Jeno Pov
Bunyi ketukan pintu dari luar kedengaran. Aku yang sibuk fokus melakar di atas kertas menjadi terganggu akibat perbuatan itu. Garisan aku aku nak garis pakai pembaris menjadi sedikit senget. Aku berdecit kecil.
"Haihlah!" rungut aku sendirian. Aku menoleh kearah pintu ruangan kerja aku. Itulah punca kenapa garisan dia menjadi senget. Habis nak kene padam dan ulang balik.
"Masuk!" Arahku. Riak wajahku yang sepertinya nak marah berubah kepada wajah datar. Seperti selalu.
"Maafkan saya sebab mengganggu kerja Encik Jeno." mata receptionist office itu terpandang lukisan aku yang sedikit cacat sebelum menyambung percakapan dia.
"Ada surat untuk Encik Jeno. Sepertinya surat ini datangnya dari Jerman." dahi aku berkerut.
"Dari Jerman?" pembantu aku mengangguk kecil sambil menghulurkan surat bersampul warna kuning keemasan berserta bungkusan kotak bersalut kertas pembungkus berwarna emerald green pekat.
"Bungkusan ini daripada orang yang sama?" dia angguk lagi sekali. Aku capai surat yang diberi. Sesekali membelek sedikit.
"Tak apa, bungkusan itu letak ditepi meja saya sana." aku hala pakai dagu sikit.
"Saya keluar dulu. Maaf menganggu."
"Tak apa.." dia senyum kecil tanda menghormati aku lalu mempamitkan dirinya untuk keluar dari ruang kerja aku.
Belum sempat dia nak tutup pintu tiba - tiba pintu dirempuh kawan baik aku. Siapa lagi kalau bukan yang namanya Lee Haechan.
"Maafkan say-" aku geleng.
"Tak apa.. Awak boleh pergi sambung buat kerja awak. Kau Haechan sila tutup pintu." Haechan tersengih - sengih sambil menutup pintu. Sejurus menutup pintu dia bergerak pula untuk duduk di kerusi bertentangan meja kerja aku.
"Apa khabar kawan baik!" Dia hulur tangannya untuk berjabat tangan. Aku sambut sahaja. Kami buat handshake lepastu masing - masing dah bersandar dekat kerusi.
"Baik. Kau ok? Macam mana dengan Sydney?" dia angkat tangan ok.
"Macam biasa?" tanyaku lagi. Dia mengangguk dan berbuat muka riak dia seperti selalu..
"Macam biasa.. Emas.." annoying betul dengar nada riak emas dia tu. Oh ya, kawan baik aku ni atlet negara. Bidang memanah. Dari aku kenal dia memang bab bab memanah kau boleh bagi dekat dia. Dia mahir bab bab memanah ni.
Aku dulu kenal dia pun sebab dia kawan baik mendiang kembar aku Jaemin. Mendiang Jaemin pula bekas penembak profesional dulu masa - masa umur sekolah menengah. Tapi dia sudah meninggal akibat kemalangan jalan raya semasa umur kami mahu masuk ke 18 tahun.
Ada juga dia cakap dia stay akan dua minggu di Sydney atas sebab kat sana ada game sekali bercuti dengan awek dia jugak.
Awek dia pun sama je atlet dengarnya.
YOU ARE READING
Oh! She's My First
FanfictionMengisahkan tentang sorang lelaki iaitu Lee Jeno yang berkerjaya sebagai arkitek yang terkenal di Bumi Korea Selatan. Setelah idea bangunan Shopping Mall mendapat perhatian di Negara Luar. Princess Arianna Roselyne Hermes Schott, pemilik syarikat...