Arianna Pov
"Mana awak pergi?" aku yang sedang duduk di atas kerusi kerja Encik Ferold merenung anak matanya dengan tajam. Dah 10 jam aku mencari dia baru sekarang dia muncul!
Terkulat kalit dia nak putar belit ayat dia supaya dapat menipu aku. Tapi aku Arianna Roselyne lah! Takkan ada sesiapa yang dapat tipu aku!
"Saya ada hal kecemasan. Pagi - pagi saya dah hantar anak saya sakit pergi hospital." Encik Dylan yang berdiri di belakang menjeling mata keatas. Dah faham sangat dengan perangai manager mereka yang satu itu. Membohong je kerja.
"Hantar anak? Hospital? Kenapa tak bagitahu dekat department? At least bagitahu siap - siap dekat mereka jadi apa - apa jadi mereka tahu awak tak ada bersebab." well dia nak game aku kan? We play along with this shitty game together.
Aku nak tengok sejauh mana dia nak kelentong aku.
"Maafkan saya Miss Rose. Saya nak cepat. Nama pun emergency-" belum sempat dia nak sambung ayat dia aku dah berdecit dulu. Seraya menggeleng kepala. Laptop aku yang terbuka luas aku terbalikkan menghadap dia.
"Cuba awak lihat." arahku. Terbongkok - bongkok dia melihat. Riak pulak tidak faham. Peta?
"Peta apa ni Miss Rose?" aku tersenyum sinis.
"Peta ni? Ni peta nak track awak dekat mana." aku bangun dari duduk selepas membaling satu envelope di atas meja. Aku berjalan memeluk tubuh mengelilingi Encik Ferold.
"Saya dah check semua maklumat tentang awak. Awak belum kahwin jadi nak ada anak macam mana? Alamat awak duduk di Bremin tapi saya track awak berada di Hohensyburg. Jauh betul awak pergi hantar anak ke hospital? Apa? Bremin tak ada hospital ke?" Encik Ferold mula menelan kelat air liur sendiri.
"Lepastu hospital tu macam hotel ya? Tak tahu menahu pula saya yang A'LAVYA Hotel tu hospital." kini aku berhenti berjalan dan berdiri bersebelahan dengan Encik Dylan.
"Oklah.. Saya tak nak amik tahu hal awak dah. Dan juga tak mahu lihat awak bekerja disini lagi kerana kami tidak memerlukan pekerja bawahan seperi anda. YOU ARE FIRED!" Terus saja Encik Ferold memalingkan wajahnya kearah kami berdua. Dia menayang riak tak puas hati.
"Apa hak Miss Rose nak pecat saya! Saya kerja bawah King Schott! Bukan kerja bawah kamu!" tempik dia.
"Saya anak dia dan syarikat saya yang pegang jadi saya berhak untuk pecat awak bila - bila masa yang saya suka! Awak tak buat kerja awak jadi terima lah padahnya!"
"Awak tu patut bersyukur sebab saya belum sebut lagi tentang awak pergi Casino di Spieldbank Hohensyburg! Hantar anak pergi hospital konon!" Aku campak satu lagi envelope didalamnya wang sebagai duit pampasan di atas badan dia dengan kasar!
"Kau ambik duit ni dan jangan munculkan muka kau depan aku lagi!"
"Aku tak heranlah dengan duit kau ni perempuan!" amboi! Sedap mulut dia je panggil aku macam tu! Kalau dapat tahu dekat semua kerajaan, mahu kene pancung!
YOU ARE READING
Oh! She's My First
FanfictionMengisahkan tentang sorang lelaki iaitu Lee Jeno yang berkerjaya sebagai arkitek yang terkenal di Bumi Korea Selatan. Setelah idea bangunan Shopping Mall mendapat perhatian di Negara Luar. Princess Arianna Roselyne Hermes Schott, pemilik syarikat...