6
TANGISAN Datin Husna terhenti serta merta apabila melihat kelibat Zahra yang berjalan dihadapan ruang tamu. Segera dibingkas bangun sehingga Rania, Dato’ Razak dan yang lain terkejut. Semua ahli keluarga Rizal pulang pada hari ini termasuk dengan adik-beradik lelaki itu.
“Zahra!”
Terus terhenti langkah Zahra. Dia menoleh memandang ke arah ruang tamu. Disitu tempat berkumpul ahli keluarga Rizal. Langkah Datin Husna yang mendekati dia dipandang kosong.
Pang!
Tercengang. Semua yang ada disitu terkejut dengan tamparan Datin Husna pada pipi Zahra tanpa sebab.
“Husna!” Dato’ Razak berdiri lalu menuju ke situ.
Mencerlung Datin Husna memandang Zahra sedang memegang pipi yang menjadi tamparan hebat dari tapak tangannya. Dadanya berombak marah.
“Puas hati kau?! Puas hati kau sebab buat Ikha mati?!”
Dahi Zahra berkerut. “Ap-apa yang Datin cakap ni?” Seperti batu menghempap dirinya bila Datin Husna menuduh dia begitu dihadapan ahli keluarga yang lain.
“Husna! Apa awak buat ni? Dah hilang akal ke?” Marah Dato’ Razak sedikit kuat. Mana dia tidak terkejut bila wajah Zahra ditampar oleh isterinya tanpa sebarang sebab.
“Dia yang hilang akal! Ikha mati masa dia masuk bagi Ikha breakfast. Entah-entah dia sengaja letak racun dalam makanan Ikha and bagi Ikha makan. Dia memang nak bunuh Ikha sebab nak kan Rizal!”
Zahra bungkam. Sampai hati sehingga begitu sekali Datin Husna berfikir buruk tentang dia?
Semua yang ada disitu terpinga-pinga memandang Datin Husna dan Zahra. Seorang pun tidak mengeluarkan suara. Hanya memerhati dengan penuh ingin tahu.
“Mommy… kenapa tuduh Zahra macam tu?” Tiba-tiba suara kakak sulung Rizal berbunyi, Ranisha. “Doktor dah sahkan yang arwah Ikha mati sebab penyakit dia tu, Mommy. Jangan tuduh Zahra.”
“Tapi pada Mommy dia tetap pembunuh Ikha! Ikha mati ditangan dia! Dia bunuh Ikha!” Datin Husna terjerit-jerit dan mula menyerang Zahra dengan menarik tudung wanita itu kemudian dipukul-pukul Zahra sehingga Zahra terjelepok jatuh.
“Mommy!”
Ranisha dan adik beradik yang lain berlari kecil mendekati Datin Husna yang seperti kerasukan itu. Segera ditahan Datin Husna dari terus memukul Zahra. Kecuali Rania yang tersenyum senget melihat Zahra diperlakukan begitu.
Zahra pula hanya menerima pukulan tersebut tanpa sedikit pun mengelak. Dia malas. Dia penat. Dia bukan mengalah tetapi biarlah.
“Stop Husna!” Dato’ Razak menarik kasar tubuh isterinya menjauh dari menantunya.
Ranisha pula mendapatkan Zahra. “Araa? Okay tak?”
Perlahan Zahra mengangguk sambil cuba berdiri dengan bantuan Ranisha. Bersyukur kerana ada yang membela dirinya.“Araa naik bilik ya? Rehat. Biar Kak Long dengan yang lain settle kan Mommy. Kak Long minta maaf atas kelakuan Mommy. Araa pergi naik ya?” Prihatin dan bersalah Ranisha mengujar.
Dia jatuh kasihan melihat Zahra kerana dia tahu Mommynya tidak pernah sukakan wanita itu sejak Zahra menjadi isteri kedua Rizal. Dikatanya Zahra adalah perampas.
Zahra akur lalu menuju naik ke atas.
“Zahra! Aku belum habis lagi dengan kau!”
“Husna!” Suara kasar dan tegas dari Dato’ Razak bergema satu rumah sehinggakan Zahra yang sudah sampai ditingkat atas juga dapat mendengar.
Tajam sekali matanya menikam wajah Datin Husna yang bagai terkejut dengan tengkingan dari dia.
🌻🌻🌻🌻
YOU ARE READING
Light of my Life
Romance"Araa... aku nak kau... kahwin dengan Rizal."- Zulaikha. Kerana permintaan Zulaikha yang terdesak begitu, Zahra dengan berat hati menerima pinangan Zulaikha buat suami wanita itu sendiri, Rizal. Keadaan Zulaikha yang menyayat hati menjadikan tidak t...