Alianna Pov
"Rose!" panggilku dari lantai bawah. Kakak yang sedang ingin menuruni tangga marmar dari tingkat 1 menoleh kearah aku. Kakinya juga secara automatik terhenti.
"Yes Lia? Nak apa?" kemudian dia menyambung lagi perjalanan dia menuruni tangga ditemani dua orang maid yang membawa luggage serta handcarry bag yang mungkin milik kakak Rose.
Aku melihat barang - barang yang dibawa maid berjalan melepasi aku untuk dibawa keluar pintu utama depan. Kakak juga nampak seperti bergegas.
"Rose, nak pergi mana?" aku menahan lengan kakak Rose. Dia menoleh kearah aku sambil membetulkan briefcase yang dipegangnya.
"Kakak ada urusan di Oldenburg, and then stay di Bremin untuk 1 hari kemudian Kakak bergerak ke Frankfurt." aku seakan tidak memahami kenapa Kakak nak pergi ke Oldenburg padahal jadualnya cuma ke Frankfurt sahaja. Itu pun patutnya 1 hari je.
Sebab aku personal assistant dia. Jadi aku tahu gerak kerja dia macam mana sebab aku yang susunkan semua sebelum aku mengambil cuti 2 minggu.
"Ada kemalangan di site sana. Supervisor call manager mereka tapi tak dapat dihubungi. Mereka nak call kamu tapi kamu cuti lagi. Jadi mereka terus direct call kakak."
"Kemalangan? Teruk tak? Nak Lia ikut?" kakak menggeleng.
"Tak perlu. Lia stay sini cuba contact manager mereka. Kakak dah lambat. Kakak gerak dulu nanti kakak update." Rose terus berlari anak. Aku jugak mengejar. Kakak yang ingin masuk kedalam kereta terhenti kerana teriakan aku.
"Rose! Dia dah dapat surat tawaran itu!" Rose sepertinya terkedu seketika. Tapi cepat dia merespon.
"Good work then. Harap dia terima tawaran kita. Lagipun ayahanda suka dengan design dia. Jadi kita boleh belajar dengan dia." Kakak menghadiahkan aku satu senyuman tipis kemudian dia masuk kedalam kereta.
Cepat saja kereta itu meluncur keluar dari perkarangan Hermes Schott. Aku menyandarkan badan di pintu besar sambil memeluk tubuh. Tiba - tiba muncul si bungsu.
Alexavier Raynor.
"Buat apa bersandar dekat sini? Tak breakfast?" Tegur Alex. Aku membetulkan balik posisi kepada berdiri menghadap dia.
"Yang kau pulak nak kemana?" Soalan balas dengan soalan.
"Terang - terang orang pakai baju sukan. Nak pergi bersukan lah. Kenapa? Nak ikut ke? Tak payahlah, ada kawan aku. Nanti dia ngurat kau. Abang sayang kau marah pulak." dia mengusik. Pantang betul ada chance! Mesti si kecik ni nak mengusik.
"Alah kau tak payah nak mengusik aku. Tahulah tak laku. Ni dah breakfast belum?"
"Skip.. Diet." kepala dia nak diet apa dah kurus. Ada otot je lemak takde. Aku ketuk kepala Alex.
"Makan! Kau tu bukan gemuk pun nak diet bagai." aku heret dia masuk kedalam rumah semula.
"Taknakk!!!!!!"
YOU ARE READING
Oh! She's My First
FanfictionMengisahkan tentang sorang lelaki iaitu Lee Jeno yang berkerjaya sebagai arkitek yang terkenal di Bumi Korea Selatan. Setelah idea bangunan Shopping Mall mendapat perhatian di Negara Luar. Princess Arianna Roselyne Hermes Schott, pemilik syarikat...