" Lari Alis lari!!" kata Darrel sambil memegang kakinya yang sudah lemah akibat ditembak.
"Tak tak, saya tak akan tinggalkan awak" kata Alissa. Tidak mungkin dia tinggalkan Darrel di hutan sendiri. Mereka harus selamat.
"Pergi Alis! Kita tak ada masa lagi. Selamatkan diri kau! Cari bantuan dan jangan ke sini!" paksa Darrel lagi. Macam mana pun dia perlu selamatkan kekasih hatinya. Salah nya kerana bawa Alissa sekali ke tempat ini.
"Awak kena selamat, saya tunggu awak" akhirnya Alissa akur dengan paksaan Darrel. Alissa berlari meninggalkan Darrel di situ.
"Alexander!! Mana kau! HAHAHAHAHA ini tempat aku, kau tak boleh lari mana lagi!" jeritan lelaki itu semakin hampir dengan tempat Darrel sembunyi.
"Kau kena selamat sayang. Aku akan cari kau nanti. Itu janji aku." janji Darrel yang gagah bangun mencari tempat persembunyian.
Hujan semakin lebat dan Alissa semakin jauh meninggalkan hutan. Akhirnya Alissa jumpa jalan keluar. Ya ada jalan besar di depan.
"Aku kena cari bantuan. Tak mungkin aku biarkan Darrel sendiri di hutan." kata Alissa sambil berlari ke jalan besar. Satu kenderaan pun tiada lalu di kawasan itu.
"Aku harus berlari ke bawah lagi"
"BOOM!!"
Bunyi letupan yang kuat itu membuatkan Alissa berhenti berlari. Ya, bunyi itu datangnya dari dalam hutan.
"No! Darrel." Alissa terjatuh lemah. Matanya sudah berkaca. Kakinya sudah tidak kuat setelah mendengar bunyi letupan itu. Ke mana aku nak pergi selepas ni.
Penglihatan Alissa semakin kabur. Sebelum menutup mata Alissa sempat melihat ada kaki yang berlari ke arahnya.
___________________________________
"Puan, ada orang di tepi jalan itu. Nampak nya dia macam lemah saja." kata pemandu itu. Sambil melihat orang yang sedang berjalan lemah itu.
"Tapi ni hujan lebat Samad. Betul ke orang tu?" tanya Puan Jasmine.
"Iya Puan. Orang la tu takkan haiwan boleh berjalan pula" kata Samad.
"Dia dah jatuh tu Samad. Berhenti pergi tolong dia bawa masuk dalam kereta." kata Puan Jasmine yang kelihatan cemas.
Samad berlari ke arah Alissa yang sudah jatuh pingsan itu.
"Cik?, cik tak apa-apa? bangun cik" tanya Samad.
"Samad! bawa dia masuk ke dalam kereta" jerit Puan Jasmine.
Samad mengangkat Alissa bawa masuk ke dalam kereta. Terus meninggalkan kawasan itu.
"Kita nak bawa dia ke mana ni Puan?" tanya Samad.
"Kita bawa dia pulang. Nanti saya call doktor peribadi saya saja" kata Jasmine
___________________________________
Hai! Ini penulisan saya yang pertama. Maaf kalau jalan cerita tak menarik.
In Syaa Allah saya akan publish 2 Part sehari.
YOU ARE READING
DARREL ALEXANDER
RomanceKarya Pertama Saya Ini Idea saya sendiri. Dilarang plagiarism Darrel Alexander - Seorang jejaka yang dingin, beku sombong dan mempunyai ramai peminat.Tiada seorang pun yang mampu mencairkan hatinya kecuali seseorang. Alissa Sofea - Anak yatim piatu...