PART 2 | DA

125 8 0
                                        

4 tahun kemudian

Dah 4 tahun berlalu. Alissa masih tidak boleh lupakan Darrel. Baginya Darrel masih hidup. Ya, dari dalam hati dia dapat rasakan Darrel hidup. Tapi kenapa Darrel tidak mencarinya? Adakah Darrel sudah lupakan dia? Itu masih menjadi tanda tanya kepada Alissa.

"Saya harap awak kembali Darrel. Hari2 saya tunggu awak," itu lah kata-kata yang diungkap setiap hari.
___________________________________

"Mama! Lisa dah pulang" jerit Alissa.

"Ye sayang. Mama kat dapur ni." nyahut Puan Jasmine sambil memasak.

"Wahhh sedapnya bau! Mama masak apa ni?" soal Alissa sambil memeluk mamanya dari belakang.

"Mama masak favorite Lisa la." jawab Puan Jasmine

"Kalau macam tu, Lisa naik tukar baju dulu lah nanti Lisa turun kita makan sama-sama ye mama." kata Alissa lalu mencium pipi mamanya.

"Iya sayang. Nanti kejut kan abang-abang tu turun makan," kata Puan Jasmine

"Ha?! Abang mana mama?" soal Alissa. Setahu dia abang-abang nya semua di luar negara.

"Halah sayang. Abang-abang kesayangan kamu la." jawab Puan Jasmine sambil senyum.

Mata Alissa sudah bersinar-sinar. 2 tahun menanti kepulangan abang-abangnya.

"Ha? Abang Hay dengan abang Ray dah balik ke ma?" soal Alissa.

"Ye, ada dalam bilik Rayyan tu. Pergi la kejut" jawab Puan Jasmine sambil senyum.

"Yes!"

"Abang Hay! Abang Ray! Yuhuu!" jerit Alissa sambil berlari naiki tangga. Gembira rasanya hati bila abang-abangnya sudah berada di Malaysia.

"Abang Hay! Abang Ray! bukak la pintu ni. Mama panggil turun makan la. Dah tua bangka pun bangun lambat lagi," ngomel Alissa sambil mengetuk pintu bilik Rayyan.

Hayyan dan Rayyan bangun terus memandang sesama sendiri. Adik kesayangan mereka sudah menjerit di luar. Haih nasib sayang kalau tidak sudah humban dari tingkat 3 ni ke bawah.

"Hay kau pergi la bukak pintu," pinta Rayyan sambil mengeliat.

"Kau la bukak, aku mengantok lagi ni," kata Hayyan lalu menekup bantal ke atas kepala.

"Ish, aku ingat balik Malaysia ni boleh la rehat-rehat bangun lambat, tapi sama je macam dekat New York," kata Rayyan sambil turun dari katil.

Rayyan membuka pintu lalu melihat Lisa yang berdiri sambil tersenyum.

"Yes Princess Alissa, kenapa jerit-jerit ni hm? Abang mengantok ni. Please! bagi abang tidur sikit je lagi," kata Rayyan.

"Oh tidak, Tepi! Bagi Lisa laluan," tolak Alissa dan masuk ke dalam bilik abangnya lalu lompat di atas katil.

Terkejut Hayyan yang sedap tidur disebabkan Alissa melompat. Haih kacau je budak kecik ni. Macam mana la mama jumpa budak ni dulu.

"2 tahun tau abang berdua tinggalkan Lisa. Mana boleh biarkan korang senang, dah balik kan? So abang berdua milik Lisa la" kata Alissa sambil baring di sebelah abang nya.

"Yelahhh," jawab Rayyan dan Hayyan serentak.

"Alis?" panggil Rayyan.

"Yes abang, Kenapa?" jawab Alissa lalu memandang ke arah Rayyan.

"So, dah jumpa ke belum lelaki tu?" soal Rayyan.

"Shutt! nanti mama dengar la" kata Alissa sambil menekup mulut Rayyan.

"Sampai bila Lisa nak rahsiakan dari papa dan mama? Lambat laun mesti mereka akan tahu" soal Hayyan.

"Hm, Lisa tak nak mama dengan papa risau tu je," kata Alissa.

Masing-masing tenung muka Alissa minta jawapan.

"Ish jangan la pandang Lisa macam tu. Ye sampai sekarang tak ada tanda-tanda yang seseorang cari Lisa. Dan merata-rata tempat dah Lisa travel tapi tak ada satu pun petunjuk pasal Darrel," jawab Alissa dengan nada sedih. Kenapa Darrel tidak mencarinya?

"Lisa sayang, yang Lisa dengar di hutan tu kan bunyi letupan dari boom. Abang Ray tak rasa yang lelaki tu hidup lagi. Mungkin dia mati dengan letupan tu?" kata Rayyan.

"Betul tu sayang. Abang Hay pun rasa macam tu" kata Hayyan setuju dengan kembarnya Rayyan.

Muka Alissa terus masam selepas mendengar kata abang-abangnya.

"Dah la jum turun. Mama masak sedap tau harini," ajak Alissa sambil turun dari katil dan berlari keluar dari bilik.

Kembar itu pandang sesama sendiri.

"Kita kena tolong Lisa cari lelaki tu, apa-apa pun dia tetap adik kita," kata Rayyan

Hayyan pun angguk. Walaupun Alissa hanya adik angkat tapi mereka sudah menganggap Alissa seperti adiknya sendiri. Tiada siapa boleh sentuh Alissa kerana itu janji mereka.

Selepas kejadian di hutan. Puan Jasmine bawa pulang Alissa ke rumah. Puan Jasmine merawat Alissa sehingga sembuh. Setelah siasat latar belakang Alissa, Alisa merupakan anak yatim piatu jadi dia tiada sesiapa di dunia walaupun saudara-mara. Setelah itu, Puan Jasmine membuat keputusan untuk ambil Alissa sebagai anak angkatnya memandangkan dia tiada anak perempuan.

"Abang berdua cepat la! Lisa lapar ni! nanti Lisa habiskan masakan mama baru abang berdua tahu" jerit Alissa

"Ye kejap," jawab si kembar sambil senyum sesama mereka.

DARREL ALEXANDER Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang