Blair's POV
Setelah 10 tahun hubungan ini, akhirnya dia menghalalkan aku. Dia melamarku di tempat yang sama dia mengajakku untuk menjadi kekasihnya.
"Sudikah awak menjadi peneman saya sampai tua?" Soal Adrian lalu melihat anak mataku.
"Maksud awak..?"aku terpaku.
"Sudikah awak menjadi isteri saya?" Soal Adrian lalu mengeluarkan sebuah kotak kecil yang mengandungi cincin.
Terasa bagai ini hanyalah mimpi. Aku hampir mengeluarkan air mata dan secara tidak sedar aku mengangguk.
"Blair?" Soal Adrian.
"Yes, Adrian." Ujar ku lalu memeluk Adrian.
___________________________________
"Yes nasi minyak!" Jerit Raven dan Hugo.
"Banyak la kau nasi minyak." Ujar ku.
"Tapi kan... kan best kalau kita kawen serentak.." ujar Raven.
"Mesti iconic pastu masuk berita pastu kita terkenal pastu kita dapat tawaran untuk jadi model, pelakon or maybe penyanyi. "Hugo dapat lakarkan apa yang akan berlaku.
"Perghhhh best gak tu."ujar ku.
"Tak yah.. Blair kahwin dulu.. aku nak kahwin lambat." Ujar Raven.
"Janji kau bahagia la raven" ujar Blair.
.
.
.
.
.
."Cantik tak dress ni?" Soal ku kepada Adrian.
"Cantik! Alahhh semua kat sini cantik-cantik bila awak pakai." Ujar Adrian.
"Beli semua je la camtu." Keluh ku. Mintak pendapat tapi bila cakap cantik semua memang tidak membantu.
"Boleh. Beli satu butik ni pun tak pe." Senyum Adrian. Haih nasib comel bakal suami aku ni.
"Okay okay.. saya rasa yang tu cantik." Adrian menunjuk ke arah dress putih yang sangat cantik.
"Okayh." Aku mengambil dress tersebut.
.
.
.
.
.
."Kenapa kau nak jumpa aku?" Soalku melihat jejaka dihadapan ku. Wajah yang sudah ku lupakan namun muncul semula dalam hidup aku.
Skyler.
"Aku tak ada nak cederakan kau atau Adrian. Aku tahu korang nak kahwin dah. Aku cuma nak minta maaf sangat-sangat atas semua yang berlaku dahulu." Ujar Skyler.
"It's okay. Past is past." Ujarku.
"Maaf aku tak tahu pasal kau. Tak tolong kau masa kau dalam rawatan cuma aku tak boleh terima masa tu dan aku move on." Sambungku.
"Kau tak perlu minta maaf. Kau tak buat salah. Tapi aku harap kau boleh buat sesuatu untuk aku." Skyler yang dari tadi menundukkan wajahnya kini melihatku.
Wajahnya memang sudah berubah. Tapi tak banyak sangat.... cara percakapannya juga berbeza. Dia nampak lebih tenang. dari matanya aku tahu Dia bahagia.
"Apa dia?" Soalku.
"Nah." Skyler memberikan aku sepucuk surat.
"Itu je permintaan aku. Aku janji aku tak ganggu kau. Nak mulakan hidup baru. Mungkin bukan sebagai kawan kau tapi sebagai kenalan." Ujar Skyler.
Aku membaca isi surat tersebut.
Dia nak kahwin dah!?
What!? Dengan adik Elios!?
Bertenang...
"So kau nak aku datang majlis kahwin kau?" Soalku.
"Yes. Bawak je la Adrian and kawan-kawan yang lain kalau kau tak rasa selesa sorang-sorang." Ujar Skyler.
Aku hanya mengangguk.
"Tengok la.. nah datang juga majlis kahwin aku nanti."aku memberikan sekeping kad jemputan.
Skyler mengangguk dan mengambil kad tersebut.
"Aku nak pergi dah ni. Jumpa lagi."aku lekas bangun daripada tempat duduk dan meninggalkan café tersebut.
"Blair?" Aku berhenti menggelamun.
Wajah suami- eh I mean bakal suami ku dipandang.
"Hah?" Aku sedikit blur.
"Dah ready?" Soal Adrian
Aku mengangguk.
Adrian memegang tanganku dengan erat. Bagai tidak mahu melepaskannya.
.
.
.
.Soooo sejam kemudian macam tu habis majlis tu.. author sangat malas nak menulis jadi bayangkan je la ye.
"Oh my god akhirnya dapat temgok diorang kiss secara terang-terangan." Raven mengelap air matanya yang fake.
Diorang rakam moment aku dengan Adrian kiss...
"Pasni aku dengan Layyana pulak." Sengih Hugo.
Pipi Layyana sudah merah ye HAHAHAHHA
Hugo hanya mengsmirk MAUHAHAHA
"Kau jaga elok-elok best friend aku tu. Jangan kecewakan dia. Sayang dia sebagai mana dia sayangkan kau." Ujar Raven.
"I will with my whole heart." Lalu Adrian memelukku.
"Jangan risau Raven. Tak akan ada aksi kau menikam Adrian." Senyum ku.
"Bagus kalau macam tu." Senyum Raven lalu pergi makan dengan Felix.
"Ingat budak tu end up dengan Elios. Last-last dengan Felix tu." Adrian hairan.
"Jodoh kan.. Elios tu pun pindah jauh." Ujarku.
"Felix tu pun memang sesuai dengan Raven tu. Dua-dua otak kena hanyut dalam sungai." Sambung Adrian lalu melihatku.
Aku melihat dari jauh. Skyler baru sahaja memasuki kereta bersama isteri baharunya. Cantik perempuan tu. Nampak sangat bahagia. Dengar cerita perempuan tu doktor yang rawat dia. Lepastu fall in love. Boleh dah ni author buat pasal love story antara perempuan tu dengan Skyler. Aku hanya tersenyum melihat mereka. Akhirnya Skyler bertemu jodohnya. Aku juga turut bahagia untuknya.
"Sayang lapar tak?" Soal Adrian kepadaku.
Aku hanya mengangguk.
"Jom makan!" Adrian menarik tanganku lalu membawaku ke bahagian makanan.
Adrian.. kau tak ubah macam dulu. Kenakalan kau, perangai kau.. tak pernah berubah. Tapi itu yang buat aku cintakan kau.
Terima kasih menjadi kekasih dan peneman hidup ku. Walaupun bukan kekasih yang pertama tapi pastinya menjadi yang terakhir dan selamanya kekasihku.
Kau fikir dah habis ke? Belum lagi. Mungkin chapter 27 last chapter? Dunno

KAMU SEDANG MEMBACA
Sweet Rival
Romance"Apa salah aku sampai kau jauhkan diri kau daripada aku?" -Adrian "Kawan? More like Rival." -Skyler "Kau jangan tipu aku:)." -Blair Wanna some more tea? Read this 'till the end