayang ni baru kahwin. Dia mesti faham kalau sayang lewat sikit," ujar Razeen sambil tangan kirinya bermain dengan rambut depan milik Bunga. Tawanya ditahan apabila melihat Bunga yang sudah merah padam wajahnya.
"Serius sayang dah lambat ni. Tak baik buat macam ni, abang." Bunga menggeleng kepala, bermohon supaya Razeen tidak melakukan apa yang sudah terniat di hati.
"Kita ni suami isteri bukan kawan atau stranger. Nak dekat dua bulan dah kita kahwin tapi tak pernah bersama pun. Abang tak nak kena label suami dayus sebab tak bagi nafkah dekat isteri abang yang cantik ni." Kini tangan Razeen sudah turun mengusap pipi gebu milik Bunga.
YOU ARE READING
Akhiri Derita Ini
RomanceBertemu tanpa sengaja untuk pertama kali telah berjaya membuatkan Bunga Sumayyah menanam rasa benci terhadap sikap Razeen Iman yang biadap. Dia sangka lelaki bandar itu hanya pulang untuk menghadiri kenduri tahlil datuknya ternyata disuruh menjaga n...