Atilia!Dia muncul di pintu selepas Kejadian semalam..Masih Cantik Dan lembut sentiasa. Kecantikan dia sebagai Perempuan simpanan Mikael tak dapat aku nafikan..
Jika tidak, masakan Mikael boleh menghabiskan separuh masa Malam bermalam dengan Atilia daripada aku.
Hari pernikahan kami yang Juga Hari sama perkahwinan kami aku telah dimaklumkan Tentang Atilia yang penting dalam hidup Mikael..
" Hati Mikael hanya untuk Atilia! " Itu kata - kata Maisarah adik kepada Mikael sewaktu Malam perkahwinan kami bila Mikael menghilang..
Malam itu aku hanya anggukan kepala untuk aku faham maksud di sebalik kata - kata Maisarah..
Mungkin setakat itu sahaja peranan aku dalam Keluarga Mikael..Hanya gelaran sebagai isteri dalam Keluarga...Dalam hati Mikael hanya ada Atilia...
Ya! Aku mengaku aku terima semuanya Tentang perkahwinan aku dengan Mikael bagi aku cipta alasan untuk aku keluar dari seksaan Keluarga Adnan...
" I Win!"
Sengihan kecil Atilia kepada aku bila dia sedar pintu dibuka oleh aku..Kisah semalam aku jumpa Atilia di majlis, seperti biasa dia tetap Cantik dalam persalinan di tubuh dia..Dengan status bujang Belum berkahwin dia menjadi tumpuan.
Dalam banyak - banyak orang, Mata aku tetap tertumpu pada Atilia, kekasih Mikael.
Mikael jadi pasangan aku Malam itu jadi Tanpa Mikael sedari aku alihkan perhatian Mikael untuk tidak melihat kearah Atilia yang kekal di penghujung Dewan.." Semuanya okay Arluna, kenapa awak nampak resah!"
Aku Tak sangka Mikael perasan dengan perubahan dalam diri aku... Dalam diam aku sebenarnya takut kalau Mikael tinggalkan aku Seorang untuk dapatkan Atilia..
" Saya okay!"
" Hmmmmm..Saya tahu ini pertama Kali awak temani Saya dalam majlis Macam ini kalau awak Tak selesa, awak boleh undurkan diri!"
Sambil bercakap Mata Mikael meliar melihat kearah orang - orang Besar yang boleh dijadikan rakan bisnes.Sekumpulan orang pertengahan di satu sudut memberhentikan penglihatan Mikael..
" Saya mahu bertegur sapa disana, awak temani Saya?"
Mata aku terarah ke tempat sama yang akan ditujui oleh Mikael, Dan Sana aku melihat Pak Cik Adnan ...Lelaki yang aku mahu elak selepas aku berkahwin dalam Keluarga Mikael...
Sebentar tadi aku ingin temani Mikael kemana sahaja dia pergi, namun fikiran aku sepenuhnya berubah bila pandangan Mata aku tumpah pada Pak Cik Adnan...
" Saya Tak Rasa Saya nak kesana.Saya tunggu awak dekat sini!"
" Okay!"
Mikael menghilang dari pandangan..Aku sebolehnya tidak mahu Adnan tahu aku menemani Mikael di majlis ini..Tak aku sangka berseorangan di majlis buatkan Atilia tidak segan dulu datang kearah aku..
" Hai......Atilia!"
Huluran tangan Atilia aku sambut....Sebenarnya aku dah lama kenal dia, Maisarah yang perkenalkan aku dengan Atilia dengan menunjukkan wajah Atilia pada aku..Mungkin niat Maisarah untuk membandingkan kecantikan Dan perbezaan ketrampilan kami berdua yang jauh berbeza...wajah Dan Pendidikan aku yang jauh ketinggalan dari semua segi berbanding Atilia..
" Arluna!"suara yang berbaur ejekan...
" Tak sangka Mikael akan bawa Isteri dia Malam ini..Ini Kali pertama Saya Dan Mikael bukan pasangan Malam ini...Jangan awak ingat Mikael pilih awak dari Saya Arluna...Semuanya bersebab...?"
Tanpa berahsia Atilia berterus terang....

ANDA SEDANG MEMBACA
MIKAEL PSYCHOPATH
RandomSeseorang yang dicintai menghilang dari hidupnya... Seseorang yang dibenci, mendekat Dan semakin sukar untuk berpisah... Mikayla Arluna terjerat dalam hubungan Percintaan diri Dan Perkahwinan tanpa Cinta.. Mikael lelaki yang dikahwini Arluna, namun...