Lelaki tanpa penglihatan
Cukup Seminggu Arluna dikurung di dalam bilik, barulah Arluna dilepaskan. Cuma Arluna Tak sangka yang Hari itu adalah Hari bersejarah dalam hidup Arluna bila dia bukan sahaja dapat keluar dari bilik, tapi dia Juga dapat keluar dari kekejaman Keluarga Adnan..
Mak Cik! Arluna menyapa Marlina yang masuk kebiliknya. Hanya kurung putih yang menghiasi tubuh Arluna untu majlis pernikahan hari ini..
Engkau dah siap? Jangan buat perangai dalam majlis ini Arluna. Jangan macam - macam depan Tok Tadi. Aku nak perkataan setuju sahaja keluar dari mulut engkau tu. Kami dah carikan jodoh terbaik untuk engkau Arluna. Semua ini untuk masa depan engkau. Paham!
Menjegil mata Marlina memandang kearah Arluna..Sungguh dia tak sangka biarpun seminggu Arluna dibelasah teruk dengan Adnan , penampilan Arluna pagi tu masih berseri dan cantik. Itu yang Marlina tak boleh terima.
Saya ingat. Saya ikut semua kata - kata makcik. Arluna tidak akan membantah..Jika dia menolak, nasib dia selepas ini akan lebih teruk dari sebelum ini, perkara pertama dalam fikiran Arluna kini adalah peluang dia keluar dari rumah.. Perkara selanjutnya tentang hidup Arluna selepas pernikahan akan difikir kemudian.
Bagus! Engkau patut tahu apa perkara yang Adnan suka dan dia tak suka. Kalau nak selamat engkau ikut jer plan Adnan.
Marlina keluar dari bilik Arluna dan diganti dengan kehadiran Suzana...
Suzana dengan pandangan sinis merapati tubuh Arluna.
Engkau dah tau siapa bakal suami yang akan nikah engkau nanti?
Su membelek - belek dulang hantaran yang telah disiapkan oleh Marlina, mama Suzana. Sebanyak lima hantaran disediakan untuk bakal suami Arluna oleh Marlina dan Suzana tahu hantaran itu hanya disediakan untuk memenuhi acara pernikahan hari ini untuk membutakan mata tetamu yang hadir di pernikahan itu nanti.
Mikael! Itu sahaja maklumat yang diberikan Marlina sewaktu isteri Adnan memaklumkan kepadanya sewaktu seminggu dia dikurung.
Engkau tahu siapa dia? melihatkan Arluna buntu, hati Suzana senang dengan persoalan yang sengaja dibiarkan bersarang di minda Arluna.
Mikael itu aku panggil dia Miakel Psycopath. Engkau nak tahu sebab apa? bakal suami engkau tu Buta dan dari yang aku dengar cerita sesiapa yang pernah jaga dia kena gangguan seksual dari dia. Ramailah tak terbilang dengan jari perempuan - perempuan yang jadi mangsa dia. Nak dijadikan cerita Mikael tu lelaki Buta yang psycopath, sesuai sangatlah dengan perempuan gatal sundal macam engkau ini.
Su. Jadi pernikahan hari ini? Arluna dah tak sedap hati takkan terlepas dari mulut buaya dia terjerumus dalam mulut harimau. Takkan nasib dia semalang itu. Arluna percaya Suzana tak main - main dalam hal ini. Arluna sangat kenal Suzana, dalam bab kemusnahan Arlunan Suzana akan bercakap benar. Kemusnahan Arluna adalah kebahagian bagi Suzana.
Aihhhhhh..tak faham - faham lagi. Ada otak untuk engkau fikir. Engkau ingat kenapa keluarga aku benarkan engkau kahwin dengan Mikael?
Sebab..Mikael tu Buta Su jadi apa kena - mengena dengan Arluna?
Keluarga Mikael dah bayarkan 100 ribu untuk pernikahan ini. Diorang bukan cari isteri untuk Mikael tapi carikan penjaga untuk lelaki buta, plus keluarga itu tak nak perbuatan jahat Mikael pada penjaga dia sebelum ini burukkan lagi nama keluarga diorang di masa akan datang. Kalau engkau nak tahu keluarga tu dah meluat nak tutup semua perbuatan khianat Mikael .. Perkara itu mereka berjaya sembunyikan daripada orang luar, tapi engkau tahulah tak semua perkara boleh tutup. Jadi tugas engkau Arluna adalah sebagai penjaga Mikael plus pelayan nafsu dia nanti, adanya engkau di sisi Mikael tutuplah aib keluarga Mikael lepas ini.
YOU ARE READING
MIKAEL PSYCHOPATH
RandomSeseorang yang dicintai menghilang dari hidupnya... Seseorang yang dibenci, mendekat Dan semakin sukar untuk berpisah... Mikayla Arluna terjerat dalam hubungan Percintaan diri Dan Perkahwinan tanpa Cinta.. Mikael lelaki yang dikahwini Arluna, namun...