Atalia
Aku buatkan satu video khas untuk Mikael. Semalam aku jumpa Mikael sebelum aku berangkat. Miakel masih kacak dan menarik dalam penampilan. Hanya yang kurang bagi miakel adalah penglihatan Mikael yang telah buta. Kejutan yang aku tak boleh terima. Biarpun Miakel kaya dan berkuasa, tiada guna aku rasa untuk aku tetap di sisi Mikael kerana kekuasan dan kekayaan yang dimiliki Miakel nanti tidak lama, semua perkara itu akan dirampas dari Mikael nanti.
Memandangkan Mikael tidak boleh lagi melihat aku terpaksa membuat video untuk Mikael dengar tentang keputusan aku. Aku harap Dr. Haq akan tunaikan permintaan aku untuk bukakan email tu untuk Mikael dengar tiga hari selepas aku pergi. Aku betul - betul cintakan Mikael, tapi aku hanya cintakan Mikael yang dulu. Miakel sekarang adalah lelaki yang telah buta. Masa depan aku harus difikirkan kerana aku masih muda dan aku perlu mencapai kejayaan dalam hidup sebelum aku temui cinta baru yang ternyata bukan Mikael..
Mikael adalah sejarah percintaan aku yang lalu.
*****
Video Atilia
Haq kuatkan suara video tu! Mikael memberikan arahan kepada Haq. Pada zahir luaran Mikael nampak tenang.
Okay! Haq tak banyak pilihan dia terpaksa menurut semua permintaan Mikael. Sebagai sahabat dia tahu tentang perasaan yang sedang Mikael hadapi sekarang. Atalia adalah cinta pertama Mikael. Sepanjang perhubungan mereka berdua terjalin Mikael tidak pernah curang dan memandang wanita lain. Cukup untuk Mikael hanya dengan Atalia dalam hidupnya.
Video Atalia dimainkan oleh Haq.
I minta maaf Mikael. Kalau you dengar Video ini I dah pergi dari sini. Jangan salahkan i dengan keputusan yang i dah buat ini Mikael. I masih muda dan kerjaya serta masa depan i masih cerah. Kalau kita bersama i tak rasa i boleh gantung harap pada u pada masa hadapan. Dengan keadaan you sekarang dan masa depan you nanti ! I harap you faham maksud i.
I betul - betul cintakan you Mikael dan selamanya akan rindu you. Bagi i masa untuk terima keadaan u yang baru. I perlu fikir masak - masak tentang hubungan kita semula. Sepanjang ketiadaan i disisi you, i cuma harap jika kita bertemu kebahagian dan pasangan masing - masing i harap perkara tu you terima. I harap you akan gembira sepanjang hidup you dan I sentiasa doakan you.
Mikael aku harap engkau okay? Haq masih tidak berganjak dari duduk masih menunggu respon dari Mikael.
Aku nak teruskan pernikahan. Cari mana - mana perempuan yang sanggup bernikah dengan lelaki buta. Tentang bayaran , berapa sahaja bayaran yang dikenakan aku terima. Mikael menyandarkan tubuh dalam keadaan memikirkan sesuatu.
Mikael engkau tak rasa keputusan ini terburu - buru. Aku faham engkau kecewa dengan Atilia, tanpa Atilia tahu keadaan engkau yang sebenar tapi bab pernikahan ini bukan hal main - main, berat hukumnya nanti engkau nak tanggung. Tentang wanita yang engkau nak nikah nanti, kalau engkau serkap jarang macam ini engkau tak takut ker kalau perempuan tu mata duitan.
Aku nekad Haq. Siapa sahaja perempuan itu aku terima.
Mikael tak ada perempuan dalam dunia akan pilih lelaki buta jadi suami kalau perempuan itu tak ada niat lain.
Aku tak kisah tentang tu, lagipun mata aku akan pulih engkau rasa perempuan itu berkemampuan ambil harta aku.
Engkau dah fikir masak - masak pasal hal ini! sebagai kawan Haq hanya boleh memberikan nasihat keputusan terakhir adalah dari Mikael.
Gunakan semua sumber yang ada Haq, Aku akan berkahwin dalam masa seminggu. Mikael nekad.
********
Sarah siapa perempuan yang Mikael kahwin? libang libu Atilia di luar negara bila dilihat berita yang mengaitkan Mikael dengan pernikahan. Sepatutnya dia yang jadi pengantin di sisi Mikael. Sayangnya dia juga yang putuskan hubungan mereka bersama.
Bukan siapa - siapa. lagipun dia kesini untuk jaga Mikael.
Apa maksud you perempuan itu untuk jaga Mikael. Tak Sarah perkara ini tak boleh jadi, Sarah engkau kena siasat siapa perempuan itu.
Atilia engkau dah lupa ker, kan Mikael abang aku tu buta. Tentulah perlukan penjaga untuk jaga dia.
Aku fahamlah Mikael tu perlukan penjaga tapi sekarang dia cari isteri. Apa kena mengena isteri dengan penjaga? Faham tak maksud aku?
Hmmm aku pun tak pasti tapi ini semua keputusan Mikael untuk kahwin sama tarikh dengan tarikh yang korang berdua rancang.
Ohhh Sarah...Apa yang Mikael sedang buat ini? Atilia tidak senang duduk, dia yang putuskan hubungan dengan Mikael terlebih dahulu dan menyarankan Mikael untuk lupakan dia dan cari kebahagian lain. Tapi sebaik sahaja Mikael temui kebahagiaan jiwa Atilia pula tidak tenang.Fikiran Atilia kacau dengan semua tindakan Mikael.
Dia tidak dapat terima jika Mikael telah lupakan dia. Dia mahukan Mikael sentiasa cintakan dia sepanjang hayat lelaki itu.
******
Kenapa engkau tercegat lagi dekat situ. Ke sini ?
Arluna baru tiba di bilik Mikael selepas ditunjukkan oleh Pembantu Utama dan tanpa perbualan perkenalan dia telah ditengking oleh Mikael.
Saya Arluna! Arluna gugup dan takut tapi dalam masa yang sama dia perlu perkenalkan diri.
Mikael memandang kearah Arluna dengan wajah yang bengis. Pandangan mata Mikael tepat di mata Arluna danmenyeramkan. Mengingatkan tempoh masa yang lama yang akan dihabiskan Arluna bersama Mikael membuatkan Arluna mengigil ketakutan.
Aku tak tanya nama engkau. Di sini engkau hanya penjaga aku. Apa engkau tercegat lagi. Siapkan madian aku!
Siapkan mandian tapi Arluna baru tiba di bilik, barangan dan beg dia pun tak sempat kemas lagi dah disuruh buat mandian. Macamana buat mandian? itu yang bersarang dalam fikran Arluna.
Erghhhhh encik saya boleh ikut semua arahan encik tapi kali pertama kerja ini boleh tak encik tunjuk ajar dulu cara dia bagaimana. Maaf kalau saya susahkan encik.
Mikael kerutkan kening. Boleh tahan juga pembantu baru dia ini a.k.a perempuan yang dia nikah yang semuanya berpunca dari Atilia.
Encik? macam tak sedap jer panggilan itu di pendengaran telinga Mikael. Dia hanya buta bukan tuli.
Jangan bazirkan duit aku kutip engkau dari keluarga Adnan untuk jaga aku tapi ini yang aku dapat!
Arluna terduduk simpuh dia tidak berdaya untuk melawan, merendahkan diri dan lemah di depan lawan adalah terbaik. Maafkan saya, saya yang salah. Tuan boleh hukum saya. Mengigil tubuh Arluna cuba menahan untuk tidak menanggis.
Jika dia dipulangkan pada Adnan sia - sia usaha dia sebelum ini untuk keluar dari rumah neraka ciptaan Adnan.
Mikael mengarah ke arah Arluna. Tangan Mikael merayap menyentuh wajah Arluna. Dalam kesamaran dia dapat merasa dan melihat bayangan bentuk wajah Arluna.
Perlahan - lahan bibir Arluna ditaut, pertama kali Arluna mengelak dari disentuh...Sekali lagi Mikael mencuba dan bibir Mikael ditaut pada bibir Arluna dan kali ini tiada penolakan dari Arluna.
Tanggalkan baju aku! suara Mikael berbisik di telinga Arluna.
![](https://img.wattpad.com/cover/299794236-288-k345514.jpg)
YOU ARE READING
MIKAEL PSYCHOPATH
RastgeleSeseorang yang dicintai menghilang dari hidupnya... Seseorang yang dibenci, mendekat Dan semakin sukar untuk berpisah... Mikayla Arluna terjerat dalam hubungan Percintaan diri Dan Perkahwinan tanpa Cinta.. Mikael lelaki yang dikahwini Arluna, namun...