Kenapa engkau dah lain? Aku tahu Mirinda yang ajar engkau buat semua ini... habiskan duit aku . Apa lagi yang korang rancang? Malas Mikael nak berbasi - basi berterus terang dengan Arluna lebih baik..
Haritu Rumah ..sekarang simpan emas ...akan datang Entah apa lagi bala....
Sekarang perempuan tu ajar Arluna goda dia.. Memang tak masuk dek akal..Arluna pun satu cepat sangat terpedaya..
Saya tak rancang apa -apa..lagipun saya beli aset saya...saya dah penat saya nak mandi...
Sampai bila awak nak mengelak dari saya Arluna..Saya dah bagi masa yang cukup untuk awak pulih...
Hal apa awak cakap ini?
Awak mengelak tentang hal penculikan itu? Apa yang jadi sebenarnya...Tak kan semudah itu penculik itu lepaskan awak Arluna.
Langkah Arluna terhenti.. Jadi awak nak cakap saya bukan diculik...? Perasaan benci Arluna kian meruap...Dahlah dia tak ada usaha nak selamatkan aku...Dia nak cakap aku reka cerita tentang penculikan aku...Apa dia ingat aku yang upah penculik itu untuk minta duit tebusan dari Mikael....Sebolehnya Arluna mahu buang segala peristiwa hitam malam itu. Walaupun dia tak mampu, tapi dia sebolehnya tidak mahu mengingati setiap apa yang telah terjadi...
Terpulang Mikael mana satu cerita awak nak percaya? Siapa penculik - penculik itu...?Kenapa saya jadi sasaran..?...Kenapa penculik itu lepaskan saya...? kenapa sekarang Mikael, perkara itu dah terlamabt untuk awak ungkit...!
Saya perlu tahu perkara yang sebenar...Arluna tolong ceritakan tentang kejadian malam itu...Jangan tinggal satu pun, saya mahu tahu semua.
Perkara sebenar....saya takkan terlibat dalam perkara bodoh untuk culik diri saya dan ambil curi harta awak Mikael ! Itu perkara pertama yang harus awak tahu...Saya tak buta dengan kekayaan awak...Awak batu bertuah saya, saya takkan lupa jasa awak pada awak....
Saya dah penat dalam dua tahun ini, saya rasa saya perlu fikirkan tentang diri saya lebih dari saya perlu fikirkan tentang orang lain...sebab itu saya terpaksa buat simpanan dengan harta awak....saya akan pulangkan pada awak nanti semua yang saya beli hari ini....Itu bukan hak saya...
Arluna termenung seketika, dia mengumpul kekuatan untuk mengingati kembali kejadian malam itu...
Saya takut apabila diculik...Macam - macam perkara yang saya fikirkan bila saya berhadapan dalam situasi itu..Saya sangka hidup saya akan selamat bila disisi awak...ternyata saya masih tersilap, nasib masih tak menyebelahi saya.Mikael mereka culik saya disebabkan saya isteri awak...
Awak tak rasa yang penculik itu bodoh Mikael...Saya isteri awak tapi saya bukan orang yang terpenting dalam hidup awak.....
Macamana awak lepaskan diri?.... dia takkan lupa, malam itu dia dimalukan dan sedar tentang siapa dia dalam hidup Mikael...
Arluna senyum sinis, setiap baris perkataan dalam bicara Mikael masih diingat jelas...Mata Arluna memandang tepat kearah Mikael dan begitu juga dengan Mikael...
Saya dengar semua perbualan awak malam itu Mikael...awak tak pilih saya, saya percaya awak ada alasan tersendiri...Mikael saya tahu saya tak bernilai dalam keluarga awak tapi saya masih manusia, ada perasaan dan bernyawa..saya harap awak faham perasaan saya....
Arluna awak salah faham...saya cuba malam itu...
Saya tak nak dengar lagi Mikael..Saya jijik dengan diri saya... Macamana saya boleh percaya awak akan selamatkan saya sedangkan awak ada dengan Atalia....Saya terlalu kuat dengan angan - angan untuk perkara yang takkan berlaku... Saya terima segala yang jadi dan nasib saya telah tertulis, saya terpaksa redha.....
YOU ARE READING
MIKAEL PSYCHOPATH
RandomSeseorang yang dicintai menghilang dari hidupnya... Seseorang yang dibenci, mendekat Dan semakin sukar untuk berpisah... Mikayla Arluna terjerat dalam hubungan Percintaan diri Dan Perkahwinan tanpa Cinta.. Mikael lelaki yang dikahwini Arluna, namun...