[Chapter 4]

18 0 0
                                    

Blair keletihan selepas bersukan. Dia ingin pergi ke mesin air.

“nak pesan pape?” tanya Blair.

“ice americano satu.” lelah Raven.

“beli sendiri kat café. Aku nak pergi mesin air je.” marah Blair. Raven tak bodoh tak sah.

“air mineral je lah.” ujar Raven serta Hugo lalu memberikan duit kepada Blair.

Blair membeli 3 air mineral di mesin air. Dia memusing belakang untuk pulang ke kelas.

“long time no see, huh?” kata pemilik suara kepada Blair.

Suara yang agak dia kenali. Blair mendongak ke atas.

Ya. Ex best friend childhoodnya. Adrian. Blair seperti sesak nafas. Lidahnya kelu. Tak tahu nak buat apa. Adakah ini realiti?

“kau nak apa?” tanya Blair.

“tegur pun tak boleh?” soalan yang dijawab dengan soalan.

“aku nak masuk kelas.” ujar Blair lalu meninggalkan Adrian.

______________________________________

Blair termenung ke arah siling biliknya.

Ringg~

Golden Trio ㄱㅇㅅㅇㄱ

Ravennie 🦉
Kau nampak an budak baru tu. Handsome weh /nangis

Hugoyaaaa 🐯
Aku lagi handsome no cap.

Ravennie 🦉
Penipuan terbesar aku pernah baca harini.

Blair <3 🐿️
Budak baru? Jom esok kita usha dia hehehe mana tahu single nak try 😔

Ravennie 🦉
Jom😔

Hugoyaaaa 🐯
Jom hehe nak jadi member dia 😔

Blair tersenyum melihat gelagat dua sahabatnya. Secara tibanya dia teringat Adrian. Yeah andai dia masih berkawan dengan Adrian..

Dia tahu Adrian tak bersalah namun hati cuba mengatakan untuk kekal membenci Adrian.

_____________________________________

“tu budak baru.” muncung bibir Raven tunjuk pelajar baru yang dikatakannya.

‘Lah Adrian budak baru-’ bisik hati Blair. Ingat budak baru yang dikatakan Raven dan Hugo itu orang lain.

“kau ok tak?” tanya Raven sambil mengunyah coklat.

“aku ok je cuma penat sikit hehe.” ujar Blair lalu senyum.

“aduhhh perut aku sakit. Aku gi tandas jap.” lalu pergilah Raven ke tandas.

“salah makan tuu..” keluh Blair.

“Blair, we need to talk. Rooftop” ujar Adrian.

“fine.” Blair dan Adrian pergi ke rooftop.

“bertahun-tahun berlalu. Kau masih marah dan benci aku?” tanya Adrian.

“kalau iya?” kata Blair dengan dingin.

“kau tahu kan bukan aku yang buat.” Adrian memandang wajah Blair dengan ekspresi bahawa dia jujur.

“aku tahu.”

“kenapa kau jauhkan diri kau daripada aku?” soal Adrian.

“itu kau tak perlu tahu,Adrian.” lalu Blair pun pergi meninggalkan Adrian yang masih terfikir.

____________________________________


Blair memasuki ke bilik air pelajar perempuan. Blair memandang cermin yang memantulkan gambaran wajahnya. Matanya merah dan bengkak. Bibir serta hidungnnya menjadi merah. Kenapa dia menangis tadi? Dia tidak perlu nangis-

Dia membasuh muka lalu menunggu agar matanya tidak lagi bengkak. Dia takut jika dia masuk ke kelas ada yang tanya. Lagi-lagi dua manusia tu.

Secara tibanya terdapat seseorang yang memeluknya daripada belakang. Blair terkejut.

“kau ok?” tanya pemilik suara tersebut.

Blair memandang ke arah cermin. Ya. Orang yang dia perlukan sekarang. Raven.

“kalau kau tahu dia tak bersalah tapi hati kau masih suruh kau benci dia. Kau nak buat apa?” tanya Blair.

“aku? Hrmm. Cuba untuk memandang kebaikan dia? Idk but yeah aku rasa tu yang terbaik. Bila dah tenang kau cuba berdepan dengan dia.” Secara tibanya Raven menjadi cikgu kaunseling.

Lalu Blair memeluk Raven dengan kuat dan menangis hingga membasahi baju Raven.

“jangan kena hingus kat baju baru aku ni sudah.” kata Raven lalu turut memeluk Blair. Dia tahu sahabatnya itu dalam kesedihan.

“mana Hugo?” soal Blair.

“dia ada kat luar. Kitorang cari kau tadi. Takkan dia nak masuk bilik air perempuan pulak kan.”

Blair ketawa mendengar penjelasan Raven.

“dah dah jangan nangis. Jom masuk kelas. Balik ni kita main arcade ehe.” pujuk Raven. Sedih bhai tengok Blair nangis.

“okayh.” senyum Blair.

_____________________________________

“eyy butang ni tak berfungsi ke-” marah Raven apabila dia kalah main game dengan Blair.

“kau kena faham kau ni noob dalam game yang ni.” kata Hugo yang sedang merakam.

Diorang memang macam tu. Every moments kalau boleh nak rakam. Katanya as memories.

“aku pro lah cuma butang ni rosak.” kata Raven.

“alasan. Dah noob tu noob lah.” sambung Hugo lagi.

“Meh lawan dengan aku, Hugo.” kata Blair untuk defend Raven

“pegang phone ni, Raven.” Hugo memberikan Telefon pintarnya kepada Raven.

20 minit kemudian.

“tak adil aku kalah.” Hugo kecewa.

“Hugo noob.” ujar Blair.

“aku lagi pro daripada Hugo MUAHAHAHAHA.” ujar Raven flex.

“camne lah aku boleh kalah lawan korang ni haihh.” keluh Hugo seperti tidak percaya.

“dah jom balik. Malam ni study.” kata Blair.

“Let's gooooooooo!!!” jerit Hugo.

Note:kau itu kau. Kau bukan orang lain. Jangan bandingkan diri kau dengan orang lain.

Sweet RivalTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang