Sudah dua hari Darrel tidak pergi melihat Alissa. Darrel hanya menghantar anak buahnya untuk menjaga Alissa walaupun dari jauh. Dia harus jaga jarak demi keselamatan kekasih hatinya.
Kini keutamaannya adalah Alissa.
"Rindunya aku dekat kau Alis, sabar ye sayang sikit je lagi kita mesti berjumpa" bisik Darrel dalam hati.
"Bro, ada apa ajak jumpa ni?" soal Rayyan. Kini Rayyan tidak datang sendiri kerana Hayyan sudah tahu rahsia yang disimpan Rayyan.
Bengang juga kerana kembarnya sanggup simpan rahsia terbesar itu sendiri. Sedihnya rasa di hati ini.
"Pasal Alis" jawab Darrel dengan tenang.
"Why?" soal Hayyan. Paling tak boleh kalau pasal Alissa ni.
"Aku minta kau berdua jaga Alis" pinta Darrel.
"Ada apa2 yang aku perlu tahu ke?" soal Rayyan.
"Markas aku dekat Italy kena pecah. Ramai anak buah aku mati kena bunuh. Dorang cari aku tapi malangnya aku di Malaysia" jawab Darrel.
"So?" soal Hayyan.
"Alis dalam bahaya" jawab Darrel sambil memeluk tubuh.
"Apa maksud kau dalam bahaya? Selama ni Lisa elok je hidup dengan kami" kata Hayyan. Sejak muncul si Darrel ni hatinya memang tidak sedap.
"Mereka tidak tahu Alis masih hidup, bukan aku yang diburu. Tapi Alis" kata Darrel.
"Apa maksud kau Lisa diburu?" soal Rayyan.
"Kes 4 tahun yang lalu. Eagle Eye bukan buru aku. Tapi Alis. Mereka mahukan Alis. Alis ialah kunci untuk peti besi di Italy." kata Darrel.
"Why Lisa?" soal Hayyan.
"Aku pun tak tahu macam mana Alis boleh jadi kunci peti besi tu. Asalnya hanya daddy aku yang boleh buka. Selepas kematiannya tiada siapa yang boleh buka peti besi tu kecuali Alis" jawab Darrel.
Dia pun tak tahu kenapa mesti Alis. Mungkin ada rahsia yang daddy nya simpan sebelum dia meninggal.
"Apa isi dalam peti tu?" soal Rayyan.
"Maklumat company2 aku serta maklumat dunia mafia keluarga aku" jawab Darrel.
"Aku kena pergi. Pastikan Alis selamat" kata Darrel lalu meninggalkan tempat itu.
___________________________________"Bukak pintu ni Abang Hay! Jangan buat Lisa macam ni!" merayu Alissa sambil mengetuk pintu biliknya.
Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya dikurung sebegini. Balik saja dari kerja Hayyan terus dukung Alissa dan campak nya di dalam bilik.
"Lisa duduk dalam bilik tu sampai Lisa boleh keluar" kata Hayyan.
"Tapi sampai bila? Apa salah Lisa bang?" soal Alissa. Sanggup abang Hayyan mengurung dirinya.
"Lisa tak ada salah apa-apa, abang pergi dulu" jawab Hayyan lalu berlari turun meninggalkan Alissa sendiri.
"Abang Hay dah tak sayang Lisa! Lisa benci abang hay!" bentak Alissa sambil menangis. Dirinya merasa tidak disayangi.
"Hay, kenapa kurung Lisa macam tu" soal Puan Jasmine sambil memegang tangan Hayyan.
"Maaf ma, Hay terpaksa. Demi keselamatan Lisa" jawab Hayyan lalu terus keluar dari rumah.
"Ma, kenapa ni?" soal Rayyan yang baru pulang.
"Hay, dia kurung Lisa dalam bilik" jawab Puan Jasmine sambil menangis.
"What?" terkejut Rayyan selepas mendengar apa yang dikata Puan Jasmine.
Rayyan terus berlari naik tangga mahu ke bilik adiknya. Terkejut dengan tindakan Hayyan. Bukan macam ni caranya nak jaga keselamatan Lisa.
"Princess Alissa, are you there?" panggil Rayyan.
"Abang Ray. Kenapa Lisa dikurung. Apa salah Lisa?" soal Alissa sambil menahan tangisannya.
"Maafkan Abang Ray ye sayang. Nanti abang bawa Lisa keluar dari situ" kata Rayyan.
"Abang Hay cakap demi keselamatan Lisa. Kenapa bang ray? Apa yang dah jadi?" soal Alissa. Dia sungguh tidak faham. Kenapa dirinya di dalam bahaya.
"Nanti Lisa akan tahu. Abang pergi dulu. Abang ray akan bincang dengan hay hal ni" kata Rayyan lalu pergi meninggal Lisa sendiri.
"Awak, saya rindu awak. Pulang la awak. Saya sedih" bisik Alissa sendiri. Baginya, Darrel sahaja yang faham dia. Darrel tidak pernah buat Alissa rasa sedih.
___________________________________ALEXANDER'S HOLDING
"Flight kau bila?" soal Sam.
"Esok, aku balik dengan Levi" jawab Darrel.
Sam tidak mungkin pergi sebab Italy bukan tempatnya. Dan ada cafe yang perlu diuruskan.
"Danial, Brian. aku nak kau berdua jaga Alis di sini. Follow ke mana saja dia pergi" arah Darrel.
Danial dan Brian yang sibuk makan ice cream itu hanya mengangguk.
"Cakap pasal Alis. Dah 3 hari dia tak datang kerja. Aku contact pun tak dapat" kata Sam.
"Rayyan?" soal Darrel sambil melihat ke arah Sam.
"Aku try juga call tapi tak dapat" jawab Sam.
"Tak apa. Mungkin Alis tak sihat" Darrel cuba untuk husnuzon pasal Alissa. Dia tidak mahu flight nya terbatal.
"Jangan risau, pasal Alis serahkan saja dekat Dan. Dar jangan risau, uruskan saja urusan di Italy" kata Danial.
Bijak pulak budak ni bila tengah makan - bisik hati Levi.
"Aku percayakan kau berdua. Aku pulang ke Italy untuk Alis" kata Darrel. Dia perlu cepat hapuskan Eagle eye sebelum mereka jumpa dengan Alissa.
___________________________________Hai cinta! Sorry chapter ni pendek sikit. Kekurangan idea di malam hari hehe.
Btw author dh tukar character baru 🤍
Esok author akan update lagi 2 chapter okay readers 🫶🏼

ANDA SEDANG MEMBACA
DARREL ALEXANDER
RomanceKarya Pertama Saya Ini Idea saya sendiri. Dilarang plagiarism Darrel Alexander - Seorang jejaka yang dingin, beku sombong dan mempunyai ramai peminat.Tiada seorang pun yang mampu mencairkan hatinya kecuali seseorang. Alissa Sofea - Anak yatim piatu...