• 𝟎 𝟗 • 𝐀 𝐘 𝐑 𝐄 𝐋 𝐋-𝐒 𝐄 𝐍 𝐏 𝐀 𝐈 🚬

1.4K 31 0
                                    

我一不小心地爱上了你。( I accidentally fell in love with you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

我一不小心地爱上了你。
( I accidentally fell in love with you.)

(𝓐𝔂𝓻𝓮𝓵𝓵-𝓢𝓮𝓷𝓹𝓪𝓲)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(𝓐𝔂𝓻𝓮𝓵𝓵-𝓢𝓮𝓷𝓹𝓪𝓲)

"AYRELL-SENPAI!!!"

"Huh?!" Himeya dan Ozora segera menoleh.

Aryanna spontan menekup mulutnya. Yanna! Yang kau pergi menjerit macam suami nak kena bunuh tu dah kenapa?! Dalam hati Aryanna mengomel sambil menepuk-nepuk dahi.

"Dare ga?! (Siapa tu?!)" bentak Ozara memandang sekeliling. Tajam matanya mencari seseorang yang baru saja berteriak memanggil nama Ayrell. Ayrell yang sudah rebah ke tanah hanya mengerang perlahan. Telinganya juga ada menangkap jeritan dari seseorang yang dia kenal.

'Babygirl...?' bisik Ayrell dalam hatinya. Saat dia mahu bangkit, Ozora segera bertindak dengan memijak perut Ayrell menggunakan sebelah kakinya. Ayrell membeliakkan mata.

"ARGHHH!!!!" erang Ayrell kuat. Rasanya sangat pedih ketika abdomennya sengaja dilanyak-lanyak dengan tapak kasut yang keras milik Ozora.

Ozora tersengih sinis melihat Ayrell. Ayrell ingat dia boleh diselamatkan dengan mudah? Mujur kenalan rapat Ayrell dalam kumpulan Yakuza tidak berada di sini. Ozora pun tahu yang Ayrell senyap-senyap balik Malaysia daripada adiknya sendiri.

Aryanna segera mengalihkan kepala Edrina dari belakang badannya. Dia perlahan memundur sedikit ke belakang sambil menarik tubuh sahabatnya dengan berhati-hati.

Edrina mengeliat dalam tidur. Tangannya meraba-raba tanah. Cuba mencari sesuatu untuk dijadikan sebagai alas kepala. Wajah Edrina berkerut bila dia merasakan tekstur keras. Ini... Bukan bantal! Edrina mencebik dan hanya dipandang Aryanna dengan helaan nafas serta gelengan kepala.

"Sabar tau Dina. Settle je semua benda ni aku bawak kau balik condo. Sian pulak tengok kau terpaksa tidur atas tanah ni." gumam Aryanna perlahan. Dia membelai-belai lembut kepala Edrina.

"Okay, Yanna! Sekarang ni kau kena fikir macaam mana nak selamatkan senpai. Hmmm..." Aryanna berfikir lama. Kalau nak diikutkan secara logik, dia langsung tak membawa apa-apa senjata. Sebab dia tak terfikir pulak keadaan akan jadi macam ni. Aryanna mana ada pisau, parang, penyembur lada atau sebagainya.

𝗔𝘆𝗿𝗲𝗹𝗹-𝗦𝗲𝗻𝗽𝗮𝗶Where stories live. Discover now