Arianna Pov
"Sorang saja?" aku menoleh kebelakang. Jeff sedang bersandar di batang tiang gazebo luar rumah. Aku sekarang berada di laman belakang rumah.
Aku biarkan Jeff disitu tanpa sapa dia kembali. Aku menyambung bermain air kolam dengan kedua kaki aku.
Aku perlahan melepaskan keluhan. Aku tak suka dengan aku yang sekarang ni. Lembik. Terasa ada yang datang mendekati aku. Jeff, dia datang mengambil tempat di sebelah aku. Dia yang memang sudah berseluar pendek jadi tidak perlu menyinsing seluar dia. Terus je celup kaki masuk kolam. Ikut aku.
Dua - dua diam ambil mood malam.
Lepas je sesi aku kena marah dengan Ayahanda di bilik kerja dia aku terus pergi sini. Yang lain tak berani nak tegur kami berdua. Sebab mood masing - masing tengah marah. Jadi Jeff orang pertama approach aku sekarang ni.
"Ayah Schott cakap apa je dengan kau?" tegur Jeff. Aku memutarkan anak mata keatas. Malas nak ingat, dahla aku sorang je yang kena marah. Lia tak kena pun. Sibuk bervideocall dengan pakwe dia.
Siut betul.
"Okay. Tak tanya." Aku pandang orang sebelah aku. Dia menunduk sedikit, melihat kakinya yang sibuk dihayun - hayun bermain dengan air. Aku pandang depan aku balik. Melihat bintang - bintang di langit, tidak lupa juga pada bulan yang bersinar malam ni. Terang betul.
"Agak - agak apa khabar Jaemin dekat sana ya? Dia rindu Rose tak." pertanyaan aku yang tiba - tiba menganggu lamunan Jeff. Dia tersentak dan blur sekejap. Lepas dia dapat tangkap apa yang aku cakap tadi terus berkata.
"Tak, dia tak rindu Rose." automatik aku tengok dia. Aku rasa nak marah. Dia pun memang dah tatap aku dulu sebelum aku.
"Dia rindu Anna." terkubur semua ayat yang aku nak guna buat bantai dia tadi.
"Dia tak kenal Rose. Dia cuma kenal Anna. Anna Kim." sambung Jeff. Mula dah drama dia. Nak ungkit Anna Anna Anna.
"Anna dah mati, dia ikut Jeremy." tukar aku. Tapi cepat je Jeff menggeleng.
"Nope, Anna Kim tak pernah mati. Dia cuma tidur. Dia letih." menjeling Jeff. Ada je ayat dia nak bidas aku balik.
"Bila lah Anna nak bangun. Semua orang rindu Anna." celoteh mulutnya lagi. Aku naik rimas. Semua nak Anna ni dah kenapa!?
"Orang dah cakap Anna dah mati. Tak faham bahasa ke!? Eish semaklah!" Aku bangun dan tinggalkan Jeff disitu keseorangan. Jeff hanya melihat aku yang berjalan meninggalkan dia masuk kedalam istana.
S
K
I
P
Jeno Pov
"Hai apa khabar orang jauh!" Sapa Haechan di skrin telefon. Excited betul bunyi dia. Aku tergeleng - geleng.
YOU ARE READING
Oh! She's My First
FanfictionMengisahkan tentang sorang lelaki iaitu Lee Jeno yang berkerjaya sebagai arkitek yang terkenal di Bumi Korea Selatan. Setelah idea bangunan Shopping Mall mendapat perhatian di Negara Luar. Princess Arianna Roselyne Hermes Schott, pemilik syarikat...