BAB 56 - BANGUN

64 9 0
                                    

"Dah tak ada guna kau menyesal, Zeen. Kau yang pilih jalan ni. Kau dah tak boleh nak berpatah balik. Cukuplah kau dah seksa hati dan jiwa Bunga. Jangan kau lampiaskan marah kau dekat Kaley. Kau orang berdua memang bersalah tapi kau sendiri sepatutnya sedar daripada awal yang kau adalah suami orang. Kaley tak pernah tahu kau dah berkahwin sebelum ni. Kau yang buatkan dia sama-sama pilih jalan ni." Nada suara Peah mendatar. Sudah tidak ada guna untuk dia memukul lelaki itu. Cukuplah dia kerjakan lelaki itu semalam.

Sehingga kini Razeen masih menyatakan penyesalan terhadap Sofea. Jasad Bunga sudah pun selesai dikebumikan Asar tadi. Sudah tidak ada apa-apa yang mereka boleh buat melainkan berdoa supaya Bunga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

"Aku tahu aku salah."

"Yes, you should. Aku tak boleh nak kata yang Bunga meninggal sebab kau. Aku tahu ini takdir yang Allah dah tetapkan tapi kau memang patut sedar kesalahan kau. Sepatutnya kau sedar lebih awal." 

"Macam mana aku nak hadap parents Bunga, Peah? Tolong aku...," rayu Razeen.

Sofea melepaskan keluhan panjang. Dia baru saja pulang dari kenduri tahlil Bunga bersama Naura dan Wan Leha. Suha dan Maria masih di sana berbual bersama keluarga Bunga. Razeen tidak ke sana kerana masih takut untuk bersemuka dengan Rahim dan Faridah. 

Petang tadi mereka sudah bertentang mata namun tidak berbalas kata. Salam Razeen juga tidak disambut. Mungkin kerana banyak mata-mata yang memandang, Rahim tidak mahu banyak bercakap dan mengikut kata hati. Nanti banyak pula fitnah yang tersebar ke seluruh kampung.

"Sampai bila kau nak diam? Banyak salah kau dekat Bunga. Kau sepatutnya kena minta maaf dekat mertua kau sebab dah buat Bunga macam ni. Apa pun yang jadi, itu kau memang layak dapat," nasihat Sofea.

*****
Hawa menguak perlahan pintu kamar Bunga. Lemah saja langkahnya sebelum bertindak mengunci dan bersandar pada daun pintu itu. Pandangannya dilemparkan ke segenap ruang kamar yang sunyi. Sunyi sangat.

Sesaat kemudian empangan mata Hawa pecah. Cebisan baju pada dadanya digenggam dan direnyuk seiring dengan tangisan yang berlagu sumbang. Perlahan-lahan tubuhnya jatuh bertemu bumi. Wajahnya menunduk, melepaskan segala rasa sedih yang masih terbuku di hati.

"Bunga..." 

Berulang kali nama itu meniti di bibir Hawa. Dia masih belum dapat menerima hakikat bahawa satu-satunya adik-beradik yang dia ada telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga untuk selamanya. Sungguh Hawa tidak menyangka bahawa dia akan melalui fasa ini di saat usia Bunga dan dia sendiri masih muda.

"Kenapa pergi tinggalkan aku, Bunga? Mana janji kau? Kau sanggup tengok adik kau macam ni?" Hawa menyeka air matanya yang tiada tanda mahu berhenti.

"Kakak..." Hawa bertambah sebak.

"Kau selalu suruh aku panggil kau kakak. Kau kata teringin nak merasa jadi seorang kakak yang diiktiraf." Tawa halus Hawa berderai. 

Waktu itu Bunga teruk dibahan olehnya hanya kerana menyatakan permintaan seperti itu. Bukan Hawa berniat memperlekehkan permintaan Bunga tapi dia berasa janggal untuk tiba-tiba mengubah panggilan. Ego terus menguasai dirinya.

"Hari ni aku panggil kau kakak tapi mana kau? Kenapa kau tak ada depan aku? Kau dah tak nak aku panggil kau kakak ke? Kau benci aku sebab selama ni aku kasar dengan kau ke?" 

Tiada apa-apa yang dapat membuatkan sedih Hawa hilang. Melihat Rahim menangis semasa menyolatkan Bunga sebentar tadi semakin meruntun hati Hawa. Seorang lelaki yang amat sukar menitiskan air matanya ternyata mengalah juga hari ini kerana perginya puteri sulung yang pernah membawa bahagia dalam hidupnya. Betapa sakitnya jiwa tiga beranak itu apabila memori bersama Bunga bermain bagai pita rakaman di dalam fikiran mereka. Memori yang tidak akan terulang kembali dan tidak akan pernah berlaku lagi.

Akhiri Derita IniWhere stories live. Discover now