Teaser 3

234 12 0
                                    

3

Bunyi tombol bilik dipulas, dia menoleh. Rizal mula mengatur langkah masuk ke dalam bilik mereka. Lelaki itu menghampiri Zahra bersama wajah yang langsung tiada secalit senyuman. Dari hari pertama mereka berkahwin memang itulah riak wajah Rizal.

“Aku ada benda nak bincang dengan kau.”
Tercengang. Zahra terlopong mendengar panggilan bahasa yang meniti dibibir Rizal. Aku? Kau?

Rizal masuk ke dalam dan duduk dihujung katil. Zahra langsung dia tidak pandangan. Bila mendengar andaian Mommy yang mengatakan mungkin Zahra yang telah menghasut Zulaikha untuk mengahwini mereka, dia rasa itu seperti betul saja. Zahra juga tidak banyak menolak dengan sekerasnya untuk berkahwin dengan dia. Hanya dengan sedikit pujukan, wanita itu terus bersetuju. Apa maksudnya itu?

Rasa benci dan menyampah pula dengan Zahra. Dia juga ada terfikirkan perkara yang sama. Tetapi sebelum ini dia hanya menolak mentah-mentah. Bila Mommy dia juga rasakan yang sama, dia yakin pasti Zahra telah paksa Zulaikha!

Bersama rasa hairan, Zahra masuk ke dalam dan berdiri disebelah Rizal. Jaraknya tidak jauh dan tidak dekat sangat. Hanya sedang-sedang.

“Nak bincang apa?” Tidak ambil peduli dengan panggilan bahasa dari Rizal. Zahra malas.

Rizal mendongak memandang Zahra namuan sekejap saja dan dia pandang depan semula. Tidak suka melihat wajah itu.

“Kita dah pun kahwin. Sama macam mana yang Ikha nak. Tapi kau kena ingat, aku kahwin dengan kau sebab isteri aku. Aku kalau boleh tak nak. Dan… thanks juga sebab kau setuju untuk tunaikan permintaan dia. Tapi aku nak tegaskan pada kau yang aku dengan kau bukan macam suami isteri yang betul. Kita sekadar berkahwin dan tak akan ada apa antara kita.”

“Aku pun tak akan tidur dengan kau. Ikha masih perlukan aku dan aku pun tak nak tidur dengan kau. Aku tak tahu betul ke tak semua ni Ikha yang nak tapi… aku akan siasat nanti.” Usai, Rizal bangun berdiri. Tajam dia menikam anak mata Zahra yang memandang dia dengan redup tanpa perasaan.

Zahra mencebih kecil mendengarkan itu. Dah mula dah. Dulu bukan main lagi merayu nak dia tunaikan permintaan Ikha. Bila dah dapat macam ni dilayannya.
Terkilan? Sudah tentu. Kerana Rizal adalah lelaki yang dia sayang. Tetapi dia juga sedar bahawa siapa dia dihati lelaki itu. Sekarang, Rizal hanya nampak Zulaikha, Zulaikha dan Zulaikha.

“That’s all and aku harap kau faham.” Segera Rizal keluar dari bilik itu.

Zahra memeluk tubuh. Tiada sedikit pun dia rasa ingin menangis atau sebagainya. Zahra yang sekarang bukan macam dulu. Dia lebih kuat dan malas mahu ambil peduli tentang perkara yang remeh.

“Do want you want, Rizal. I don’t care. Saya pun tak nak kahwin dengan awak even saya sayangkan awak dari dulu. Tapi… ini kemahuan Ikha.”

🌻🌻🌻

Light of my LifeWhere stories live. Discover now