“Skyler..” Blair menyeru nama Skyler..
“hrm?” Skyler yang kusyuk memeluk Blair memandang Blair.
“I want to know you story.. your old story.. your background.. ” Blair berani memandang tepat ke mata Skyler.
“one day.." Skyler meleraikan pelukan.
“Skyler.. please..” Blair memandang semula ke tanah. Tak sanggup melihat Skyler.
Skyler menarik tangan Blair ke bangku yang berhampiran.
“okay listen..”
Skyler's old story
Aku Skyler. Keluarga aku bukan biasa-biasa. Memang berpengaruh juga di bandar ni. Ayah ku orang politik dan yang terpenting manakala ibuku seorang psychologist.
Aku anak tunggal jadi aku selalu berseorangan. Memandangkan aku seorang sahaja harapan mereka, aku berusaha untuk menjadi sempurna di mata mereka. Aku mengikuti pelbagai aktiviti anjuran sekolah. Tak perlu tanya tentang akademik, memang aku selalu dapat A.
Kalau weekend? Study dan study.. itu la kehidupan aku. Membosankan.
Apabila habis study aku selalu pergi ke bilik bacaan ibuku untuk membaca. Nyeh bosan baca komik.
Ketika berusia 14 aku mempunyai seorang kekasih. Dia cantik,baik, pandai.. semua benda baik dia ada. Dia definisi kepada sempurna jika mahu dikatakan.
Semua baik-baik sahaja sehingga aku melihat dia curang... What the fish? Ye lah korang mesti pelik kenapa kan dia curang dengan aku.. aku pakej lengkap kut.. rupanya dia curang dengan aku sebab aku tak macam tunjuk effort dalam hubungan kami.
Aku ketika itu bingung. Aku bagi dia benda yang dia nak. Gucci, iPhone haa apa lagi? Dior. Semua aku bagi tapi ini balasan yang aku dapat?
Jadi disitulah aku berubah..
Aku menjadi seorang yang pendiam dan cold.
Keadaan makin teruk apabila keluarga ku berpecah-belah.
Ibuku mengurung diri di dalam bilik. Aku seperti di abaikan. Ayahku pula? Tak balik langsung. Duduk kat pejabat je.
Aku menjadi seorang yang tak ada kawan. Aku cuba untuk menjadi berdikari..
Ramai anggap aku ni selfish la, sombong la padahal diorang tak tahu pasal aku..
Benda ni sampai aku jumpa kau, Blair. Aku semangat datang ke sekolah. Aku cuba untuk pecahkan safe zone aku untuk dekatkan diri aku kat kau...
Blair memeluk Skyler.
“it's okay.. sekarang awak dah ada saya.” Blair tersenyum cuba menahan air mata.
Skyler membalas pelukan Blair.
“saya cuma tak tahu macam mana nak bagitahu awak.. lagi-lagi pasal broken family saya.” Skyler mengeluh.
“tak apa.. tak semua benda kita boleh share tapi kalau boleh saya nak awak jujur dan jadi orang yang terbuka nak bagitahu feelings awak.” ujar Blair.
“thanks babe.” Skyler tersenyum.
Skyler mengucup bibir Blair.
__________________________________
Adakah abang Zander berbohong? Kenapa lain sangat cerita yang abang Zander cerita dengan yang Skyler cerita? Kenapa? Abang Zander nak rosakkan hubungan kami?
Itu sahaja yang Blair dapat fikirkan. Fikirannya buntu..
“kau ok tak?” Blair memandang belakang.
Adrian...
Blair memeluk Adrian.
Jangan risau.. sini gym.. tak ada orang.
“aku tak boleh nak percaya sesiapa dah” Blair mengeluh.
“Aku tak rasa kau bersedia nak bagitahu aku pasal benda ni tapi aku pasti buat masa sekarang ni kau kena siasat lagi dan stay neutral.” ujar Adrian.
Blair meleraikan pelukan. Otak Blair lag buat seketika. Oh haah.
“kau genius la Adrian! Thanks!!” Blair sambung memeluk Adrian lalu keluar daripada Gym.
“that kid...” Adrian menggeleng kepala nya.
You're the definition of red lights, Skyler..
KAMU SEDANG MEMBACA
Sweet Rival
Romance"Apa salah aku sampai kau jauhkan diri kau daripada aku?" -Adrian "Kawan? More like Rival." -Skyler "Kau jangan tipu aku:)." -Blair Wanna some more tea? Read this 'till the end