12 | Mula Berbaik

2 0 0
                                    

Jeno Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeno Pov

"Kaeden kenapa kamu tampar Mikayla!" marah Aunty Maria. Dia mara untuk mendapatkan Mikayla yang terpempan melihat abangnya Kaeden.

Dia tak percaya yang abang dia sendiri menampar pipinya.

"Sampai hati abang tampar Mika kerana perempuan tu!" Belum sempat Aunty Maria mahu mendakap anak perempuannya itu. Mikayla terus berlari pergi dari situ.

Aku yang duduk dari tadi melihat pertelingkahan mereka terus perlahan - lahan bangun untuk mengutip semua barang milik Ms. Arianna yang jatuh diatas karpet tadi. Nak mengelakkan barang dia kene pijak dengan orang lain.

"Saya kecewa dengan perangai anak - anak kamu Maria. Kalau ya pun kamu benci pada Anna, jangan perlakukan dia seperti tidak punya hati dan perasaan." Akhirnya Bonda Schott bersuara setelah lama berdiam diri. Kemudian dia berdecit sangat perlahan seraya pergi dari situ. Dia terasa dengan perangai anak adik iparnya itu.

Aku terkedu.

Anna?

Kenapa aku bagaikan kena renjatan elektrik apabila mendengar nama itu?  Sepertinya aku sedang menyelesaikan teka - teki dalam otak. Adakah Anna ni dengan Anna Kim dulu adalah orang yang sama? Atau cuma kebetulan?

Namun cepat - cepat aku mengemas barang milik 'Anna' sebelum menunduk hormat pada Ayah Schott yang sedari tadi melihat aku yang mengutip barang anaknya.

Sejurus itu aku pergi keluar rumah istana. Kerana kami semua melihat bagaimana Puteri Arianna keluar dari rumah istana siap pakej dia hempas pintu kayu jati tu.

Aku mencari keberadaan dia dimana. Mana mungkin dia berada di dalam rumah setelah melihat dia keluar dari rumah istana ni. Dahla waktu macam ni sangat sejuk.

Tiba - tiba aku teringkatkan kata - kata dari pekerja bernama Jessica. Yang waktu - waktu sebegini Puteri itu akan duduk di taman bunga tertutup milik ibunya.

Jadi tanpa lengahkan masa aku terus berjalan kearah tempat taman bunga tertutup tu dan masuk kedalam celahan pokok tinggi tersebut. Mencari keberadaan Puteri itu. Dahla tadi dia keluar tak pakai baju sejuk pun.

Cuma memakai blouse knitwear berwarna beige plus size dan kain pleated skirt bawah lutut berwarna pink cair. Dia langsung tak pakai baju sejuk dengan shawl dekat leher.

"There she is." ucapku lega. Aku melihat dari kejauhan yang dia sedang duduk di atas bangku bersendirian dan termenung jauh disitu.

Agak dekat 2 minit aku melihat dia seperti itu terus aku ingin berjalan kearah dia. Dia yang nampak bayang aku berjalan kearah dia mula mengangkat muka.

"Kenapa awak datang sini?" tanyanya dengan nada kekok.

"Saya cari Ms. Arianna tadi, nak pulangkan barang ni." aku meletakkan barang tu di atas meja berhadapan dengan dia seraya itu aku duduk bersandar dekat kerusi panjang lagi satu bersebelahan dengan dia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Oh! She's My FirstWhere stories live. Discover now