*Sorry ada part tertinggal
*****
Usai mengaminkan bacaan doa, Bunga menyalam tangan Razeen. Lama dia menunduk dengan deru nafas berat. Naik risau Razeen dibuatnya."Sayang minta maaf sebab balik kampung tanpa izin abang. Sayang minta maaf sebab abah layan abang macam tu. Jauh dalam sudut hati abah dia tak nak pun buat macam tu dekat abang tapi abah marah sangat masa tu. Sayang minta maaf sebab dah keruhkan lagi hubungan kita." Bunga memejamkan matanya saat wajahnya terasa membahang.
Razeen tersenyum lalu mengusap kepala Bunga. Dia mengangkat wajah Bunga supaya memandang wajahnya.
"Sayang tak salah langsung dalam hal ni. Abang yang buta selama ni. Abang tak nampak salah abang sampai abang abaikan sayang. Abang tak ambil berat fasal sayang. Abang terlalu fikirkan kerja sampai abang tak tahu sayang masuk hospital. Abang minta maaf sebab dah abaikan tanggungjawab abang dekat sayang." Razeen menyeka air mata Bunga yang sudah mengair laju membasahi pipi.
"Abang minta maaf sebab abang dah tuduh sayang macam-macam. Abang kata sayang ada hubungan sulit dengan lelaki lain padahal abang sendiri tahu yang sayang tak akan buat macam tu dekat abang. Abang hancurkan barang sayang. Abang bodoh sebab tak percayakan sayang masa tu. Abang dah banyak lukakan hati sayang. Abang cintakan sayang tapi masa tu abang ego. Abang minta maaf." Giliran Razeen pula menyalam tangan Bunga. Lambat-lambat air mata lelakinya jatuh membasahi tangan Bunga.
Razeen kesal atas segala perkara yang telah dia lakukan kepada Bunga. Dia menyesal kerana telah menyakiti hati isterinya sendiri sedangkan selama ini Bunga bersikap baik terhadap. Dia telah gagal dalam menjaga amanah Allah.
"Abang janganlah menangis macam ni. Nanti sayang menangis balik." Bunga mengusap belakang Razeen. Tubuh suaminya sudah terhenjut-henjut menghamburkan tangis.
"Abang minta maaf, sayang. Abang gagal, sayang. Maafkan abang, Bunga Sumayyah," rayu Razeen yang masih menunduk kesal.
"Ya, sayang maafkan abang. Sudahlah," pujuk Bunga lantas memeluk tubuh Razeen. Dia membiarkan Razeen menghamburkan tangis pada bahunya.
*****
"Sayang," panggil Razeen yang sedang memakai jaket kulit hitam pada tubuhnya."Ya?" sahut Bunga yang sedang membaca mesej di tepi katil.
"Kereta dekat luar tu kereta sayang ke? Atau abah bagi pinjam?" Razeen berjalan mendekati Bunga.
"Kereta sayanglah. Abah mana minat kereta rupa macam tu. Kalau boleh abah nak kereta Mr. Bean tu. Makin kecil kereta tu makin seronok dia," ujar Bunga yang masih menatap skrin telefonnya.
Sudah beberapa hari Bunga tidak membaca mesej di Whatsapp kerana telefonnya dihantar ke kedai untuk dibaiki. Semalam pun dia tidak sempat membacanya kerana terlalu melayan rasa sedihnya.
"Bila sayang beli? Kenapa tak cakap dekat abang yang sayang nak ada kereta sendiri. Boleh abang bagi sebagai hadiah." Razeen melabuhkan punggung di birai katil sambil mendongak, memandang isterinya yang masih ralit dengan telefon.
"Kereta tu sayang dah pergi survey dengan abah sebelum kita kahwin lagi."
"Oh, patutlah! Tapi tu bukan ke telefon yang abang dah baling? Elok lagi?" Razeen jadi tertanya. Ini telefon jenama apa? Nokia ke?
"Skrin dia retak sikit tapi sayang dah hantar baiki."
"Abang minta maaf sebab buat telefon sayang macam tu. Nanti lepas sayang balik kerja kita pergi cari telefon baru. Telefon tu sayang simpan buat khazanah aje," cadang Razeen.
Bunga melempar senyum lebarnya kepada Razeen. Kepala Razeen dia usap lembut.
"Telefon ni elok lagi. Lagipun sayanglah nak buang macam tu aje. Banyak memori sayang dalam telefon ni dengan Atul. Selagi boleh guna, sayang guna. Kalau dah rosak nanti sayang beli sendiri," tutur Bunga dengan lemah-lembut sebelum kembali menatap skrin telefon. Banyak benar mesej penting.
YOU ARE READING
Akhiri Derita Ini
RomanceBertemu tanpa sengaja untuk pertama kali telah berjaya membuatkan Bunga Sumayyah menanam rasa benci terhadap sikap Razeen Iman yang biadap. Dia sangka lelaki bandar itu hanya pulang untuk menghadiri kenduri tahlil datuknya ternyata disuruh menjaga n...