2
TUBUH Zulaikha dibaringkan ke atas katil dengan berhati-hati dan perlahan-lahan agar tidak menyakiti wanita itu sedikit pun. 4 hari berada dihospital, Zulaikha meminta untuk pulang berehat dirumah saja. Jika diikutkan, dia perlu menjalani rawatan dihospital. Tetapi dia tidak suka berada dihospital dan rasa semakin tidak sihat.
“Thanks.” Ucap dia mesra pada Rizal bersama senyuman manis dibibir pucatnya.
Rizal turut membalas senyuman lalu dahi Zulaikha dikucup kudus.
“My pleasure, dear.”
Bibir Zulaikha sirna dari senyuman manis. Ditatap wajah Rizal sepuas-puasnya. Dia makin kecewa dengan diri sendiri. Selama hampir 2 tahun bergelar isteri kepada Rizal, dia hidup dalam penipuan terhadap lelaki itu. Dia sedar yang cinta sebenar Rizal adalah bukan untuk dia tetapi dia masih lagi mampu rasa bahagia diatas cinta yang lelaki itu berikan yang hakikatnya cinta itu bukan untuk dia.
“Hei, what’s wrong?” Rizal menyoal lembut seraya menyelit rambut Zulaikha ke belakang telinga. Mata redup milik wanita itu direnung kasih.
Dengan tenaga yang ada, Zulaikha cuba untuk bangun separuh badan dan bersandar pada kepala katil dengan bantuan Rizal. Kedudukan diselesakan kemudian tangan Rizal dicapai. Dia senyum kecil.
“You dah buat keputusan?”
Dahi Rizal berkerut seribu sebelum dia dapat menangkap maksud disebalik soalan isterinya itu. Serta merta wajahnya berubah sedikit tegang. Dalam keadaan sakit begini pun Zulaikha masih lagi tidak putus asa mahu dia berkahwin lagi.
Dia melepaskan keluhan berat sekali.
“Kenapa you tak habis-habis desak I untuk I kahwin lain, Ikha? I stress bila you asyik desak and paksa I macam ni. Tolong faham I.” Kali ini dia menggunakan suara sedikit perlahan. Tidak mahulah Zulaikha makin sakit bila dia meninggikan suara nanti.
Zulaikha tetap saja tersenyum. Andai saja dia boleh menjelaskan segalanya sekarang ini, dia akan jelaskan. Tetapi dia juga tidak sanggup ingin menghabiskan sisa hidup dia dengan diabaikan oleh suami sendiri. Rizal tentu saja akan tawar hati dengan dia bila dia menceritakan hal sebenar dan sebab kenapa dia mahu lelaki itu berkahwin lagi.
“Nanti you akan faham kenapa I paksa you Bie. Apa yang you perlu faham sekarang ni, I nak hidup you terjaga. At least bila I tak ada nanti, akan ada orang lain yang boleh jaga you dengan terurus. Plus, boleh bagi zuriat pada you.”
“Ikha. I… I penatlah nak ulang benda yang sama banyak kali. I tak kesah you boleh bagi I zuriat atau tak I tetap nak you seorang je. Only you and tak akan ada seorang pun boleh gantikan you didalam hati I.” Rizal benar-benar penat sekarang ini ingin menjelaskan yang bagaimana lagi kepada wanita itu yang dia tidak mahu kahwin lain!
Zulaikha pejam mata.
‘Allah! Tolong aku Ya Allah. Aku nak tebus kesalahan aku pada Araa tapi dalam masa yang sama aku juga ingin rasa bahagia sebelum Engkau menjemputku. Tapi, aku juga tak sanggup lagi nak bahagia atas cinta Rizal yang sepatutnya diberikan pada Araa.’
“Ikha…”
“Rizal please.” Suara Zulaikha sengaja ditegaskan dan dikeraskan. Dia akan buat sampai Rizal terima untuk berkahwin lagi.
Rizal terbungkam.
“I tak pernah minta apa-apa pun dekat you sepanjang I jadi isteri you, Bie. Untuk kali ni please la terima permintaan I. Percaya cakap I yang you akan bahagia even bukan dengan I. Sebab cinta you sebenarnya…” Bicara Zulaikha terhenti disitu. Hampir saja dia tersasul.
“Cinta I sebenarnya apa?” Penuh curiga Rizal menanti isterinya menghabiskan ayat itu.
Cepat saja akal Zulaikha bertindak balas. “Cinta you sebenarnya boleh berubah daripada I kepada orang lain bila I dah tak ada nanti.”
Rizal menunduk dan ketawa pedih. Beberapa kali kepala digelengkan. Wajah Zulaikha dipandang semula.
“Can you just stop saying that bila you dah tak ada nanti, bila you dah tak ada nanti? I tak suka! Dari hari pertama you dapat tahu yang you sakit lagi you asyik ulang ayat yang sama. Just stop sebab benda tu tak akan terjadi. You akan selalu ada dengan I, Ikha. Jangan seksa hati I macam ni.” Sungguh dia tertekan ketika ini. Dengan kesihatan Zulaikha lagi. Ini ditambah pula dengan masalah permintaan wanita itu yang tidak selesai-selesai!
“Then, tunaikan permintaan I and I tak akan sebut macam tu lagi. Can you? Atau… you akan menyesal seumur hidup you sebab biarkan I mati dalam keadaan I kecewa dengan you.” Balas Zulaikha penuh ugutan. Jika dengan cara ini saja yang mampu memaksa Rizal, dia sanggup.
Rambut diserabutkan dengan sekali bersama wajah juga diraup kasar. Allahuakbar! Dia sudah tidak tahu bagaimana lagi untuk bertenang dengan sikap Zulaikha sekarang ini. Allah! Bantulah dia.
“Ikha… why…”
“Just do what I want Rizal. Itu je yang I nak. Jangan buat I rasa bersalah sampai I mati!”
Tercengang. Rizal mengerutkan dahi kerana tidak faham dengan kata-kata wanita itu.
“Rasa bersalah? Rasa bersalah apa ni?”
Zulaikha mengangkat tangan kanannya menyuruh Rizal berhenti menyoal atau bercakap. Kepalanya mula terasa sakit.
“Stop. I nak rehat. Jangan pernah tanya I apa-apa and don’t you dare to talk with me until you tak tunaikan permintaan I. Keluar. Leave me alone.” Sejurus itu, posisinya dialih kepada berbaring dan membelakangi Rizal yang berada disisi katil. Mata dipejam rapat menahan air mata. Susah sangat ke Rizal nak tunaikan?
“Sayang…”
“Go, Bie. I tak nak bergaduh dengan you. I penat.”
Akhirnya Rizal terpaksa mengalah dan bangun berdiri dengan tanpa kerelaan hati. Zulaikha ditenung lama sebelum dia berlalu keluar dari bilik dengan rasa ralat dihati.
🌻🌻🌻
Tekan link di bio untuk pre order.
YOU ARE READING
Light of my Life
Romance"Araa... aku nak kau... kahwin dengan Rizal."- Zulaikha. Kerana permintaan Zulaikha yang terdesak begitu, Zahra dengan berat hati menerima pinangan Zulaikha buat suami wanita itu sendiri, Rizal. Keadaan Zulaikha yang menyayat hati menjadikan tidak t...