Teaser 9

240 8 0
                                    

9

“Aw-awak kenapa?” Bergetar suaranya ketika ini. Buat pertama kali dia seakan takut untuk berhadapan dengan lelaki itu setelah sebulan lebih menjadi suaminya.

Tidak menjawab, malah Rizal mendekati isterinya dengan kemarahan membara. Tanpa amaran, rahang Zahra dicengkam kuat serentak dengan gigi yang diketap.

Zahra memegang tangan Rizal. Terkejut dan tidak sempat mengelak dengan tindakan Rizal yang drastik itu. Cengkaman Rizal sangat kuat sehingga dia dapat rasa kesakitan pada rahangnya.

“Kau ni memang tak guna, kan?”

Pang!

Satu tamparan kuat hinggap dipipi kiri Zahra sehingga wanita itu terjatuh ke atas katil. Dengan sendiri, air mata Zahra mengalir keluar. Sakit!

Sekali lagi Rizal memegang rahang Zahra tetapi kali ini dengan lebih kuat.

“Apa kau cuba buat pada adik aku?! Apa yang kau dah buat pada Mommy aku?!” Soal dia dengan tengkingan yang sangat kuat.

Tubuh Zahra menggeletar hebat. Air mata tidak dapat ditahan kerana dia dalam ketakutan dan kesakitan. Tidak pernah dia berada di dalam situasi yang begini.

Atok! Nenek! Hatinya menjerit.

“Kenapa kau diam? Jawablah!” Tengking Rizal lagi.

“Ri-Rizal. Sa-saya tak… buat.” Tersekat-sekat Zahra cuba untuk membela diri. Cengkaman Rizal pada kali kedua ini lagi menyakitkan.

“Habis tu, kau nak cakap yang Mommy dengan Nia tipu aku? Macam tu? Kau jangan ingat aku nak percaya perempuan macam kau ni!” Wajah Zahra ditolak kasar. Rizal pandang wanita itu bagai hendak telan.

Sampai di rumah petang tadi selepas 3 hari outstation, Mommy dan Rania mula bercerita tentang sikap Zahra yang berkurang ajar dengan Mommynya. Berasap telinganya saat mendengar satu persatu diceritakan kepada dia. Dia pantang bila ada yang sikap sebegitu terhadap Mommynya.

“Sekali lagi aku dengar kau buat macam tu pada Mommy dengan Nia, lebih dari ni aku buat. Dendam aku terhadap kematian isteri aku pada kau pun belum habis, ini kau tambah pula dengan buat perangai macam ni. Memang mati kau aku kerjakan.” Kata dia sebelum menoleh dan keluar dari bilik tersebut.

Makin panas hati bila melihat wajah Zahra yang sudah basah dengan air mata. Tidak pasti sama ada wanita itu menangis atau tidak kerana Zahra langsung tidak mengeluarkan tangisan.

Air mata tanpa tangisan. Itulah Zahra lalui sekarang. Dia tahu, air mata ini bukan kerana sedih dengan sikap Rizal. Tetapi ini adalah air mata ketakutan.

Perlahan-lahan Zahra turun dari katil. Lututnya dirapatkan ke dada dan dipeluk erat. Air mata masih setia mengalir. Tubuhnya masih juga menggeletar hebat. Terkejut dengan serangan Rizal kepada dia sebentar tadi. Cengkaman dan tamparan kuat dari lelaki itu amat menyakitkan.

“Tsss!” Hujung bibir terasa pedih. Terketar-ketar tangan ingin menyentuh disitu.

Darah!

Bibirnya luka.

“Ikha… kenapa kau hantar aku dalam rumah neraka macam ni? Ya Allah!” Rambut dicengkam kuat.

Sebaik sahaja Rizal keluar dari bilik, Rania keluar dari sebalik dinding. Bibirnya tergaris senyuman cukup sinis. Pintu bilik Zahra dipandang dengan rasa puas hati. Tengkingan dan tamparan dari Rizal, semuanya dia dengar dengan jelas kerana dia sengaja menekapkan telinga pada daun pintu.

“Padan muka kau. Aku nak sangat kau kena seksa macam tu. Nak tunjuk berlagak sangat kan? Sekali abang aku buat macam tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.”

🌻🌻🌻🌻

Light of my LifeWhere stories live. Discover now