"Abang, yang tadi tu siapa?" soal Alissa sambil makan kek kesukaan nya.
"Siapa?" soal Rayyan.
"Alaa yang dekat cafe tadi tu?" tanya Alissa.
"Ohh, tu Sam kawan sekolah abang, tu cafe dia. Kek yang Lisa makan tu kek dia la yang buat," jawab Rayyan.
"Oh, sedap eh kek kawan abang ni buat. Pandai dia buat. Abang cuba tanya dia dekat cafe tu tak ada kerja kosong ke? Lisa bosan la cuti sem ni duduk rumah je," tanya Alissa yang mulut penuh dengan kek.
"Tak payah la kerja. Nanti mama papa marah pulak Lisa buat part time. Lagi pun abang kan dah habis belajar. So Lisa cakap je nak pergi mana abang boleh bawak kan," kata Rayyan sambil memandu.
"Alaa boleh laa. Please! Bosan la kalau asyik keluar je. Kalau dekat cafe kawan abang tu. Boleh Lisa belajar buat kek," pujuk Alissa.
"Yela yela. Tapi kena tanya papa mama dulu. Kalau diizinkan baru abang tanya Sam," kata Rayyan. Dia memang lemah dengan pujukan Alissa.
"Yes! Sayang abang Rayyan!" gembira hati Alissa dapat memujuk abang nya.
___________________________________
"Aku yakin itu memang Alis,"
"Tapi sejak bila Alis ada abang? Setahu aku dia tiada siapa-siapa. Aku yang menjaganya selama ni sejak dia umur 15 tahun," omel Darrel sendiri.
Ya memang dia yang menjaga Alissa. Alissa melarikan diri dari rumah anak yatim kerana dibuli oleh rakannya dia sana. Akibat sering dibuli dia melarikan diri sehingga berjumpa dengan Darrel di sesuatu tempat.
Mesti pelik kan macam mana Darrel boleh jumpa Alissa?
Flashback
"Tolong! Tolong!," jerit Alissa sambil jalan mengundur. Dia dah penat berlari.
"Hahahahaha, jerit lah jerit tak ada siapa nak tolong kau, di sini sunyi gelap, hanya ada kita je sayang," kata seorang lelaki itu.
"Lauk kita ini malam Hahahahaha," kata lagi seorang lelaki.
"Tolong jangan apa-apakan saya," rayu Alissa
"Dia mintak tolong la Hahahahhaha," kata lelaki itu.
Mereka gelak setelah mendengar rayuan Alissa.
"Ya Allah bantu hambamu ini," doa Alissa di dalam hati.
"Jangan risau, kita bertiga fun fun je malam ni, berseronok di malam hari Hahahahaha," kata lagi seorang lelaki itu sambil mengoyak lengan baju Alissa.
"Arghhhhh! Tolong!" jerit Alissa mengharap ada orang yang membantunya. Alissa tidak sanggup hilang maruahnya di usia semuda ini.
"Woi!" Jerkah seorang jejaka.
"Alamak ada hero pulak kat sini," kata lelaki itu.
"Kau buat apa? Lepaskan budak perempuan tu," kata jejaka itu.
"Kau budak lagi balik la. Apa kau buat kat sini. Nak join kami ke? Hahahahaha," tanya lelaki itu sambil gelak.
"Tak guna!" kata Darrel lalu menumbuk lelaki jahat itu.
Mereka saling membalas tumbukan. Akhirnya, kedua-dua lelaki itu jatuh tewas akibat di belasah oleh Darrel.
"Jom, kita kena cepat nanti mereka bangun," ajak Darrel sambil tarik tangan Alissa.
"Ttt ta-tapi tangan awak luka," kata Alissa sambil melihat tangan Darrel yang luka akibat terkena pisau mereka.
"Jangan risau, balik nanti aku cuci, kita kena pergi dari sini, kawasan ni tak selamat untuk kau," kata Darrel.
Mereka berlari keluar dari kawasan itu. Darrel membawa Alissa naik motor sport miliknya dan menuju pulang ke rumah.
Alissa dijaga oleh Darrel di rumah ibu bapanya. Darrel tinggal sendiri di Malaysia sejak 18 tahun. Keluarganya semua di Italy.
End Flashback
![](https://img.wattpad.com/cover/320540424-288-k660734.jpg)
YOU ARE READING
DARREL ALEXANDER
RomanceKarya Pertama Saya Ini Idea saya sendiri. Dilarang plagiarism Darrel Alexander - Seorang jejaka yang dingin, beku sombong dan mempunyai ramai peminat.Tiada seorang pun yang mampu mencairkan hatinya kecuali seseorang. Alissa Sofea - Anak yatim piatu...