3 | Reunion

10 0 0
                                    

Jeno Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeno Pov

"Lagi 4 hari je submission tu! Kau taknak ke pergi? Lagipun bukan kau berhenti dari syarikat yang kau bekerja pun. Kau cuti setahun je kan?" Aku memusingkan badan aku 180 darjah kebelakang. Menghadap Haechan yang berjalan di belakang aku tadi. Aku beriak hairan.

"'Mana kau tahu kalau aku terima tawaran tu aku cuma dicutikan setahun? Aku tak ada cakap dengan siapa - siapa pun tentang hal ni." Haechan yang tersedar dia dah kantoi dengan aku terus buat melihat sekeliling luar dewan besar sekolah lama kami.

Jangan tanya.

Ya aku pergi reunion tahun ni. Atas alasan aku nak release tension, sebab lately ni aku stress nak siapkan lakaran baru dengan fikirkan tentang surat tawaran ni. Tipulah kalau aku tak berminat nak terima tawaran tu.

Kerja under dorang rasa macam seronok. Duduk dekat sana selama setahun. Boleh gain pengalaman baru. Like, ni adalah kali pertama mereka buat selepas 10 tahun mereka tutup sebab katanya dorang sangat impress dengan ciptaan aku.

Tetapi pada masa yang sama, aku rasa macam berat hati nak terima tawaran tu. Rasa macam ada sesuatu tetapi aku tak tahu apa benda itu, sama ada itu baik atau buruk. Benar atau salah.

Kena fikir juga kalau dah duduk pun dekat Jerman tak ke aku kene belajar bahasa dorang? Pemakanan dorang pun bukan macam orang Asia. Suhu tu aku rasa okay lagi.

Tetapi dalam diam aku rasa macam nak terima sebab aku ada cari dekat internet tentang Princess Arianna Roselyne tu, nampaknya macam menarik je orangnya. Nak tengok juga dia depan - depan macam mana. Di usia 29 tahun dah pegang syarikat Hermes Schott Architecturing. Gila!

Tapi takkan aku nak pergi sebab nak tengok dia orangnya macam mana je betul tak? Hm, aku pun pening dengan diri sendiri. Nak ke taknak?

"Nantilah aku fikir, malam ni aku nak enjoy. Nak jumpa kawan - kawan lama kita semua."

"Ha bagus. Fikir masak - masak lepas tu terima jela ek. Peluang hanya datang sekali je tahu?" nasihat kawan baik aku.

"Ya nanti aku fikir masak - masak." kami pun berjalan beriringan masuk kedalam dewan besar itu. Masuk - masuk je kami disapa orang penyambut tetamu.

"Eh Haechan and.... Wawww Jeno. Long time no see you. Makin kacak you sekarang." tegur Shin Ae. Bersama dengan peyambut tetamu lagi satu yang aku pun tak kenal. Aku ingat Shin Ae je sebab dia satu kelas dengan aku dulu. Aku memberikan senyuman kecil tanda hormat.

"Alah biasa - biasa je. Kau pun makin cantik, matang." balas aku pulak. Buat penyedap hati Shin Ae ni. Tersipu malu bila aku puji dia macam tu.

Setelah habis bertegur sapa kini aku dengan Haechan bergerak mendapatkan makanan lepastu duduk di meja kosong. Member yang lain belum nampak batang hidung lagi.

"Wehhhh Jeno!!!!!" laung seseorang dari belakang. Aku yang tengah menghirup air tertoleh kebelakang. Haechan pun tak terkecuali.

Auto senyum aku bila nampak Lucas dan Mark. Mereka berjalan menuju kearah kami. Setelah mendapat tepukan di badan badan aku oleh si Lucas dia duduk di sebelah aku. Manakala Mark mengambil kerusi sebelah Haechan. Berbaki 2 kerusi kosong lagi.

Oh! She's My FirstWhere stories live. Discover now