Jeno Pov
Makan malam bersama keluarga Hermes Schott agak unexpected bagi aku. Aku ingat dorang punya makan malam tu senyap dan makan, dah habis makan blah. Rupanya terbalik, makan sambil berbual tentang aktiviti seharian mereka di meja makan.
Alex dia bercerita dia sedang sibuk dengan assignment yang berlambak. Minggu depan dia akan mula peperiksaan besar. Next semester adalah semester akhir baginya. Dan dia sedang sibuk dengan final year project dan mencari tempat intern.
Dia awal - awal menolak keras untuk intern dalam syarikat keluarganya sendiri. Dia mahu berusaha sendiri dan kalau boleh dia mahu mencari pengalaman bekerja di syarikat yang tidak begitu terkenal. Aku agak kagum dengan dia.
Manakala Ms. Alianna mengadu betapa sibuknya dia di office dan berulang alik keluar kerana sibuk meeting dan kerja di officenya.
Ayah Schott sibuk dengan memerhati dan memikirkan tentang rang undang - undang negara yang ingin diperbaharui hasil cadangan menteri dan campur tangan anak perempuan sulungnya.
Bonda Schott pula sedang giat dengan persiapan krismas yang tidak lama lagi akan mendatang. Katanya keluarganya mahu datang. Adik Ayah Schott iaitu Maria dan sekeluarga akan datang kesini. Dan esok harinya keluarganya dari Korea Selatan akan melawat bonda Schott.
Aku pula cerita biasa saja, kerja di Jerman bagaimana. Ok tak duduk sini. Sesekali dorang tanya tentang aku dan keluarga aku. Mereka turut berduka atas kepergian semua ahli keluarga aku. Aku cuma tinggal atok nenek belah ibu di kampung. Yang lain semua tidak ada.
Aku juga bercerita keluarga belah ayah aku agak membencikan aku. Mungkin kerana aku dulu buta, aku dulu orang kurang upaya. Jadi aku tidak rapat dengan keluarga belah ayah. Dari dulu aku memang cuma ada atok, nenek dan juga jaemin. Tidak lupa juga pada kawan masa singkat aku iaitu Aria.
Dengar punya dengar cerita rupanya bonda schott dulu adalah warganegara Korea selatan. Tapi disebabkan sudah berkahwin dia menukar kerakyatannya. Bonda Schott bukan calang - calang orang. Keturunan dia juga adalah salah - silah dinasti Silla. Agak wow bagi aku.
"Jadi nanti krismas kamu balik ke kampung?" tanya bonda Schott. Aku menggeleng.
"Tak dapat balik. Flight sangat penuh. Lagipun saya baru sampai sini dalam 3 minggu. Tak mahulah minta cuti balik ke sana semata sambut Krismas." kata aku merendah hati.
Mereka angguk sambil menyuap makanan.
"Apa kata abang join keluarga kami sambut Krismas nanti? Takdelah rasa sunyi sangat Krismas abang." offer Alex. Yang lain mengangguk setuju dengan itu.
"Boleh. Apa salahnya. Lagi ramai lagi meriah!" kata bonda dengan nada sangat teruja.
"Tak susahkan ke? Saya rasa segan pula. Kalian semua keluarga diraja. Mesti ada adat tertentu dan saya pula orang biasa saja. Tidak mengapalah. Saya boleh sambut sendirian." aku tolak kerana tidak mahu menganggu perayaan dorang.
YOU ARE READING
Oh! She's My First
FanfictionMengisahkan tentang sorang lelaki iaitu Lee Jeno yang berkerjaya sebagai arkitek yang terkenal di Bumi Korea Selatan. Setelah idea bangunan Shopping Mall mendapat perhatian di Negara Luar. Princess Arianna Roselyne Hermes Schott, pemilik syarikat...