Mikael

13 1 0
                                    


Arluna tersedar dalam mimpi yang Panjang...Pernafasan terasa sesak di dada, dia Cuba untuk kuatkan diri untuk bangun, namun tubuh Arluna Masih lemah..Dia tidak pasti berapa lama dia telah tertidur, Hari mulai gelap, kedinginan lantai menusuk ke celah - celah tulang Arluna...

Dia mengingati sesuatu, Kejadian yang membuatkan dia terbaring dilantai tanpa sedarkan diri...Ternyata itu semua adalah angkara Suzana .Dia tidak berdaya untuk melawan, dia tiada kekuatan..

Seburuk - buruk layanan Keluarga Adnan, disitu Juga dia menumpang teduh menghabiskan sisa - sisa hidupnya sebelum kematian menjemput.

Arluna Cuba mengangkat tubuhnya ke arah tilam, biarpun payah dia tetap perlu mencuba, namun kepayahan dirinya sebentar tadi tidak berbaloi dengan usahanya bila dirasakan tilam miliknya basah dengan tindakan Suzana tadi...

Arluna hanya mampu mengalirkan air Mata. Dia tiada pilihan Malam ini dia terpaksa tidur bertilamkan lantai lagi..

Flash Back....

Aku dah banyak berkorban sebelum ini...Takkan selamanya aku harus hidup dikeji....Arluna..Cukup bergantung hidup dengan orang...Sayangi diri sendiri...

Ketawa kedengaran di depan Arluna....Seorang lelaki di depan Mata Arluna duduk dengan selesa di sofa sedangkan Arluna hanya berada di lantai, bersepuh dilantai kerana dia dibawa secara paksa kesini...

Dia Masih tidak tahu apa yang akan terjadi pada nasibnya nanti...Disebelah pintu bilik terdapat lelaki yang menjaga dari dalam...

Kenapa awak bawa dekat sini?
Air Mata tidak lagi mengalir di Mata Arluna....Perasaan takut sebentar tadi telah menghilang dalam tubuh Arluna...

Sesungguhnya dia bukan siapa - siapa dalam berhubungan dengan orang yang digelar suami...Dia hanya hidup sendiri...Bergantung nasib hanya pada takdir..

Pada Malam ini Hidup Arluna bergantung kepada lelaki yang sedang duduk di sofa...

Hmmmmm! Tak sangka Mikael memang Tak peduli dekat Isteri dia... Tak berbaloi usaha aku bawa engkau dekat sini...Isteri dia memang Tak berguna dalam hidup Mikael... Haihhhhh...nampaknya Malam ini aku silap percaturan....

Tak sangka aku Mikael sekejam ini..Tak peduli Tentang hidup Dan mati Isteri sendiri...Macamana engkau boleh kahwin dengan Mikael...Aku kenal dia lama, dia hati Batu!.

Kalau awak dah kenal dia lama..Kenapa awak Masih culik Saya? Saya bukan orang penting dalam hidup dia.

Lelaki di sofa ketawa lagi ....Kali ini ketawa lelaki di sofa lebih kuat...
Jadi Arluna..Kalau engkau bukan orang penting dalam hidup Mikael, siapa yang penting?

Tunaikan permintaan saya?

Apa sahaja permintaan awak Saya akan tunaikan...Jadi siapa?

Sebelum itu..Saya mahu keluar dari sini dengan Selamat. Itu syarat Saya..

Awak dah nampak Saya Arluna...Permintaan itu sedikit berat!
Lelaki di sofa kembali menyandarkan tubuh, tiada riak yang permintaan Arluna akan dipersetujui..

Saya Tak berminat lagi dengan hidup..Walaupun siapa awak selepas ini..Anggap sahaja Kita Tak kenal satu sama lain...

Diwajah Arluna lelaki itu dapat melihat sinaran Mata Arluna bahawa Perempuan di depannya nekad...Dikhianati suami sendiri, bukan suatu perkara yang mudah dalam hidup...

Awak nak buhuh diri? Bicara Arluna tadi membuatkan lelaki di sofa tertanya - Tanya Tentang tindakan Arluna selepas ini..

Arluna hanya mendiamkan diri...Tidak perlu dirasakan oleh Arluna untuk Dia memberikan jawapan...

MIKAEL PSYCHOPATHWhere stories live. Discover now