11 | Sad Natal Celebration

6 0 0
                                    

Jeno Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeno Pov

Sudah hampir dua minggu aku tidak nampak bayang Ms. Arianna di office. Apatah lagi nak bertembung dengan dia. Terakhir kali jumpa sewaktu dia pulang waktu malam ke istana bersama Encik Dylan. Kemudian dia memanggil aku masuk kedalam pejabat kecil dia dan memberikan aku tugasan baru.

Aku diberi tugasan untuk melakar satu bangunan shopping complex berkonsepkan brand Hermes. Kerana kami akan bekerjasama dengan ibu Prince Jeffrey iaitu pemilik brand tersebut. Dia ingin membuat satu shoping complex khas untuk menyimpan dan memperaga semua design - design yang mereka ada disana.

Aku yang tidak tahu menahu dengan brand tersebut cuba dalam masa 3 hari untuk mendalami konsep Hermes brand dari internet serta dari sahabat terdekat. Selama 3 hari tersebut aku cuba membut idea kasar bentuk bangunan itu. Dan sekarang sudah 2 minggu berlalu dan lakaran tersebut sudah siap.

Cuma aku harus membuat presentation kepada Ms. Arianna dan senior architect yang lain untuk meminta pendapat mereka terlebih dahulu sebelum aku akan bergabung dengan beberapa orang senior architect di sana dan 2 orang interior design untuk siapkan sepenuhnya luaran serta dalaman dengan lebih detail.

Dan itu aku akan present selepas menyambut perayaan krismas.

Kini aku sedang memandu kereta menuju ke istana kerana harini 24 disember. Malam ni aku akan merayakan hari natal bersama keluarga Hermes. Disebelah aku pula ada Alex yang disuruh Liana untuk mengikut aku dari balik kerja smpai sekarang supaya aku tak boleh buat alasan untuk tidak dapat hadir.

Mereka ni macam tahu - tahu je yang aku akan berbuat seperti tu.

Tak masalahnya aku segan siottt.

"Kereta abang tak payah parking luar. Sebab ni kereta kami punya jadi boleh masuk dalam." ujar Alex yang berada di sebelah.

"Baik. Oh ya, kenapa tahun ni Jerman keluar salji lambat ya? Dekat Korea Selatan dan seminggu salji." tegur aku.

"Hmm, tak tahu lah bang. Selalunya Jerman akan turun awal saljinya. Cuma tahun ni agak lambat. Doa - doa lah malam ni dia keluar. Takut nanti salji sampai bulan 3 tahun depan." aku hanya mampu mengangguk sambil fokus dengan keadaan jalanraya. Malam ni jalanraya agak sibuk berbanding biasa.

"Keluarga Abang Jeff tak dapat sambut hari natal dengan kita. Sebab dorang pergi sambut di keluarga sebelah ibu mereka. Jadi cuma ada keluarga Aunty Maria." cerita Alex. Aku cuma mengangguk dengan riak tenang. Padahal dalam hati dah bersorak riang. Aku tak berapa gemar dengan kehadiran Prince Jeffrey.

Sebab aku lihat dia sepertinya agak clingy dengan Ms. Arianna.

Mengada - ngada.

Sikit - sikit nak pegang tangan nak peluk.

Geli aku tengok.

"Dah sampai." ucapku. Guard yang nampak kereta kami meluncur perlahan kearah gate istana terus membuka terlebih dahulu supaya tak pelu menunggu terlalu lama untuk masuk kedalam istana.

Oh! She's My FirstWhere stories live. Discover now