Teaser 5

211 8 0
                                    

5

Rizal mengangkat kepala. Hairan melihat Zahra yang meniup-niup tangan itu. “Kenapa tangan tu?”

Zahra pandang lelaki itu sekilas. “Kena air panas.”

Sepi. Tiada kata yang keluar dari Rizal mahupun Zahra. Masing-masing buat haluan sendiri di dalam bilik itu. Namun, suara Rizal memecahkan kesunyian.

“Kau jangan salah faham. Aku masuk bilik ni sebab Ikha yang paksa aku.”

Zahra mencebih bibir kecil. Macamlah dia kesah!

Isterinya yang ralit menghadap skrin laptop itu ditenung Rizal. Sebulan Zahra menjadi isterinya, dia dapat teka bahawa Zahra adalah seorang wanita yang serius. Sukar sekali dia mahu melihat wajah Zahra tersenyum ceria.

Zahra juga seperti manusia yang tidak berperasaan. Lihat sajalah sekarang ini. Wanita itu langsung tidak peduli dengan kehadiran dia. Mahupun dengan kata-kata sindiran seperti tadi.

“Aku tak fahamlah kenapa Ikha tu beria-ria sangat nak aku kahwin dengan kau.” Ujar Rizal secara tiba-tiba.

Perlahan-lahan dia bangun dan turun dari katil lalu mendekati Zahra yang masih belum bersuara sejak masuk ke dalam bilik.

Dia berpeluk tubuh disisi meja kerja wanita itu. “Aku rasa cakap Mommy tu betul. Kau… paksa Ikha untuk kahwinkan aku dengan kau, kan? Kau ambil kesempatan pada isteri aku yang tengah sakit tu.”

Terus Zahra memandang Rizal dengan mencerlung. Banyak cantik muka lelaki itu menuduh dia begitu!

“Awak ingat saya ni terdesak sangat ke nak kahwin dengan suami orang? Tolong jaga mulut tu sikit. Saya pun tak hingin kahwin dengan awak kalau bukan sebab awak rayu dekat saya haritu.” Dingin sekali suara dia menafikan tuduhan Rizal terhadap dia.

Jadi, Mommy lelaki itu memang tidak sukakan dia sehingga mengata buruk tentang dia. Dia tidak pernah pun masuk campur dalam urusan ibu mertuanya itu. Bertegur sapa pun tidak dan kenapa wanita itu seperti mahu mencari pasal dengan dia?

Rizal tertawa penuh mengejek.

“Orang kalau dah nak kan sesuatu memang tak akan fikir buat baik dah. Dia akan buat jahat je. Macam kau. Aku tak percaya bila Ikha cakap yang kau langsung tak paksa dia. Tapi hati aku kuat mengatakan yang dia tipu aku sebab nak jaga hati aku. Kau dengar sini Araa, aku tak akan pernah anggap kau isteri aku sampai aku ceraikan kau. Kau jangan haraplah kau boleh dapatkan aku. Atau… maybe harta aku yang kau pandang.”

Mendengar tuduhan tidak beralas itu makin membuat Zahra angin satu badan. Tetapi tidak pula dia bangun dan melepaskan angina itu. Dia hanya duduk diam dan beristighfar dengan banyak. Allah tahu apa yang dia buat jadi tidak perlu dia jelaskan pada manusia yang reti bahasa!

“Just say what you want. Saya malas nak defend diri saya sebab saya tahu awak tak akan percaya. So, saya akan diam je and saya tunggu tempoh enam bulan tu cukup. That’s it. Saya tak layan benda-benda yang mengarut macam ni. And pasal harta awak tu sorry to say. Saya langsung tak tertarik dengan harta kekayaan awak ni even saya tak lah sekaya awak. Even, if you want to let me go today, I’ll be fine with that. I don’t care.”

Puas hati dapat membalas tuduhan Rizal dengan ayat begitu. Biarlah sama ada lelaki itu mahu percaya atau tidak. Itu bukan masalah bagi dia. Bukan.

Rizal diam. Gerahamnya diketap geram. Kata-kata dia tadi sedikit pun tidak membuatkan Zahra goyah. Malah riak wajah wanita itu juga bersahaja dan langsung tiada tanda bahawa Zahra marah. Hanya wajah selamba yang tertayang.

“Kau ingat aku percaya?”

Zahra mencebih seraya menjongket bahu.

“Do you think I care? I don’t even care with that. Yang saya tahu saya hanya kena tunggu cukup tempoh enam bulan and you will let me go. Just that. And bila tempoh tu tiba janganlah pula awak mungkir janji ya?” Perli Zahra sinis.

“Kenapa? Kau ingat aku akan sayang dan jatuh cinta dengan kau ke?"

“Who knows? Hati kita Allah yang jaga. Allah tu Maha membolak-balikkan hati kita. Sekuat mana kita sayangkan seseorang tu and bila Allah nak palingkan hati kita pada dia, hati kita akan berpaling juga. And masa tu saya risau kalau awak yang tak mampu nak halang hati awak tu dari sayang dan cintakan saya.” Tenang sekali Zahra membalas. Bukan sengaja mahu sakitkan hati Rizal. Saja ingin beri peringatan.

Bengang betul Rizal dengan kata-kata Zahra. Tangannya digenggam erat.

“Hati aku tak akan pernah berpaling dari Ikha dari dulu dan sampai bila-bila.” Tekan dia kuat agar Zahra faham sefahamnya dan jangan pernah berharap jika dia akan serahkan hati dia kepada Zahra.

Wanita itu mengangguk faham dan senyuman kecil terbit dihujung bibir tanpa dapat Rizal melihat.

“We will see. Aamiin.”

🌻🌻🌻🌻

Light of my LifeWhere stories live. Discover now