• 𝟎 𝟒 • 𝐀 𝐘 𝐑 𝐄 𝐋 𝐋-𝐒 𝐄 𝐍 𝐏 𝐀 𝐈 🚬

3.9K 67 1
                                        

我一不小心地爱上了你。( I accidentally fell in love with you

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

我一不小心地爱上了你。
( I accidentally fell in love with you.)

(𝓐𝔂𝓻𝓮𝓵𝓵-𝓢𝓮𝓷𝓹𝓪𝓲)

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

(𝓐𝔂𝓻𝓮𝓵𝓵-𝓢𝓮𝓷𝓹𝓪𝓲)

BRAKK!!!

Hampir nak tersembur keluar air susu almond yang Edrina minum ketika melihat Aryanna laju membuka pintu dan keluar dari bilik air. Wajah Aryanna beriak serius.

"K-kau ni kenapa Yanna?! Tak boleh ke rilek sikit? Terkejut aku kau tiba-tiba keluar macam tu dari bilik air!" Edrina mengesat susu di sudut bibir. Dadanya diurut perlahan.

Aryanna tersengih panjang sambil menunjukkan pregnant test yang dia pegang di tangan.

"Aku tak pregnant! YAHOOO!!!!" Pregnant test result dibalingnya entah ke mana sebelum Aryanna menghampiri Edrina dan memeluk leher gadis itu.

"WEHHH! Uhuk! Aku terce...Kik!!!" lengan Aryanna dipukul-pukulnya Edrina. Kalau dia mati lemas kena peluk macam mana? Susah nanti! Dah terlebih excited nampaknya si Aryanna ni!

"Hehehe...Sorry! Sebagai tanda terima kasih, aku belanja kau grabfood! Cakap je, kau nak makan apa!" Bila dah dengar pasal makan, mula lah riak wajah Edrina berubah jadi teruja.

"Betul ni kau belanja aku?! Apa je eh?!!" tanya Edrina kepastian. Sebab dia kalau orang belanja, memang dia akan ambil kesempatan untuk order banyak-banyak. Ha jangan memain dengan si Edrina Safwa ni!

"Iya, tuan puteri Edrina. Apa saja!"

"Okay kalau macam tu, aku nak order dekat family mart! Ramen spicy cheese, Salt egg rice popcorn chicken, Curry rice popcorn chicken, Spaghetti carbona-"

"Oiii! Banyaknya kau nak telan. Pokai aku nanti!" Aryanna mencubit pipi tembam Edrina. Edrina mencebik manja.

"Kau kata apa je hmmm!!!"

"Ha yelah! Pakai phone kau tau. Aku punya tengah cas kat bilik."

"Okay cun! Aku order sekarang." kata Edrina segera mencapai iPhone 12 pro. Aplikasi grabfood dibuka. Setelah memesan segala yang Edrina mahukan, gadis itu kembali meletakkan semua iPhonenya di atas meja makan.

𝗔𝘆𝗿𝗲𝗹𝗹-𝗦𝗲𝗻𝗽𝗮𝗶Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang