Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
我一不小心地爱上了你。 ( I accidentally fell in love with you.)
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(𝓐𝔂𝓻𝓮𝓵𝓵-𝓢𝓮𝓷𝓹𝓪𝓲)
Hidung Aryanna sudah mula keluar wap kepalan asap tanda dia marah dan geram.
PAMPP!
Buku menu ditutup dan dihempas atas meja.
"Apahal kau bawak aku makan kat sini?"
Ayrell yang berkutat dengan iPhonenya, melirik gadis itu.
"Tak best ke? Restoran mahal kut..."
"Memanglah restoran mahal! Tapi kau tengoklah sekarang! Aku dah jadi perhatian tau tak? Kau tak nampak apa yang aku tengah pakai sekarang ni? Selekeh anattt!!!" bentak Aryanna memaki si Ayrell.
Aryanna baru sedar yang Ayrell segak bergaya dengan baju stylonya. Tiba-tiba sampai kat Aryanna jadi selekeh pulak. Apa benda lah! Ni yang malas ni!
Orang mula berbisik-bisik sambil memandang mereka berdua. Terutamanya Aryanna yang menjadi perhatian dan bahan ketawa.
Ayrell tersenyum senget. iPhone kembali diletakkan atas meja sebab dia nak tumpukan perhatian dekat babygirl sorangnya ni yang manja dan garang! Eishhh~
"Babygirl, bukan ke aku dah cakap awal-awal? Kau pakai apapun tetap co-"
"Ah, diamlah kau! Kau memang sengaja nak malukan aku kan?" desis Aryanna laju.
"Hei, mana adalah. I mean, bukan ke perempuan suka bila lelaki bawa diorang pergi restoran yang mahal-mahal? Barulah kelas!"
"Kelas kepala kakak kau!!!" maki Aryanna terus menghentam Ayrell dengan pukulan mautnya pada lengan lelaki itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.