Still Boboiboy POV :
Selepas beberapa hari setelah aku sedar, aku sentiasa rasa gelisah, tak sedap hati. Seolah-olah aku ni.. 'tak bersendirian'.
Reverse? Takkanlah.. dia kan ada dekat sana lagi.
Tapi.. bayangan tu..
Flashback..
"Ayah pergi dulu ye.. jangan nakal- nakal tau." Kata ayahku. Katanya misinya tidak boleh ditangguh. "Mak ngan abang pun ke?" Tanyaku.
"Ya.."
Aku terdiam seketika, "Kena pergi jugak ke..?" Tanyaku lagi. "Iya, anak ayah janganlah risau.. kawan- kawan kamu kan ada?" Kata ayah lagi.
"Ok.."
Kataku sebelum melihat ayahku pergi.
___
"Dey, Boboiboy! Kau nak makan ni tak? Kalau tak aku makan ni," aku tersentak selepas mendengar panggilan Gopal.
"Tak apa.. makanlah." Kata ku semula.
___
"Boboiboy.. dah lewat ni.. kenapa tak tidur lagi?" Tanya Ochobot yang masih risau dengan keadaan diriku.
"Ala.. baru pukul 8.30 malam. Buat apa nak tidur awal- awal?" Tanyaku dengan bersahaja. "Rehatlah.. baru kau boleh keluar awal."
Katanya membuatkan aku terus berpura-pura tidur.
___
"Boboiboy, aku ada bawakan kau pau ayam ni, kau nak?" Tanya Ying. Katanya dia buat sendiri. Aku mengangguk.
Tak tau pulak dia ada skill chef.
"Boboiboy.. kau nak tak biskut aku ni? Selalu habis keras, tapi harini orang yang selalu beli biskut aku tu sakit.."
"Uh, Yaya.. aku rasa nanti kau buat Boboiboy makin sakit nanti." Kata Ying. Dan berakhir dengan mereka berdua bergaduh sebelum berbaik semula.
___
"Boboiboy, baik kau cepat sembuh. Nanti siapa nak lawan populariti dengan aku nanti?" Tanya Fang semasa melawat ku.
"Aik, bukan kau memang nak popular ke?" Tanyaku pula. "Ye la, tapi bosanlah popular sorang-sorang." Kata-kata Fang membuatkan ku sedikit terhibur.
_-_-_
"Aku nak ikut jugak!" Kataku selepas mendengar bahawa mereka perlu menjalankan misi. "Tak boleh lah.. nanti kau makin lama lah dalam hospital." Kata Yaya.
"Alarr.. tapi nanti kat sini dia orang larang aku gi mana-mana.. bosanlah nanti.." kataku lagi. *Blaze.. did you take over his body?*
"Maaflah, tapi komander dan laksamana pun tak bagi." Kata Ochobot pula. "Okaylah.." balasku dengan pasrah.
-_-__-_
Aku.. sorang.. haih.. baru sehari dah bosan..
"Bosan? Jom ikut aku." Kata seseorang. Eh- Reverse!
"Reverse! Kau dah balik? Apa jadi kat sana?" Tanyaku ingin tahu. Tetapi Reverse hanya diam. Sebaliknya dia tetap mengajakku mengikutnya.
Aku berfikir sebentar dan berkata, "Ok," sebelum satu suara yang berbisik di kepalaku. "Jangan ikut dia!"
Suara tu macam.. Reverse?
Tapi.. kalau Reverse masih kat sana.. s-siapa yang dekat sini?
Orang yang menyerupai Reverse itu melangkah mendekatiku dan berbisik, "tch, pengacau.." sebelum melangkah lebih dekat.
Aku apa lagi? Terus menjauh lah jawabnya. Tapi dia makin dekat! Sehingga membuatkan ku terperangkap di hujung dinding.
Dia makin dekat!
"Kau hanya milikku Boy.. aku akan pastikan hidup 'dia' merana!" Katanya sebelum ketawa jahat dan tersenyum sinis sebelum hilang bertukar menjadi asap.
Aku tidak sempat berbuat apa-apa kecuali melihat si empunya menghilang.
.
.
.Will be continued.
YOU ARE READING
BERMULANYA MASALAH (Boboiboy Fanfiction) > END <
AventuraNyeh. Lagipun buku aku ni bukannya best sangat maklumlah baru pemula. Maaflah kalau tak best :D . . . Bermula dengan pengkhianatan, kemudian pengkhianatan.. kenapa semuanya mesti ada kaitan dengan khianat. Siapa yang suka orang khianat? Boboiboy...