BAB 48 -KEDUA

40 6 1
                                    

"Abang asyik pergi Melaka aje. Sayang nak ikut juga. Sayang bosan dekat rumah ni sorang-sorang." Bunga menjeling Razeen.

Sejak dua bulan kebelakangan ini Razeen asyik ulang-alik ke Melaka. Katanya pembekal di sana tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran ke kawasan yang jauh jadi Razeen terpaksa mengambilnya sendiri. 

Bunga pula sudah mendapat cuti bersalin. Memang duduk terperap sajalah di rumah dengan kandungannya yang sudah berusi lapan bulan itu. Hendak memandu tapi Razeen tidak izinkan. Katanya bahaya dan memenatkan.

Razeen menggaru pelipis kepala yang tidak gatal. Bukan Razeen tidak mahu bawa tapi nanti Bunga penat. 

"Abang pergi sehari aje. Esok abang baliklah. Nanti abang panggil Peah temankan sayang, boleh?" pujuk Razeen. Perut Bunga yang buncit itu dia usap lembut.

"Piya kerja. Asyik kacau masa dia saja." Bunga masih duduk membelakangi Razeen.

"Nak duduk rumah umi?" 

"Abang ni tak faham perasaan sayang kan? Sayang nak ikut abang pergi Melaka. Sayang bosan duduk rumah. Sayang nak pergi berjalan juga," marah Bunga.

"Nanti sayang penat. Abang nak kena singgah banyak tempat. Lagipun abang pergi dengan staf abang bukan abang sorang," pujuk Razeen lagi.

Bunga mendengus kasar. Dia lantas berbaring di atas katil. Kain selimut ditarik menutupi seluruh tubuh.

"Ala, janganlah merajuk macam ni, sayang. Abang pergi sebab kerja." Razeen sekadar menatap tubuh Bunga yang berbalut selimut hitam itu.

"Pergilah." Sepatah.

"Hurm, berat hati abang kalau sayang merajuk macam ni."

"Pergi je la."

"Sa-"

"Pergi je la, abang. Sebelum sayang ubah fikiran, baik abang pergi."

"Tak nak salam abang?"

Bunga membisu. Malas mahu melayan.

Razeen mengeluh kecil. Dia lantas keluar dari rumah menuju ke Melaka. Bunga ditinggalkan sendirian tanpa peneman di rumah.

"Bawa kereta tak izin sebab bahaya. Habis, tinggalkan aku sorang-sorang dekat rumah ni selamat la?" hamun Bunga. Air mata yang membasahi pipi dia seka kasar.

Jika kembali direnung, Razeen seakan belum insaf terhadap perangai lamanya. Konon 'kerja' lebih penting daripada segalanya. Bunga cuba bersangka baik. Mungkin ini semua demi putra sulung mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.

*****
"Assalamualaikum!" sapa Sofea kepada bekas rakan kerjanya. Tiga bungkus plastik KFC dia tayang kepada mereka. 

"Piya!" Serentak pekerja Razeen bersorak melihat kehadiran Sofea. Sejak pagi mereka menunggu kehadiran gadis itu. Maklumlah, janji mahu belanja mereka makan apabila sudah mendapat gaji.

"Sorry lambat. Jam teruk tadi." Sofea melabuhkan punggung bersama mereka yang sedang berehat di pantri.

"Lantaklah jam tu asalkan kau bawa makanan." 

"Jemputlah makan. Sorry la tak grand tapi InsyaAllah kenyang."

Seronok Sofea melihat mereka menjamah makan siang itu. Kalau makanan percuma siapa saja yang mahu menolak. 

"Bos kau orang mana?" Mata Sofea melilau ke sekeliling. Langsung tidak nampak batang hidung Razeen.

"Dia tak masuk kerja hari ni. Emergency leave katanya."

Kening Sofea hampir bercatum saat dahinya berkerut. Emergency leave? Kenapa? Bunga mahu bersalin?

Sofea keluar sebentar dari kawan pantri. Nombor telefon Bunga dia dail namun panggilannya tidak berjawab.

Akhiri Derita IniWhere stories live. Discover now