• 𝟏 𝟒 • 𝐀 𝐘 𝐑 𝐄 𝐋 𝐋-𝐒 𝐄 𝐍 𝐏 𝐀 𝐈 🚬

459 15 0
                                        

我一不小心地爱上了你。( I accidentally fell in love with you

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

我一不小心地爱上了你。
( I accidentally fell in love with you.)

(𝓐𝔂𝓻𝓮𝓵𝓵-𝓢𝓮𝓷𝓹𝓪𝓲)

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

(𝓐𝔂𝓻𝓮𝓵𝓵-𝓢𝓮𝓷𝓹𝓪𝓲)

Laju kereta mewah milik lelaki berdarah Korea campur Melayu itu membelah jalanraya. Ayrell memegang stereng dengan tenang. Sesekali dia melirik ke arah Aryanna yang duduk di sebelahnya. Dia tersenyum nipis.

Aryanna semakin erat memeluk teddybear hadiah pemberian Ayrell. Kakinya bersila dengan kemas.

"Baby girl sejuk ke? Kalau sejuk, I nak tutup tingkap." tanya Ayrell prihatin.

Aryanna diam dan hanya menggeleng.

"Meh, sandar dekat bahu I." suruh Ayrell. Aryanna rasa macam teragak-agak nak ikut. Tapi dia akur saja.

Suasana dalam kereta penuh dengan keheningan yang nyaman. Angin malam dari celahan tingkap yang sedikit terbuka membelai wajah Aryanna yang masih merah setelah menangis sebentar tadi. Mata gadis itu juga kelihatan merah dan bengkak sedikit.

"Kau nak bawa aku ke mana, senpai?" Aryanna bertanya perlahan kembali mengangkat kepalanya dari bahu Ayrell. Dia memandang Ayrell dengan sedikit keliru tetapi ada senyuman kecil di bibirnya.

Jujur Aryanna masih lagi terkesan dengan pelukan dan ciuman di dahinya tadi. Ia cukup hangat dan memabukkan.

"I nak tunjukkan You satu tempat istimewa." Ayrell tersenyum sambil menekan pedal minyak lebih dalam.

Selepas beberapa minit, kereta mereka mula melalui jalan yang berbukit dan penuh dengan selekoh tajam. Pemandangan malam Seoul di belakang mereka semakin kecil. Ia digantikan dengan bukit-bukit yang sunyi dan berbintang. Aryanna memandang ke luar tingkap. Beberapa saat, matanya bersinar melihat pemandangan yang begitu menakjubkan.

Mereka akhirnya tiba di sebuah kawasan tinggi yang sunyi, jauh dari hiruk-pikuk kota.

"We arrived."

𝗔𝘆𝗿𝗲𝗹𝗹-𝗦𝗲𝗻𝗽𝗮𝗶Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang