Teaser 4

215 8 0
                                    

4

ZULAIKHA memerhati gerak geri Rizal di dalam bilik mereka tanpa henti. Dia berpeluk tubuh dengan penuh rasa tidak puas hati didada. Pelik. Sejak berkahwin dengan Zahra, lelaki itu selamba saja masih tidur sebilik dengannya. Tidak pernah bergilir.

“Why you pandang I macam tu?” Soal Rizal sambil membelek fail yang dibawa balik dari pejabat. Beginilah dia sejak Zulaikha disahkan sakit. Membawa balik kerja dari pejabat dan siapkan dirumah.
Zulaikha berdecit.

“You tanya I kenapa? Bie, I sepatutnya tanya you why you are here? You dengan Araa dah sebulan kahwin but you always tidur dekat sini. Bie… dia pun wife you. Tak adil you buat dia macam tu.” Biar dalam keadaan lemah, dia tetap saja kuatkan diri untuk meluahkan rasa tidak puas hati.

Tindakan Rizal terhenti dan kini dia memandang Zulaikha diatas katil tanpa riak.

“I dah cakap dengan dia yang I tak akan tidur dengan I.” Dia sudah kahwin dengan Zahra dan apa yang lagi Zulaikha mahukan?!

Wajah pucat Zulaikha begitu kaget mendengar jawapan dari suaminya. Bibirnya sedikit terbuka.

“Bie! Kenapa you buat macam tu? Tak baik you tau tak? She’s still you wife.” Sakit didada mula terasa. Sakit dia makin teruk. Sebab itu seluruh anggota badannya juga lemah dan sakit.

Rizal menutup fail dengan kasar lalu dihempas ke atas meja kerjanya. Tajam mata menikam wajah Zulaikha.

“Ikha. I dah pun kahwin dengan dia yang macam you nak. Apa lagi yang you nak I buat ni? I tak suka dia macam mana I nak tidur dengan dia? And hanya you isteri I. I kahwin dengan Araa tu pun sebab you. Jangan buat I serabut lagi. I dah kahwin kan.” Dia mendengus geram. Panas hati!

Zulaikha memegang dadanya. “I tak kira Bie. You pergi masuk bilik dia sekarang. Go Bie!”

Perlahan-lahan Rizal mengatur langkah mendekati isterinya. “You know what Ikha? I dah menyampah dengan you ni. Perangai you ni suka memaksa I buat benda yang I tak suka! You tak boleh nak faham I ke? I nak jaga you, you faham tak?! Fine! Kalau you nak sangat I pergi tidur bilik dia then I will. Kalau you sakit, pandai-pandai you lah!”

Akhirnya, bersama dengan hati panas dan sebal dia keluar dari bilik itu dan menutup pintu dengan sedikit kuat. Bilik dia bersama Zahra dituju dengan penuh rasa amarah terhadap Zulaikha.
Di bawah, Zahra masuk ke ruang dapur untuk minum air menghilangkan dahaga ditekaknya. Hari ini dia tidak banyak keluar dari bilik dan hanya terperap di dalam kerana ada banyak kerja yang perlu dia selesaikan.
Mug dicapai.

Bunyi derap kaki seseorang membuatkan dia menoleh ke belakang. Dilihat adik Rizal iaitu Rania yang masuk ke ruang dapur. Ingin beri senyuman tetapi gadis itu terlebih dahulu menghadiahkan kepada dia jelingan yang tajam dan… maut. Malas ingin ambil peduli, dia buat hal sendiri.

Nescafe 3 in 1 menjadi pilihan dia supaya tidak mengantuk bila buat kerja nanti. Mug diletakkan dibawah penapis air panas Coway. Dia baru saja menekan, namun nasib dia sungguh malang bila Rania dengan sengaja menolak mug miliknya dan air panas terkena pada tangan kanannya. Untung saja tidak terhempas mug ke lantai.

“Awh!”

Zahra mengaduh dan segera meletakkan mug di atas kabinet lalu menuju ke sinki dan membasuh tangan yang sudah memerah disebabkan air panas.

Rania tersenyum senget. Memang sengaja dia buat begitu. Biar Zahra terseksa tinggal dekat sini. Sudah banyak yang dia lakukan pada Zahra sejak wanita itu masuk ke dalam rumah keluarganya ini. Dia tidak akan sama sekali menerima perampas seperti Zahra menjadi kakak iparnya!

“Itu baru sikit. Selagi kau jadi isteri abang aku selagi tu akan sakitkan kau. Abang aku pun mesti tak kesah sebab dia tak sukakan kau.” Bisik dia rapat ditelinga kanan Zahra sebelum berlalu lagi.

Tangan kanannya ditiup-tiup. Langkah Rania dijeling tajam. Dasar budak tak ada adab! Nafas ditarik dalam agar dia dapat bertenang dan tidak melawan.

“Sabar Araa. Kau buat tak tahu je. Lama-lama dia pun give up. Jangan dilayan orang tak ada akal tu.”

🌻🌻🌻

Light of my LifeWhere stories live. Discover now