Teaser 1

382 10 0
                                    

“NO! Apa yang you merepek ni Ikha? You sedar tak apa yang you cakapkan tu?” Suara Rizal sedikit meninggi ketika menyoal Zulaikha. Serta merta hatinya yang sejuk mula panas membara. Isterinya dipandang dengan tajam sekali.

Zulaikha turut bangun berdiri dari katil menghadap lelaki itu.

“Yes. I sedar apa yang sedang cakap ni Bie. I terlebih sedar. Ini semua untuk kebaikan you juga, Bie.”

Lengan Rizal diraih lembut namun cepat saja lelaki itu menepi kasar. Liur tersekat dikerongkong bila buat kali pertamanya dia melihat wajah bengang dan bengis dari Rizal.

“Untuk kebaikan I? Kebaikan apa maksud you ni, Ikha? You minta I kahwin lain. Kahwin lagi. Itu kebaikan untuk I ke? You tahu kan yang I sayang dan cintakan you seorang je. And why you buat permintaan yang mengarut tu? Sebab you sakit? Berapa kali I nak cakap yang I tak kesah.”

Turun naik dada Rizal menahan nafas amarah dalam diri. Tidak pernah terfikir diakalnya yang Zulaikha akan meminta dia untuk berkahwin lagi. Dia tidak akan buat seperti itu!

Hati Zulaikha begitu tersentuh mendengar kata cinta dari lelaki itu. Ya, sepanjang menjadi isteri kepada Rizal memang lelaki itu sayang dan cintakan dia. Tidak sedikit kasih sayang berkurangan dari Rizal buatnya. Namun, keadaan dia yang sekarang mendesak dia untuk memaksa Rizal berkahwin lagi.

Dia… mahu menebus segala kesalahan dia sebelum ini.

‘Bie… kalau you tahu perkara yang sebenar, you akan sedar yang cinta you selama ini sebenarnya bukan untuk I. Tapi… untuk Araa.’ Kata-kata itu hanya mampu dituturkan dalam hati.

Kedua belah bahu Zulaikha diraih Rizal. “Look into my eyes, sayang.” Arahnya.

“Listen. You sakit atau tak, you boleh mengandung atau tak, you ada atau tak, sayang I, cinta I hanyalah untuk you, Ikha. Dari dulu sampai sekarang. You yang telah ajar I macam mana untuk jatuh cinta walaupun hanya menggunakan kata-kata melalui sekeping kertas. Do you remember? Everyday you hantar kertas pada I yang tertulis kata-kata semangat dan juga cinta dalam diam. And one day tu, terkantoi juga dengan I. That’s why I jatuh cinta dengan you, sayang. Sebab… you pun dah lama cintakan I.”

Zulaikha ditarik masuk ke dalam dakapan. Ciuman dijatuhkan pada ubun-ubun wanita itu.

“You adalah cinta pertama dan terakhir buat I. Tak akan mudah untuk I jatuh cinta pada orang lain. Please, jangan paksa I untuk kahwin lagi. I tak akan duakan you.”

Terkedu dan terkelu. Bibir Zulaikha tertutup rapat dan tiada tanda-tanda dia mahu membalas ucapan cinta dari lelaki itu. Mata terpejam rapat. Makin menebal rasa bersalah dia kepada Zahra.

Tubuh Rizal ditolak menjauh. Tepat dia memandang ke dalam anak mata Rizal.

“Keputusan I muktamad, Bie. I nak you kahwin lain and I sendiri yang akan carikan calon untuk you. Kalau betul you sayang dan cintakan I, tunaikan permintaan I untuk kali ini. Please. Lepas ni I dah tak akan minta yang bukan-bukan. Please, Bie.”

Wajah Rizal kembali menegang. Kepala digelengkan.

“Jangan harap I akan ikut permintaan mengarut you tu, Ikha. Isteri orang lain tak nak suami dia kahwin lagi. But you? Apa kena dengan you ni Ikha. You nak sangat ke I duakan you? Huh!” Punggung dihempas kuat ke tilam. Bengang betul dengan isterinya itu. Sudah kenapa dipaksa juga dia untuk kahwin lagi?

Perlahan-lahan Zulaikha berlutut dihadapan lelaki itu. Dia menunduk sayu bersama air mata yang mula mengalir. Tiada isteri yang hendak diduakan. Tiada! Tetapi dia buat semua ini adalah untuk Rizal juga. Dia juga mahu membetulkan kesalahan yang pernah dia lakukan selama ini.

“You nak I mati dulu baru you nak menyesal sebab tak tunaikan permintaan I ke Bie?”

Rizal terkesima.

“Sayang…”

Tangan Rizal diraih dan dikucup berkali-kali. “Please, Bie. Tunaikan permintaan I untuk kali ni. I merayu dengan you. I merayu sangat-sangat. Mungkin ini adalah permintaan terakhir dari I. Bie… penyakit I tak akan sembuh Bie. Sebelum I pergi, I nak pastikan ada orang yang akan jaga makan minum you. Malah, lebih lagi dari apa yang I buat. Please, Bie… please.” Suaranya juga lirih sekali bagaikan tidak kedengaran.

Apa yang dituturkan sekarang ini adalah lebih dari tahap kesedaran dia. Malah dia sedar dengan apa yang dia lakukan. Semua ini adalah untuk menghapuskan segala dosa yang telah dia lakukan kepada Rizal dan juga Zahra.

Serentak dengan itu, Rizal menarik semula tangannya dan berdiri.

“I tak nak dengar apa-apa lagi dari you, Ikha. Keputusan I juga muktamad yang I tak akan ikut permintaan you tu.” Bersama rasa kecewa terhadap Zulaikha, dia melangkah keluar dari bilik tidur mereka. Lebih baik dia keluar untuk tenangkan fikiran yang kusut sebelum pergaduhan mereka menjadi lebih teruk.

🌻🌻🌻🌻

Tekan link di bio.
Love,
IeraRoselyn.

Light of my LifeWhere stories live. Discover now