Part 5 | DA

108 6 0
                                        

"Alaa mama, boleh la," rayu Alissa

"No! Lisa buat apa nak kerja part time tu, mama papa kan ada. Abang Ray dengan Hay. Lisa cakap je nak apa nanti kami belikan ye sayang," kata Puan Jasmine. Dia bukan tak mahu Alissa kerja tapi tak mahu kejadian lama berulang lagi.

"Alaa, papa, cakap la dengan mama tu, Lisa nak kerja. Lagi pun sekarang kan cuti sem. Lisa bosan la duduk rumah. Please papa," rayu Alissa dengan Tuan Steven.

"Sayang, bagi la Lisa ni kerja. Kan dia tengah cuti sem. Bosan duduk rumah ni, awak tu pun bukan selalu ada dekat rumah. Butik tu jela awak hari-hari" kata Tuan Steven.

"Tapi abang, saya risaukan keadaan dia," kata Puan Jasmine.

"Alaa mama, Ray kan ada. Lagi pun Lisa kerja dekat cafe kawan Ray. Nanti hantar dan pulang Ray jemput Lisa," kata Rayyan. Dia mesti pujuk mamanya atas permintaan Alissa. Mana tak nya. sayang kan?

"Hm yela," kata Puan Jasmine.

"Yeayyy. Sayang mama muahhh," gembira hati Alissa sambil menyium pipi Puan Jasmine.

"Tapi! Ingat pesan mama ye. Lisa kena jaga diri. Mama tak nak apa-apa jadi dekat Lisa faham?" pesan Puan Jasmine.

"Hehe okay mama,"

"Mama risau betul dengan Lisa, dia dah besar la mama. Pandai la dia jaga diri. Kan dia ada Hay dengan Ray boleh jaga. Jangan la mama risau kami berdua boleh teropong dari jauh kan Ray?" kata Hayyan sambil memeluk bahu kembarnya. Entah datang dari mana tiba-tiba je muncul.

"Risau la, ni satu-satunya anak perempuan mama," kata Puan Jasmine. Walaupun Alissa hanya anak angkat tapi Puan Jasmine sudah anggap seperti anaknya sendiri.

___________________________________

"So, kau nak adik kau kerja dekat cafe aku?" tanya Sam.

"Yes, dia tu tengah cuti sem. Habis dekat mama papa aku dia merayu nak kerja dekat cafe kau ni. Jangan hampakan adik aku Sam," kata Rayyan. Dia mesti dapatkan kerja ni untuk Alissa.

"Aku boleh bagi adik kau kerja sini. Jangan risau lah. Kau kawan aku," kata Sam. Dia setuju pun sebab Alissa perempuan yang Darrel cari.

"Bro," sapa Darrel yang baru masuk ke dalam cafe.

"Aku lupa nak kenalkan dekat kau, Rayyan kawan sekolah aku. Baru balik dari New York," kata Sam. Dia perlu kenalkan Rayyan dengan Darrel.

"Rayyan Carlos"

"Darrel, Darrel Alexander"

Membulat mata Rayyan mendengar nama itu. Nama yang tidak asing. Seperti pernah dengar nama itu.

Nama dia Darrel Alexander. Dia yang selamatkan Lisa dan jaga Lisa sebelum ni.

Ya, Ini lelaki yang dicari oleh adiknya Lisa.

"Lisa, abang dah jumpa Darrel yang Lisa cari sayang. 2 tahun Lisa tunggu dia. Akhirnya abang dah jumpa.

"Bro?" Sam tepuk bahu Rayyan.

"Ya, Sorry," Rayyan tersedar dari lamunannya.

"Kau okay tak?" soal Sam. Tiba2 mengelamun kawannya. Risau pulak kena sampuk

"Aku okay. Tak apa la Sam. Aku balik dulu. Esok aku hantar adik aku kerja," pamit Rayyan. Dia perlu rahsiakan hal ni. Dia mesti siasat laki tu betul atau tidak yang dicari adiknya Alissa.

"Asal tu?" soal Darrel.

"Entah. Eh Bro, esok Alis kerja kat sini. Cafe aku," kata Sam.

"Seriously?" soal Darrel. Teruja bila mendengarnya

DARREL ALEXANDER Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang