"Maaf Tuan saya dah halang dia dari masuk" kata setiausahanya. Suka2 je nak masuk bilik Bosnya kang kena tembak ha baru tahu.
"Sokay, kau boleh sambung kerja kau " arah Darrel.
"Apa maksud kau?" soal Darrel.
"Aku tak nak apa-apa pun terjadi dekat Lisa. Aku tak mahu kemunculan kau membuatkan Lisa dalam bahaya," jawab Rayyan sambil melangkah masuk dalam bilik Darrel.
Rayyan sangat sayangkan Alissa. Rayyan tak mahu adik nya dalam bahaya. Dia sanggup mati untuk adik kesayangannya.
"Aku tahu apa yang jadi dekat kau dengan Lisa 4 tahun yang lalu. aku tahu semuanya," kata Rayyan sambil memandang ke arah Darrel.
"Jadi dia betul Alis yang aku kenal?" soal Darrel ingin memastikan perempuan itu Alis yang dia cari.
"Ya, dia perempuan yang mama aku jumpa pengsan di tepi jalan 4 tahun yang lalu," jawab Rayyan.
"Macam mana kau boleh tahu tentang Darrel dan dia ni adalah Darrel?" soal Danial.
"Lisa pernah bagi tahu aku nama lelaki yang dia tunggu Darrel Alexander dan bila Darrel beritahu nama dia, aku terus teringat kisah yang Lisa cerita dekat aku," jawab Rayyan.
"Wahh, menarik. Kita tak payah susah-susah kumpul ramai-ramai lepas tu berpecah cari adik kau tu kan Brian," kata Danial sambil mengelus kepala Brian.
"Betul betul. 3 tahun kita cari dia kan Dan, rupanya dekat sini je," jawab Brian.
"Jadi apa kau nak aku lakukan?" soal Darrel. Matanya sudah menikam anak mata Rayyan.
"Jangan muncul di depan Lisa," jawab Rayyan.
___________________________________
Alissa menyorok di sebalik dinding. Mengintai Hayyan yang kusyuk buat kerjanya.
"Lisa nak apa mengintai abang Hay dari tadi hm?" soal Hayyan. Ingat dia tak tahu sudah 15 minit Alissa berdiri di belakang dinding.
"Hehehehe kantoi pulak. Hm abang Hay busy ke?" soal Alissa sambil duduk di sebelah Hayyan.
"Tak busy pun. Kenapa Princess Alissa?" soal Hayyan. Ini mesti ada maunya.
"Jom kita pergi mall. Dah lama tak shopping. Asyik terperap je dalam rumah ni. Abang Hay tak bosan ke?" ajak Alissa.
"Mana Ray?" soal Hayyan.
"Tak tahu. Abang Ray keluar dari pagi tadi lagi sampai sekarang tak balik-balik. Jom la abang. Bosan ni," rayu Alissa sambil buat muka comelnya.
" 20 minutes," arah Hayyan sambil jalan naik ke atas.
"Yes!"
___________________________________
"Kau nak beli apa ni Dan?" soal Darrel.
Disebabkan Danial, Darrel batalkan 2 meeting harini. Hanya teman ke mall. Nasib meeting dengan staff je. Kalau meeting dengan client terpenting? Mahu bankrup company.
"My personal stuf," jawab Danial lalu terus masuk ke butik pilihannya. Sementara Darrel hanya tunggu di luar sambil bermain dengan telefon.
"Hai handsome, nak number boleh? Btw nama i Keyla," Keyla hulurkan tangan ingin bersalam dengan Darrel.
Darrel hanya mengangkat kening dan melihat pakaian yang dipakai Keyla. Huh murah bisik Darrel dalam hati.
"Sombong betul mamat ni," bisik hati Keyla.

ANDA SEDANG MEMBACA
DARREL ALEXANDER
RomansaKarya Pertama Saya Ini Idea saya sendiri. Dilarang plagiarism Darrel Alexander - Seorang jejaka yang dingin, beku sombong dan mempunyai ramai peminat.Tiada seorang pun yang mampu mencairkan hatinya kecuali seseorang. Alissa Sofea - Anak yatim piatu...