Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
我一不小心地爱上了你。 ( I accidentally fell in love with you.)
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(𝓐𝔂𝓻𝓮𝓵𝓵-𝓢𝓮𝓷𝓹𝓪𝓲)
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Kau pergilah balik dengan Ayrell." Suruh Edrina tiba-tiba. Aryanna tersentak. Tak jadi dia nak tekan pedal minyak kereta.
"Pebendaanattt? Kau nak halau aku ke apa?!" bentak Aryanna kesal.
"Bukan halaulah! Tapi cuba kau bayangkan. Boleh ke senpai kau tu drive sendiri balik? Dia dahlah tengah injured sebab berlawan tadi!" Geram Edrina menjuihkan bibir ke arah kereta BMW milik Ayrell di sebelah kanan mereka.
Aryanna tergamam. Fikirannya terus melayang kepada Ayrell, si Yakuza. Betul juga kata gadis itu.
"Daripada tadi senpai kau start enjin tapi langsung tak bergerak." Tambah Edrina.
Aryanna mengeluh kecil. "Siapa suruh jadi Yakuza? Kan dah menyusahkan orang!" bisiknya perlahan, seakan-akan bercakap dengan dirinya sendiri. Namun, Edrina masih dapat mendengar dan mengerutkan kening.
"Yakuza atau tak, dia tetap perlukan bantuan kau Yanna!" Edrina membalas dengan tegas. Jahatnya Aryanna ni tak nak tolong bekas senior sendiri!