Bab 4

13 1 0
                                    

AKU, KAU DAN WAKTU
Kita hanya membutuhkan WAKTU untuk bersama
____________________________________

Sampai sahaja dikawasan hospital, kereta mewah milik Haqeem diparkir didalam kotak V.I.P. Mereka berdua keluar daripada perut kereta lalu mengikuti langkah Tuan Hamzah yang sudah masuk kedalam hospital

Kelihatan susuk tubuh Ara yang sedang berdiri dihadapan pintu bilik pembedahan kecemasan, apabila menyedari kehadiran Tuan Hamzah... gadis itu terus mendekati lelaki itu

"Macam mana dengan keadaan Hana?" Tanya Tuan Hamzah, luluh hatinya apabila mendengar khabar bahawa Hana dimasuk kan kedalam hospital kerana penyakit yang dihadapi olehnya itu

Ara menggeleng kepala. "Doktor masih lagi belum keluar, dah satu jam saya tunggu dekat sini" Ujarnya sedikit sayu, namun anak mata coklatnya membulat seketika apabila melihat wajah Haqeem dan Zaid yang berada dibelakang Tuan Hamzah

Tuan Hamzah menoleh kebelakang, dia turut terkejut dengan kehadiran Haqeem itu. "Eh? Macam mana kamu berdua boleh berada dekat sini?" Soal Tuan Hamzah hairan, Haqeem hanya diam. Fikirannya melayang pada wajah gadis yang dipanggil Hana itu

Adakah gadis yang bernama Hana itu ialah gadis yang sama? Kalau benar, sakit apa yang dilalui oleh gadis itu?

Pelbagai jenis soalan yang bermain difikiran Haqeem, Zaid yang berada ditepi lelaki itu tersengih. "Kami datang ni sebab nak melawat anak Tuan lah, betul kan Haqeem?" Zaid menyiku pinggang Haqeem membuatkan lelaki itu tersentak, serta merta Haqeem mengangguk

Tuan Hamzah tersenyum. "Terima kasih lah sebab prihatin tentang keadaan anak saya, kamu berdua memang baik" Pujian Tuan Hamzah itu membuatkan Haqeem dan juga Zaid tersenyum hingga menampakkan lesung pipit mereka berdua, terpanar seketika Ara. Gadis itu terus menundukkan pandangannya

Lama mereka berempat senyap, suasana menjadi sunyi sehinggalah seorang doktor keluar daripada bilik pembedahan. Semua mata kini tertumpu pada Doktor Najwa

"Macam mana dengan anak saya?" Tanya Tuan Hamzah, melihat senyuman nipis milik Doktor Najwa itu membuatkan dada Ara berombak laju

"Alhamdulillah Cik Hana selamat, cuma dia hanya kekurangan darah dan Cik Hana juga masih belum sedarkan diri. Boleh saya tahu tak sama ada tuan pernah membawa Cik Hana ke tempat pembedahan yang lain?" Soalan Doktor Najwa itu dibalas dengan anggukan

"Saya pernah bawa dia ke Italy untuk jalani pembedahan, tetapi sel kanser tu masih lagi melekat dalam badan dia"

Semua terdiam termasuklah Doktor Najwa. Haqeem terkedu, dia tidak menyangka bahawa anak Tuan Hamzah sedang melawan kanser

Zaid memandang kearah Ara, dapat dia lihat ada air mata jernih yang mengalir membasahi pipi gadis itu. Ingin sahaja dia menyeka air mata itu, namun dia sedar bahawa gadis itu bukan seperti perempuan yang lain. Dia akui dia adalah seorang pendosa yang sentiasa menyentuh perempuan, namun entah mengapa hati lelakinya tenang melihat pemakaian gadis itu

"Kalau macam tu boleh tak tuan serahkan rekod pembedahan Cik Hana? Saya tertanya tanya kenapa sel kanser tu seperti tidak berkurang, ataupun lebih tepat lagi seolah olah tiada pembedahan yang dijalankan atas Cik Hana" Kata Doktor Najwa

Berkerut dahi Tuan Hamzah dan juga Ara. "Apa maksud doktor? Jadi betullah yang konon kononnya pakar bedah di Italy itu penipu?" Soal Ara tidak berpuas hati, tangannya digenggam dengan kuat. Rasa marah kerana doktor pakar bedah itu sudah menipu

Melihat anggukan daripada Doktor Najwa itu membuatkan Tuan Hamzah memejam kan matanya, menahan rasa amarah didalam diri. Ingin sahaja dia membunuh pakar bedah itu, duitnya habis ratusan ribu ringgit hanya kerana membayar pada lelaki tak guna itu!

Haqeem menyiku lengan Zaid perlahan, bibirnya didekatkan pada telinga Zaid. "Cari tahu tentang maklumat anak Tuan Hamzah, dan cari tahu tentang doktor bedah di Italy tu" Bisik Haqeem perlahan membuatkan Zaid mengangguk

"Saya akan cuba untuk dapatkan rekod tu, sekarang ni boleh tak saya jumpa dengan anak saya?" Pinta Tuan Hamzah, pantas Doktor Najwa mengangguk

Tuan Hamzah dan Ara masuk kedalam bilik pembedahan itu, banyak wayar mesin yang melekat dibadan Hana. Muka gadis itu terlampau putih seolah olah langsung tiada darah yang mengalir dibadan, air mata Ara menitis perlahan lahan

Ruangan hatinya menjadi pedih apabila melihat keadaan sahabat karibnya seperti itu, Tuan Hamzah dan Ara mendekati tubuh Hana yang kaku itu. "Astagfirullahaladzim, kenapa anak papa boleh jadi macam ni? Hana tolonglah kuat Hana, jangan macam ni. Jangan buat papa macam ni, papa tak sanggup tengok Hana macam ni" Penuh sayu Tuan Hamzah berkata

Dia berharap Hana bangun dan kembali seperti sedia kala, tangan kasar milik Tuan Hamzah itu diletakkan diatas kepala Hana lalu diusap perlahan ubun ubun gadis itu

TUT TUT TUT

Hanya bunyi mesin defibrillator sahaja yang menemani mereka bertiga, keadaan jantung Hana perlahan lahan kembali stabil

Namun gadis ini masih tiada tanda tanda untuk sedar, alat pernafasan yang menutupi mulut dan hidung Hana itu di tenung oleh Ara. Wajah gadis itu kelihatan sangat pucat, serta merta Ara mencapai tangan Hana

"Babe bangunlah kau janganlah buat aku dan papa kau macam ni, aku yakin kau akan bangun Hana. Kau kuat... kau sangat kuat Hana, aku dah janjikan yang aku akan sentiasa ada dengan kau?" Ara menyeka air matanya, sebak sangat apabila melihat keadaan Hana yang seperti mayat hidup itu

****
Haqeem dan Zaid yang berada diluar itu hanya diam sambil menyandarkan badan ke dinding.

"Kenapa kita ada dekat sini eh? Macam lah kau nak jenguk anak dia" Tanya Zaid seakan akan tidak berpuas hati, Haqeem menjongket bahunya tanda 'entah'

Kelihatan Tuan Hamzah dan juga Ara keluar daripada bilik itu, serta merta Haqeem dan Zaid menegakkan badan mereka berdua. "Kalau kamu berdua nak masuk, silakan la ya? Saya ada kerja ni" Ujar Tuan Hamzah lalu dia meminta izin untuk pergi, tinggal lah Ara dan juga dua orang jejaka tampan itu

"Pergilah masuk, saya duduk dekat luar" Ara duduk dikerusi menunggu, Zaid dan Haqeem memandang Ara dengan hairan

"Kenapa awak tak mahu masuk?"

Ara tersenyum nipis. "Saya perempuan dan awak berdua lelaki, Hana pula masih lagi belum sedarkan diri. Saya tak mahu nanti ada fitnah apa apa, nanti kita juga yang susah kan? Lebih baik saya tunggu dekat luar" Lembut sahaja Ara berkata, Haqeem mengangguk

Hati Zaid tercuit dengan gelagat Ara yang solehah itu, mereka berdua terus masuk kedalam bilik pembedahan itu. Haqeem membiarkan pintu terbuka, membiarkan orang lain dapat melihat mereka berdua

Tergamam sebentar mereka berdua apabila melihat keadaan gadis itu, Haqeem terus menghampiri katil itu perlahan lahan. Ingin melihat wajah puteri kesayangan Tuan Hamzah

"Aa... awak?" Jantung Haqeem berombak laju apabila melihat wajah gadis yang kaku itu adalah gadis yang baru sahaja dia temui tadi, baru sahaja tadi dia melihat senyuman daripada bibir gadis itu. Namun sekarang senyuman gadis itu sudah hilang

Wajah gadis itu menjadi pucat seolah olah tiada darah, penuh wayar yang melekat di badan gadis itu. Dahi Zaid berkerut, hairan mengapa wajah Haqeem berubah begitu

"Kau kenal ke?" Tanya Zaid

Haqeem mengangguk. "Aku baru je jumpa dia dekat kafe tengahari tadi, macam mana keadaan dia boleh jadi teruk macam ni?" Soal Haqeem sendirian, dia tidak percaya bahawa gadis cantik dan lembut yang dia temui tadi. Terlantar kaku diatas katil hospital seperti mayat hidup

____________________________________

Done bab 4💃 Disinilah bermulanya penderitaan yang dilalui oleh Hana, jangan lupa vote❤️

𝐀𝐤𝐮, 𝐊𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮🖤Where stories live. Discover now