5 | Terima

5 0 0
                                    

Jeno Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeno Pov

Aku meraup muka dengan wajah yang letih. Kemudian aku melihat lakaran aku yang sudah 3 minggu aku buat. Akhirnya siap juga. Aku tersenyum gembira. Dah tak stress lagi. Esok boleh rilek - rilek dekat office.

Cuma tinggal buat semakan terakhir sebelum hantar design dekat customer. Tapi sebelum tu kene jumpa interior designer dululah. Nak comfirmkan dia boleh tak dengan lakaran aku buat ni. Sebab kalini customer nak buat rumah penthouse dekat tanah private dia. Di Singapura.

Aku toleh jam di dinding. Dah pukul 9 malam. Kemudian aku tertoleh pula pada bungkusan emerald green yang dah 6 hari sampai tapi aku masih belum buka.

Aku cari beg kerja aku, aku cari surat yang aku dapat lalu aku duduk di kerusi meja kerja aku. Aku belek surat itu, lepastu aku baca lagi sekali. Lama jugak aku nak hadamkan ayat tu.

"Karina, kita rujuk semula nak? Saya masih sayang awak. Please, be my wife again." sedaya upaya aku mencapai tangannya. Tapi pantas saja dia menarik tangannya dari disentuh aku.

"I tak nak! You tak faham bahasa ke? I said no means no! I tak mahu ada suami yang pentingkan kerja dia lebih dari isteri dia sendiri! I nak kasih sayang juga Lee Jeno!"

"Tapi apa yang I dapat!? Nothing! Dah lah you tak bagi I kerja. Duduk rumah sorang - sorang pulak tu. So I curang jelah dengan you supaya you sakit hati then ceraikan I." Karina ingin pergi lepas saja ungkapkan semua itu. Tapi dengan pantas aku memegang lengan dia supaya dia tidak beredar dari situ.

"Ei apa ni lepas lah! I nak balik!" Karina menggeliat ingin lepaskan diri dari aku.

"Saya akan berubah, demi kita. Tolonglah.." rayuku..

"Bagi saya peluang kedua, kita fix everything. I will do anything for you." Karina diam. Pegangan aku yang kuat jadi lemah. Karina lepaskan lengannya dari pegangan aku.

"Maaf, tiada peluang kedua dalam kamus hidup I" lalu dia pun pergi meninggalkan aku disitu betsendirian. Mendapatkan boyfriend dia yang sedang entah apa.

Aku mengeluh kecil. Gambar kahwin aku dengan Karina masih lagi di atas meja kerja aku pandang. Lama.

Teringat bagaimana aku purpose dia untuk bernikah dengan aku 5 tahun lepas. Perkahwinan kami cuma bertahan untuk 2 tahun. Masa itu kerjaya aku sedang ingin menaik. Jadi tentu aku sangat sibuk. Sampai tiada masa untuk Karina.

Dia nak sangat bekerja jadi duta produk. Ada jenama yang menawarkan dia untuk jadi duta produk. Tapi aku yang tak izinkan. Aku mampu untuk tanggung dia.

Salah aku juga.

Kongkong dia sangat. Sampaikan dia pun dah muak dengan aku. Jadi dia curang, bawa lelaki masuk rumah. Buat benda bukan - bukan. Haechan yang report dekat aku. Tapi aku masa tu tidak percaya.

Oh! She's My FirstWhere stories live. Discover now