Teaser 8

232 8 0
                                    

8

Zahra menyeringai kesakitan. “Apa ni Datin?! Sakitlah!” Tangan Datin Husna cuba dileraikan dari mencengkam rambutnya kuat. Tidak pernah dia diperlakukan sebegini oleh sesiapa.

“Oh! Tahu pun sakit? Hati aku ni tak sakit ke tengok kau buat anak aku macam tu? Kau dah bunuh menantu aku, sekarang nak bunuh anak aku pula!” Dengan sekuat hati kepala Zahra ditunjal kuat sehingga kepala wanita itu hampir mengenai bucu tangga.

Rania tersenyum senget sambil berpeluk tubuh. Puas hati bila melihat keadaan Zahra begitu. Dia benci!

Sedaya upaya Zahra cuba bertahan untuk berdiri. Kakinya begitu sengal kerana terseliuh ketika jatuh dari anak tangga tadi. Dia tetap gagahkan diri. Datin Husna dipandang.

“Datin ni kenapa benci sangat dengan saya? Saya tak pernah ganggu hidup Datin.” Penuh berani dia menjawab. Jangan ingat dia akan berdiam diri! Ini bukan Zahra yang mudah ditindas.

Datin Husna mengetap gigi. Boleh pula ditanya?

“Kau tu dah rampas Rizal dari Ikha. Kau paksa Ikha kahwinkan kau dengan anak aku sebab kau tu terdesak nak kan lelaki. Perempuan perampas tak sedar diri!”

“Datin ingat saya ni tergilakan sangat ke dengan anak Datin tu? Kalau bukan sebab arwah Ikha yang nak sangat saya kahwin dengan Rizal, saya pun tak nak lah! Selama ni saya masih hormat Datin sebab Datin ni ibu mertua saya. Tapi apa yang Datin dah buat dan tuduh saya ni melampau!”

Melihat tangan Rania mula bergerak ingin diangkat, Zahra sudah siap bersedia. Bila Rania menghayunkan tapak tangan menghampiri pipinya, tangkas dia menghalang. Tajam mata menikam Rania.

Rania dan Datin Husna saling terkejut melihat tindak balas Zahra.

“Datin dengan anak Datin ni jangan ingat saya ni seorang yang lemah. Saya diam bukan bermakna saya mengaku kalah. Saya diam sebab saya hormat.” Tangan Rania ditepis kuat.

“Datin nak benci saya, silakan. Tapi jangan sampai menuduh saya sampai macam tu sekali. Saya dekat dalam rumah ni pun dah tak lama. Dan saya pun tak nak jadi menantu Datin.”

Usai melepaskan kemarahannya, Zahra memusingkan tubuh untuk naik ke atas. Malas mahu menghadap perangai ibu mertua dan adik iparnya.

“Kau nak pergi mana?!” Lengan Zahra direntap kuat oleh Rania. Tanpa sengaja tapak kaki Zahra terpijak serpihan kaca.

“Awh!”

Datin Husna tersenyum sinis. “Padan muka kau. Aku nak kau kemas air dengan kaca ni. Kalau aku nampak  Santi yang kemas, siap kau! Jom Nia.” Lalu, dia beredar dari situ.

Kata-kata Zahra tadi langsung tidak berbekas dihatinya. Malah semakin dia benci kerana wanita itu pandai melawan!

Sebelum beredar, Rania sempat menepuk-nepuk pipi kanan Zahra dan ketawa sinis. Zahra mengetap gigi serta mengepal tangan. Datin Husna dan Rania ini memang melampau!

🌻🌻🌻🌻

Light of my LifeWhere stories live. Discover now