𝒾𝓂 𝓎𝑜𝓊𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹 , 𝓈𝓌𝑒𝑒𝓉𝒾𝑒 .
" Abang, tolong kaitkan buah rambutan boleh? " kata Zara manja.
" Boleh . Sayang kena bake cookies for me, boleh? " jawab Aayan.
" Sure , you can. Untuk abang semua boleh " kata Zara.
" Abang , nanti kalau Rose dengan Hans dah sampai panggil sayang eh " pinta Zara.
" Hah, Hans dengan Rose datang sini. Buat ape diaorang datang sini? " soal Aayan kepada isteri tercintanya.
" Sayang yang ajak diaorang singgah sini. Kenapa tak boleh ke? " tanya Zara memandang mata suaminya dalam. Aayan dah start gelabah dengan sikap isterinya itu.
" Erhh, bukan tak boleh. Saje je tanya " jawab Aayan lalu melangkah pergi dari renungan mata isterinya itu.
Zara masuk ke dalam rumah lalu melangkah ke dapur. Dia mencari bahan bahan nak buat cookies. Memang cun la kat rumah nekwan. Semua ada, ni aku suka kalau nak buat kek ke cookies ke. Tak payah keluar pergi cari bahan bahan.
Tanpa melengahkan masa, semua bahan bahan tadi aku sediakan di atas meja. Senang nanti nak guna tak payah nak cari cari dah. Nekwan datang ke arah aku.
" Hang nak buat apa ni? " tanya nekwan pelik. Ye lah, setahu dia cucu dia ni tak suka duduk dapur yang dia suka duduk tengok laptop tengok fail lepastu buat kerja dia.
" Nak buat cookies, nekwan. Aayan yang nak makan sangat " kata Zara.
" Cookies? Apa benda kejadah tu? " tanya nekwan.
Aku hanya tergelak bila nekwan tak tahu cookies tu ape.
" Biskut, nekwan " kata aku sambil tergelak.
" Alah, hang ni. Tak yah speaking sangat la dengan aku ni. Bukan aku paham pun " jawab nekwan.
Nekwan keluar dari dapur lalu melangkah ke halaman rumah. Nak siram pokok bunga dia la tu.
Semua bahan tadi aku adukkan dalam satu bekas dan kacau sehingga sebati. Adunan yang siap diaduk tadi aku letakkan dalam acuan cookies. Dulang yang berisi cookies tadi aku letakkan di dalam oven.
" Sayang, Rose dah sampai ni " jerit Aayan dari halaman rumah.
Aku terus melangkah keluar dari dapur lalu berjalan ke bilik. Tudung sarung yang tergantung di belakang pintu aku ambil. Kaki melangkah keluar dari bilik dan berjalan ke arah halaman rumah.
YOU ARE READING
C| Mrs Aayan Danish
Romance[𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓽𝓱𝓮 𝓶𝓻𝓼. 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] ᴀᴀʏᴀɴ ᴅᴀɴɪꜱʜ || ᴢᴀʀᴀ ʏᴀꜱᴍɪɴ Known as the soft spoken husband AAYAN DANISH - Jejaka berdarah campuran asia merupakan seorang Ceo di Syarikat Nish Empire. Aayan Danish seorang yang tegas dan matang...