Setelah 4 Jam dalam mall
"Lisa jum balik. Abang Hay penat dah ni," ajak Hayyan lalu bersandar di dinding.
"Mana boleh balik lagi. Kita baru dekat tingkat 2 tau. Tengok tu ada lagi berapa tingkat kita tak naik lagi." jawab Alissa sambil tunjuk ke arah tingkat atas.
Rayyan dan Hayyan memandang sesama sendiri. Lagi 2 tingkat yang mereka belum naik . Habis naik kebas kaki dengan tangan penuh barang Alissa.
"Kau la ni yang pergi janji dengan Lisa nak shopping tu kenapa? Dengan aku-aku kena ikut sekali" kata Rayyan.
Menyesal pula rasanya balik awal tadi. Kalau tahu pusing-pusing kl pun tak pe.
"Mana la aku tahu. Aku nak pujuk je sebab dia tak nak maafkan aku" jawab Hayyan.
"Abang berdua jom la! Banyak lagi kedai nak masuk ni" jerit Alissa. Tak sabar nak habisakn duit abang2 nya.
Dengan malasnya Hayyan dan Rayyan melangkah mengejar adik perempuannya.
"Kenapa rasa berdebar je ni" ngomel Alissa sendiri.
"Haa kenapa berhenti ni? Nak balik ke?" soal Rayyan.
"Em takde pape la. Jom jom naik atas" jawab Alissa.
Tanpa disedari sepasang mata sedang memerhati Alissa dari jauh.
"I miss you"
___________________________________"Haaa ni cantik, sesuai dengan kau Bryan." kata Danial sambil memegang tali leher warna warni itu.
"Kepala hotak kau. Ingat aku ni apa nak pakai warna warni ni. Dah macam unicorn aku tengok" kata Bryan sambil jeling ke arah Danial.
Ada ke nak pakai tali leher warna warni macam tu nak ke pejabat. Habis jatuh saham nanti.
"Alaa sesuai apa dengan kau haaa. Colourfull. Baru la mewarnai hidup kau yang suram tu. Try jela dulu" kata Danial sambil padankan di leher Bryan.
"Nah warna ni sesuai dengan kau" kata Levi sambil menghulurkan tali leher warna ungu. Nak dekat sejam dalam kedai ni semata mata untuk tali leher.
"Haa ni baru cantik. Purple color dengan kain satin. Kalau aku pakai dengan suit hitam perghh lawa gila" kata Bryan. Pandai budak Levi ni pilih.
Danial pandang tajam ke arah Bryan dan Levi. Menyampah!
"Eh mana Dar? soal Danial sambil melilau mencari abangnya.
"Entah, tadi ada kat sini" jawab Levi.
"Mana2 la si beku ni pergi haish." ngomel Danial.
*Sementara Darrel*
Darrel keluar dari kedai untuk jawab panggilan daripada company.
" Thank you. Nanti arrange balik jadual meeting aku."
Selepas tamatkan panggilan tanpa sengaja dia memandang kelibat Alissa dan mengejar agar tidak hilang jejak.
Sangkaan nya benar. Yang dia nampak tadi memang betul Alissa bersama dengan abang kembarnya.
Senyuman terukir di bibirnya menandakan dia sedang bahagia. Alhamdulillah.
"I miss you"
___________________________________
Di cafe Sam"Sam, bagi aku nombor Alis" pinta Darrel sambil makan kek kesukaan Alissa. Ya apa yang Alissa suka makan dia pun suka.
"Kau nak buat apa?" soal Sam.
"Dia nak pergi tikam nombor ekor. Apa la kau ni tu kan girlfriend dia. Mesti la nak call ke nak whatsapp ke." jawab Danial sambil mengunyah makanan dalam mulutnya.
"Huh! Time makan je bijak budak ni" senyum sinis Levi sambil memeluk tubuh.
"Yela kejap aku hantar contact dia dekat whatsapp kau." kata Sam.
Bryan dari tadi mendiamkan diri. Bengang dengan Danial yang belikan dia tali leher warna warni itu.
"Tapi kau dah ready ke Dar?" soal Danial.
"Aku nak dia tahu yang aku masih hidup" jawab Darrel sambil tersenyum. Dah tak tahan menahan rindu.
"Aku dah hantar contact Alis dekat whatsapp" kata Sam.
"Thank you brotha" sambil save contact Aliss.
My Baby Angel ❤️
___________________________________
"Mummy! Daddy! Where are you? Im home!" jerit Alissa sambil ber catwalk masuk ke dalam rumah.
"Amboii lamanya anak mummy ni shopping. Eh mana barang shopping nya?" soal Puan Jasmine lalu duduk di sofa sebelah Alissa.
"Tu" jawab Alissa sambil tunjuk ke arah pintu rumah.
"Huh! Penatnyaaaa," mengeluh panjang Hayyan sambil hempas badan atas sofa ruang tamu.
"Woi Hayyan! Apahal kau tinggal barang depan pintu ni. Ingat ada bibik ke nak tolong kutip!" marah Rayyan. Dah lah dia yang bawak paling banyak.
"Bukan kita memang ada bibik ke? soal Hayyan sambil pejam mata.
"Banyak la kau punya bibik," jawab Rayyan lalu mencampak barang-barang di atas badan Hayyan.
"Sakit laaa" ngaduh Hayyan. Dah la penat dihimpap bula dengan barang berat.
"Padan muka kau. Dah la kau yang ajak Lisa ni shopping. Aku pulak yang kena." ujar Rayyan. Sakit hatinya belum habis lagi.
Alissa dan Puan Jasmine hanya ketawa melihat gelagat si kembar itu.
"Mission complete!" sorak Alissa.
"Nasib lah sorang je adik dalam rumah ni" ujar Hayyan.
"Eh tak baik tau mengeluh. Nanti rezeki sempit. Miskin baru tahu" kata Alissa.
"Amboii mulut! Takda insuran eh doakan orang miskin" marah Hayyan.
"Sudah sudah. Pergi naik mandi semua lepas tu turun makan. Nanti barang2 ni Mummy suruh bibik bawak masuk bilik Lisa" kata Puan Jasmine lalu bangun menuju ke dapur.
"Werkkkkk!!" ngejek Alissa lalu lari naik ke dalam bilik.
___________________________________
"Abang, dah jumpa?" soal Puan Jasmine terhadap suaminya.
"Sudah honey," jawab Tuan Steven.
"Jadi betul ke?" soal Puan Jasmine lagi.
"Hm. Honey betul ke nak tahu ni?" soal Tuan Steven lalu menaikkan keningnya.
"Ish abang! Cepat la betul ke tidak?" soal si isteri sambil memukul lengan suaminya. marah betul dengan suaminya yang asyik berteka teki.
"Hahahaha. Yes honey," jawab Tuan Steven sambil ketawa. Comel betul.
"Habis tu macam mana ni?" risau betul Puan Jasmine dengan keadaan sekarang.
"Look Honey. Dia bukan milik kita. Kalau dia nak semula hak milik dia, kita kena pulangkan" jawab Tuan Steven sambil menatap mata milik Puan Jasmine yang sudah berkaca.
"Tapi, saya risau la abang. Saya dah anggap Lisa tu macam anak saya sendiri. Saya taknak kejadian dia yang dulu jadi lagi," kata Puan Jasmine.
"Dont worry honey. That guys can take care of our daughter. Okay?" kata Tuan Steven lalu mencium tangan isterinya.
Puan Jasmine hanya mengangguk lalu keluar dari bilik untuk menyiapkan makan malam. Sebak rasanya bila dapat tahu lelaki yang bernama Darrel sedang mencari Alissa.
___________________________________
Alissa belum sempat bahagia. Parents angkat sudah bersemut di sini. Btw haii! This new chapter. Sorry hambar 🥺

ANDA SEDANG MEMBACA
DARREL ALEXANDER
RomansaKarya Pertama Saya Ini Idea saya sendiri. Dilarang plagiarism Darrel Alexander - Seorang jejaka yang dingin, beku sombong dan mempunyai ramai peminat.Tiada seorang pun yang mampu mencairkan hatinya kecuali seseorang. Alissa Sofea - Anak yatim piatu...