我一不小心地爱上了你。
( I accidentally fell in love with you.)(𝓐𝔂𝓻𝓮𝓵𝓵-𝓢𝓮𝓷𝓹𝓪𝓲)
"Kau bila nak balik Sabah?" Mikael menyoal lemah. Rindu pulak dia pada Ayrell. Yelah, Ayrell kan rakan sekerja sekaligus kawan masa belajarnya dulu sewaktu degree!
"Hm, next week?" respon Ayrell dalam panggilan telefon. Nadanya kedengaran tidak yakin. iPhonenya disua rapat ke telinga. Sebelah tangan kekarnya pula sedang kusyuk memegang stereng kereta kerana memandu di jalanraya yang besar.
Aryanna Sofea. Mikael masih menaruh harapan pada gadis itu. Berharap agar Aryanna masih boleh menerimanya. Walaupun dia tidak sekacak dan sesegak si Ayrell.
Mikael menghela nafas. "Apa dah jadi antara kau dengan Aryanna? Kenapa kau lama sangat kat sana? Dendam apa yang kau balas kat dia?" soal lelaki itu bertubi-tubi. Tidak puas hati. Dia takut kalau Ayrell melakukan sesuatu yang bodoh pada gadis yang masih dia cintai.
"Tak ada jadi apa-apapun. Aku tak jadi nak balas dendam sebab aku ni baik. Kami berdua just borak and santai-santai je." tipu Ayrell membalas seperti acuh tak acuh.
"Boleh ke aku percayakan kau, Rell?" Mikael rasa musykil.
"Mestilah boleh. Kita kan kawan baik?"
"Aku still suka dia. Kau tahu kan?" pintas Mikael cepat. Dia memang dah cuba move on untuk lupakan Aryanna. Tapi dia gagal. Setiap senyuman dan gelak tawa gadis itu masih segar dalam ingatannya.
Walaupun gelak tawa Aryanna ketika gadis itu mempermainkan perasaannya di hadapan khalayak ramai. Mikael tersenyum sendirian. Senyuman angau dan ikhlas. Dia masih tidak boleh melupakan senyuman sinis Aryanna yang menurutnya cantik dan hot itu.
"Mikabell, boleh tak kau move on je dari dia?" dengus Ayrell. Tidak suka bila Mikael masih berharap pada Aryanna untuk membalas perasaan lelaki itu.
"Kenapa? Kau tak suka ke kalau kitaorang get back balik?"
"Tak suka!" tukas Ayrell cepat.
YOU ARE READING
𝗔𝘆𝗿𝗲𝗹𝗹-𝗦𝗲𝗻𝗽𝗮𝗶
Romans↳ *𝑨𝒔𝒊𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔* ༉‧₊˚✧ | HE'S A YAKUZA, SHE'S A WEEB | Bubble di dalam. "𝗦...𝗦𝗲𝗻𝗽𝗮𝗶..." "𝗬𝗲𝗮𝗵, 𝗰𝗮𝗹𝗹 𝗺𝗲 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝘁𝗵𝗮𝘁 𝗻𝗮𝗺𝗲 𝘄𝗵𝗶𝗹𝗲 𝗜 𝗳𝘂𝗰𝗸 𝘆𝗼𝘂 𝗹𝗶𝗸𝗲 𝗮 𝗯𝗮𝗱 𝗼𝗻𝗲, 𝗯𝗮𝗯𝘆..." +17 | © mrosella • S...