PART 12 | DA

63 4 0
                                    

*Incoming call*

"Siapa pulak call ni?" soal Alissa. Lalu menjawab panggilan itu.

"Hello? Siapa ni?" tanya Alissa. Tapi tiada suara lalu meletakkan panggilan tersebut. Gila call malam2 ni

*Incoming call*

"Ish! siapa2 tah duk call lepas tu bila tanya taknak jawab. Entah2 scammer kan?" marah Alissa. Mengacau betul hari minggunya.

"Eh hello! Kalau call nak scam orang baik duduk rumah diam2 okay jangan kacau hari minggu orang"

"Alis" Alissa terkaku mendengar panggilan itu. Hanya seorang saja memanggilnya Alis.

"Masih sama kau ni. Comel" membulat mata Alissa selepas mendengar suara itu. Ya dia kenal suara itu.

"Da... Darr.. Darrel? soal Alissa

"I miss you baby"

"No no no! Are you Darrel? Real Darrel? soal Alissa lagi. Tak mungkin ini Darrel. Tapi suara itu dia dapat mengecamnya.

Tiada sebarang suara lalu panggilan itu dimatikan.

Alissa jatuh terduduk lalu air matanya mengalir di pipi

"Awak masih hidup Darrel. Kenapa baru sekarang awak cari saya" Alissa terus menangis selepas mendengar suara yang amat dirinduinya.
___________________________________

TOK TOK TOK!!

"Hai Dar. Boleh Dan masuk?" soal Danial dari luar bilik. Kalau terus masuk ni mana tahu Darrel bogel ke tak pasal2 dapat free show.

"Hm, masuk la" jawab Darrel.

"Bang. Kau dah try contact Alis? soal Danial.

Darrel yang sedang kusyuk dengan laptopnya berhenti menaip. Mata dipejam keluhan berat diberikan.

"Aku takut" jawab Darrel lalu sambung menaip di laptopnya.

"Kau nak takut apa bang? Ini la masanya kau tunjukkan diri kau dekat Alis. Sampai bila kau nak seksa hati kau tu bang. Kau terpaksa curi2 tengok dia" Danial risau dengan keadaan abangnya yang hari2 hanya melihat gambar Alissa. Curi2 tengok Alissa di cafe Sam.

"Kau nak aku buat apa? Call dia? Text dia?" soal Darrel.

"Kadang2 kan bengap jugak kau ni bang. Bende macam ni tak kan aku nak ajar?" soal Danial sambil mengunyah kacang yang ditangannya.

Patut la bijak pun soalannya tengah makan rupanya. Kalau tak tu bodoh sentiasa Danial ni.

Darrel hanya memandang tajam ke arah Danial. Kalau sehari tak menyakitkan hati orang tak boleh kot. Ada yang kena baling dari tingkat tiga ni karang.

"Hehehe. Jangan lah pandang Dan macam tu bang. Okay okay macam ni. Apa kata jangan Dar call dia tapi jangan guna number personal. Guna private number ke kan? And jangan bagi tahu yang abang ni Darrel. Just speak and kita tengok Alis kenal tak suara kau ni" idea Danial ni ada bernasnya.

"Hm aku cuba dengan idea kau tu. Ni asal kau tak tidur lagi? Dah lewat esok liat kau nak bangun pergi office." soal Darrel. Danial ni kalau nak bangun pagi punya lambat.

DARREL ALEXANDER Where stories live. Discover now