Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
我一不小心地爱上了你。 ( I accidentally fell in love with you.)
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(𝓐𝔂𝓻𝓮𝓵𝓵-𝓢𝓮𝓷𝓹𝓪𝓲)
Aryanna laju menguak pintu bilik. Rambutnya diramas kasar sambil menguap besar akibat rasa ngantuk yang masih dirasainya. Terbangun pula dia tengah-tengah malam. Semuanya angkara perutnya yang lapar meminta isi.
Dengan hanya memakai baju dalam saja, dia berjalan malas ke dapur. Peti sejuk dibuka. Sekotak susu almond dikeluarkan dan diletakkan atas meja makan.
Kemudian Aryanna memanaskan pula nasi goreng yang Edrina telah masakkan untuknya malam tadi. Selesai memanaskan nasi goreng, dia pun menghidangkannya di meja makan. Aryanna lalu duduk bermalasan di atas kerusi meja makan.
"Ah lupa. Kena cuci muka dulu."
Aryanna segera bangkit dan menghampiri singki yang dekat dengan tandas utama di ruang tamu kondominium. Dia menggosok gigi dan membasuh muka. Hah, rasa segar wajahnya. Pandangan pun sudah jelas.
"Fuck... what a nice body you have, Aryanna Sofea." satu suara garau menyapa gegendang telinganya. Aryanna tersentak lalu pantas menoleh.
Ayrell duduk di atas sofa sambil menyilang kakinya. Matanya tidak berhenti daripada merenung setiap inci tubuh badan Aryanna yang hanya mengenakan bra dan seluar dalam warna merah.
Ternganga luas Aryanna melihat kehadiran lelaki itu sampai dia terlupa untuk menjerit sekuat hati. Alah, kalau menjerit nanti penduduk lain di kondominium ini pula akan dengar. Ish!
"Ayrell-Senpai?!!" itu saja reaksi yang Aryanna boleh tunjukkan pada lelaki kacak dan bertubuh kurus tapi tegap itu. Dengan kemeja biru gelap yang dipakainya. Lalu dua butang sengaja ditanggalkan oleh Ayrell menampakkan dadanya yang seksi. Ouchhh tiba-tiba dia rasa hot di sini.