chapter 13 : ???

190 14 0
                                    

.
.
.
.
.
.

......

"Aduh.."

"Tch-macam tu pun dah 'aduh~' " kemudian Reverse ketawa dengan lebih kuat.

Keadaan di situ tunggang langgang..mereka semua terhempas di sebuah planet.Mereka semua juga dipenuhi dengan luka..tapi..bukan luka sebab jatuh..

Dia orang jatuh sebab..berlawan..

Reverse mencekik Yandere ke udara (udahlah aku panggil kau Yan jelah) "Ark!"

Reverse memandangnya tanpa perasaan. "Korang kata korang semua boleh 'lindungi' Boboiboy. Tapi korang tak layak"

Reverse mencampak Yan ke atas tanah bersama yang lain tetapi tiada kelibat Boboiboy di situ.

Reverse ketawa puas "ahh sudahlah.  Aku main dengan korang ni buang masa je. Kenapa aku tak lenyapkan korang terus ek?"

"Ouh,ye tak ye juga. Terima kasih pada korang. Disebabkan korang aku dapat keluar. Disebabkan korang jugalah aku dapat Boboiboy" kata Reverse.

"Ahh~ sungguh gembiranya hari ini~" kemudian Reverse melangkah ke arah Kylie. "Kau pun aku kenal, kau salah satu keturunan PeNjAgA Mindbot"

"Kau bernasib baik masa tu. Tapi sekarang..aku boleh hapuskan keturunan ni. Yay! Dan kau,"

Reverse memandang ke arah Mindbot yang kekurangan tenaga. "Kau telah memudahkan lagi kerja aku,"

Kemudian Reverse tersenyum jahat..

Boboiboy pov..

Aku membuka mataku perlahan-lahan.

"Ergh.. tempat apa ni..?"

Aku melihat ke semua arah tetapi gelap. Seakan-akan berada di dimensi lain. Aku tidak dapat melihat apa-apa disini kecuali diriku.

Aku bangun dan berjalan cuba mencari jalan keluar tetapi hasilnya nihil. Tetap tidak berjaya. "Hello! Ada orang tak?"

Aku bertanya. Tiada sebarang bunyi lain selain bunyi gema yang bergementaran. Aku cuba berlari tetapi tetap tidak berpenghujung.

Kuasa elemental? Sudah ku cuba..tetap tidak berjaya. Tiba-tiba aku ternampak sedikit cahaya di sebelah kananku. Aku cuba pergi mendekatinya kalau-kalau itu jalan keluar..tetapi tidak.

Aku terjumpa sebuah telivesyen yang seperti digantung dari atas. Aku mendekati lagi untuk melihat dengan lebih jelas. Aku terlihat seseorang yang sedang duduk di atas kerusi malas.

Aku melihat dia begitu tekun melihat telivisyen itu. Aku tidak sempat melihat siaran telivisyen itu kerana mataku hanya tertumpu kepada gari yang terikat di tangannya.

Dia seperti tidak tahu akan kewujudan aku disitu.

Mukanya tidak terlampau jelas ianya mungkin kerana mataku masih lagi kabur. Gari itu terikat di kedua-dua tangannya dan bersambung ke lantai.

Kerana berasa ingin tahu aku memanggilnya. "Er..hello,maaf awak ni siapa?" Aku bertanya. Dia memandangku, serentak dengan itu mataku sudah jelas sepenuhnya.

"R-Ray!!/Boy!?"

"M-macam mana kau ada dekat sini Boy?" Tanya Ra-

.....
Chop-chop Author memang jenis yang suka potong cerita tapi ni author nak bagitau sesuatu.

Ok, seperti yang kita tahu Reverse is opposite to Boboiboy kan? Ok, memang dalam cerita Author ni Reverse kiranya jahat.

TAPI,hah ada tapi. Ray tu dia macam kebalikan juga tapi dia dekat sisi yang baik. Paham tak?

Kalau tak paham. Ambik kertas tulis balik. Auto paham.

Ok sambung..
......

"M-macam mana kau ada dekat sini Boy?" Tanya Ray lagi QwQ. "Tak,aku tanya kau. Kau buat apa dekat sini?" Aku bertanya kembali.

🍃soalan dibalas dengan soalan🍃

"Huh...aku memang dekat sini.." katanya sambil memandangku dengan tersenyum pahit. Aku menelengkan kepalaku tanda tidak faham.

"Kita dekat mana ni?" Aku bertanya soalan lain. Dia tidak menjawab.

"..tengok tu," dia menunjukkan jarinya ke arah telivisyen itu. "¿" aku pun memusingkan kepalaku ke arah telivisyen itu.. lalu mataku terbuka luas.

"A-apa.. yang..?" Kataku tergantung disitu.

Aku melihat siaran te- tidak! Nampak macam.. siaran langsung! Kenapa.., kenapa.., kenapa!!

"Oh, tengok siapa yang dah bangun" kata seseorang. Suaranya bergema seolah-olah aku berada di dalam cerita hantu yang misteri.

Kemudian secara perlahan-lahan mataku tertutup. Apabila mataku terbuka aku melihat kesemua bahagian tubuhku diikat dengan tali yang berwarna merah.

Aku cuba bergerak tetapi tidak boleh. Kemudian secara tiba-tiba ada butir-butir cahaya yang berkelipan berwarna merah berada di hadapanku.

Dengan perlahan-lahan membentuk susuk tubuh seseorang yang membuatkan mataku terbeliak. "R-Reverse!?"

Dia tersenyum dan mendekati diriku. Kali ini, aku berasa betul-betul takut. Kemudian dia berkata "Kenapa? Terkejut?" Katanya sambil tersenyum.

Aku tidak membalas. Mataku hanya tertumpu kepada lantai. "Haih.. aku nak tanya kau. Kau nak tak abang dan kawan kau selamat?" Tanyanya.

Aku memandangnya. Kenapa dia bertanya soalan pada masa yang tidak tepat? "..nak.." aku membalas perlahan. Tidak memandangnya.

"Bagus, kita akan buat perjanjian. Kalau kau nak mereka selamat, kau kena dengar cakap aku." Kata-katanya membuatkanku memandangnya semula sebelum berfikir.

Aku tak tahu.. kalau aku ikut dia.. mungkin dia nak hapuskan ayah.. tapi.. abang..? Aku tak nak Ayah dengan dia orang terkorban.. walaupun aku putuskan hubungan kawan dengan diaorang..

Memori-memori manis aku bersama Gopal, Yaya, Ying, Fang.. dan.. Ochobot., . Membuatkan aku rasa sebak didada.

Tapi.. abang pulak macam mana? Mereka ialah abang yang paling hebat aku pernah ada..

Reverse yang melihat Boboiboy yang sedang berfikir berkata lagi.

"Jomlah Boboiboy~ kalau kau ikut aku nanti kita boleh takluk alam semesta ni. Nanti tinggal kita berdua je~"

"Lepastukan, aku boleh hapuskan si Koda tu sekejap je.."dia membuatkanku semakin tertekan.

Tetapi..akhirnya aku menjawab "..Huh.. baiklah.. tapi.. kau kena janji. Jangan cederakan dia orang termasuk ayah dan jangan ambil alih alam semesta ni!" Aku menjerit kepadanya.

Dia tersentak kemudian tersenyum. Aku tak tahu apa yang difikirnya. Cuma boleh berharap supaya dia tidak memikir sesuatu yang buruk!

"Heh,baik. Aku setuju." Katanya ringkas. Serentak dengan itu tali-tali yang mengikatku putus. Oh,tolonglah! Cakap yang apa aku buat ni betul.

End Boboiboy pov..

TBC✌..

Krik,krik.. *secara tiber daun kering jatuh*

Hayyyy. Sorry ah pendek sikit sebab apa? Nahh bukan ke Author dah bagitahu OwO..

Author pun tak tau nak tulis apa lagi.. sorii..

BERMULANYA MASALAH (Boboiboy Fanfiction) > END <Where stories live. Discover now