SINOPSIS : LIGHT OF MY LIFE.
Diseksa oleh suami serta keluarga suami sendiri, Zahra begitu tidak menyangka dia akan dilayan sebegitu hina sekali. Hanya disebabkan satu permintaan, dia telah menjadi isteri kepada suami rakan sendiri, Zulaikha. Keadaan wanita itu yang menyayat hati menjadikan dia tidak tega untuk mengecewakan Zulaikha.
Sebaik pemergian Zulaikha, hidupnya bagaikan berada di neraka saat tinggal bersama keluarga suaminya, Rizal. Diseksa fizikal dan mental. Rizal juga tidak ketinggalan dengan turut menyeksa dirinya. Pada lelaki itu, Zahra adalah asbab Zulaikha meninggal.
Zahra makin hilang arah apabila kedua atok serta neneknya meninggal beberapa bulan berikutnya. Bukan hanya itu, dia juga lumpuh akibat terlibat dalam kemalangan. Tiada tempat untuk bergantung walaupun diri sendiri kerana telah lumpuh.
Dikesempatan itu, dia makin diseksa ibu mertua serta adik iparnya kerana ia sudah tidak mampu untuk melindungi diri lagi. Rasa cinta yang baru hendak bercambah buat Rizal terus mati kerana lelaki itu sekali lagi hampir membuat dia hilang nyawa!
Ketika Rizal sedang bergelut dengan perasaan dia terhadap Zahra, satu kebenaran mula terbongkar mengenai Zahra. Saat itu hati dan jiwa dia seakan direntap. Dia mulai sedar bahawa cahaya sering menyinari hidupnya untuk terus bangkit dari trauma adalah Zahra!
Namun saat itu, Zahra sudah berputus asa. Keputusan dia adalah tetap mahu berpisah dari Rizal.
🌻
Assalamualaikum semua!
Love,
IeraRoselyn.
YOU ARE READING
Light of my Life
Romance"Araa... aku nak kau... kahwin dengan Rizal."- Zulaikha. Kerana permintaan Zulaikha yang terdesak begitu, Zahra dengan berat hati menerima pinangan Zulaikha buat suami wanita itu sendiri, Rizal. Keadaan Zulaikha yang menyayat hati menjadikan tidak t...